Ketika kebanyakan remaja leka berseronok atau melakukan kerja sampingan bagi menambah pendapatan, terdapat segelintir yang mula mencipta empayar perniagaan bernilai jutaan ringgit.

Syarikat yang bermula secara kecil-kecilan ini telah berkembang menjadi beberapa nama yang paling dikenali dalam industri masing-masing. Dari rangkaian restoran sehingga syarikat teknologi, ini adalah beberapa syarikat popular yang diasaskan oleh remaja sebelum mereka mencecah usia 20 tahun.

BESARKAN TEKS     A-  A+

8. Mashable - Pete Cashmore 

pete cashmore mashable

Pada tahun 2005, Pete Cashmore yang berusia 19 tahun telah mencipta Mashable di Aberdeenshire, Scotland. Pada waktu itu, Mashable merupakan blog teknologi yang memfokuskan pada perubahan dunia teknologi dan interaksi manusia.

Beberapa tahun kemudian, Cashmore telah mengubah Mashable menjadi syarikat media global. Hari ini, Mashable mempunyai seramai 45 juta pelawat setiap bulan dan seramai 28 juta pengikut di media sosial.

7. Oculus - Palmer Luckey 

palmer luckey oculus

Palmer Luckey mula berminat dalam dunia permainan realiti maya (Virtual Reality) sejak berusia 15 tahun lagi. Dia kemudian membina headset VR sendiri pada usia 17 tahun yang dinamakan PR1 di garaj rumahnya.

Ia merupakan alat pertama yang berjaya memanipulasi otak bahawa kita sedang berada dalam dunia berbeza. PR1 kemudian menjadi prototaip untuk Oculus VR. Pada usia 21 tahun, Luckey menjual Oculus kepada Facebook pada harga RM 8 bilion.

6. MyYearbook - Catherine Cook

catherine cook myyearbook

Pada tahun 2005, Catherine Cook dan keluarganya berpindah ke New Jersey. Dia dan abangnya, Dave, memikirkan cara bagaimana untuk berkenalan dengan kawan baru di sekolah baru mereka. Jadi, mereka mencipta yearbook atas talian (buku tahunan sekolah yang mengandungi maklumat semua pelajar). Ketika itu Catherine baru berusia 14 tahun!

Apabila abangnya yang lebih tua memberi dana, MyYearbook mula dilancarkan. Pada minggu pertama, 400 orang mendaftar untuk platform sosial itu. Dalam beberapa bulan sahaja mereka mempunyai 1 juta pengguna. Setelah enam tahun, MyYearbook mempunyai 32 juta pengguna dan pendapatan sebanyak RM 98 juta.

Pada 2011, Quepasa telah membeli MyYearbook dengan harga RM 413 juta dan menjenamakan semula media itu sebagai MeetMe.

5. Yankee Candle - Mike Kittredge

mike kittredge yankee candle

Pada tahun 1969, Mike Kittredge yang baru berusia 16 tahun mula menjual lilin buatan sendiri kepada jiran-jirannya pada harga USD 2 (RM 8). Apabila permintaan semakin meningkat, Kittredge mula membuat lebih banyak lilin di ruangan bawah rumah keluarganya.

Menjelang tahun 1973, syarikatnya iaitu Yankee Candle telah berpindah dan beroperasi di sebuah kilang kertas lama di Massachusetts. Akhirnya, Kittredge menjual syarikat itu pada harga RM 2 bilion.

Syarikat yang diasaskan Kittredge ketika remaja itu kini mempunyai 500 kedai dengan lebih dari 19,000 peruncit yang menjual produk Yankee Candle.

4. WordPress - Matt Mullenweg

matt mullenweg wordpress

Pada tahun 2001, Michel Valdrighi membuat sistem pengurusan kandungan ringkas yang dikenali sebagai b2/cafelog. Matt Mullenweg adalah salah seorang penulis blog yang menggunakan b2/cafelog dan menyatakan kekecewaannya terhadap masalah teknikal yang sering dihadapi ketika menggunakan platform itu.

Mullenweg mencari jalan penyelesaian dengan membangunkan b2/cafelog versi baru yang kemudian dikenali sebagai WordPress. Ketika itu, Mullenweg baru berusia 19 tahun.

Hari ini, WordPress mempunyai lebih daripada 20 bilion laman web dan 409 juta orang pengunjung setiap bulan.

3. Subway - Fred DeLuca

fred de luca subway

Pada tahun 1965, Fred DeLuca yang berusia 17 tahun memerlukan wang tambahan untuk kuliah. Dia nekad untuk membuka perniagaan sendiri. DeLuca kemudian meminjam USD 1,000 daripada Peter Buck, seorang ahli fizik nuklear yang juga kenalan keluarganya.

Dia kemudian membuka sebuah kedai sandwich bernama Pete's Super Submarines di Bridgeport, Connecticut. Beberapa tahun kemudian, kedai itu dijenamakan semula dengan nama Subway. Jenama itu berkembang dengan cepat sehingga menjadi rangkaian makanan segera terbesar dunia. 

Hari ini, Subway mempunyai sebanyak 41,600 cawangan di 111 negara di seluruh dunia. DeLuca terus bekerja dengan Subway sehinggalah dia meninggal dunia pada 2015 ketika berusia 67 tahun.

2. Dell Inc.- Michael Dell

michael dell

Apabila Michael Dell baru memasuki University of Texas pada tahun 1984, dia mencari pendapatan sampingan dengan menaik taraf komputer dan menjualnya. Pada tahun yang sama juga, dia berhenti kuliah untuk memberi tumpuan kepada perniagaannya, PCs Limited. Ketika itu, Michael berusia 19 tahun. 

Dia kemudian menukar nama syarikat kepada Dell Computer Corporation dan kemudian Dell Inc. Kini, syarikatnya merupakan peneraju komputer utama dunia dan bernilai sebanyak RM 187 bilion.

Michael Dell yang dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak RM 128 bilion itu masih bekerja sebagai CEO di syarikat induknya, Dell Technologies. 

1. Facebook - Mark Zuckerberg

mark zuckerberg 268

Ketika menjadi pelajar tahun pertama Universiti Harvard pada tahun 2003, Mark Zuckerberg membangunkan laman web Facemash. Laman itu menghubungkan rakan-rakannya antara satu sama lain berdasarkan daya tarikan mereka.

Setelah Facemash ditutup, Zuckerberg dan beberapa rakannya iaitu Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz, Andrew McCollum dan Chris Hughes mencipta Facebook di bilik asrama mereka. Laman rangkaian sosial itu membolehkan pelajar Havard berhubung dalam talian.

Walaupun hanya berusia 19 tahun, Zuckerberg telah mencipta sesuatu yang telah mengubah cara dunia berkomunikasi selama-lamanya. Kini, Facebook mempunyai 2.7 bilion pengguna dan Zuckerberg dianggarkan bernilai RM 447 bilion




Hakcipta iluminasi.com (2017)