Teknologi tanpa sempadan benar-benar merubah dunia yang membuatkan seperti tiada apa yang mustahil untuk dikecapi. Dunia sudah berubah dan hanya dengan menggunakan teknologi, sesiapa sahaja boleh menjadi jutawan sekelip mata dengan merekacipta aplikasi telefon bimbit, termasuklah remaja.

Jika terdahulu iluminasi.com berkongi mengenai cerita remaja 17 tahun dari Australia berhenti sekolah untuk menjadi CEO syarikat permainan videonya sendiri, ia membuktikan dunia kini mencapai satu era baru dengan bantuan teknologi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Terbaru, syarikat gergasi dunia, Google dan Facebook berebut bagi mendapatkan khidmat seorang remaja 21 tahun, Michael Sayman Ketika berusia 17 tahun, Michael Sayman dari Florida, telah diambil oleh Facebook Inc. sebagai seorang pelatih.

Setelah melihat potensi yang ada pada beliau, Facebook memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Michael di sebagai jurutera perisian di syarikat itu, yang juga merupakan pekerja termuda pernah bekerja untuk Facebook.

michael dan mark

Kini, setelah 3 tahun berkhidmat di Facebook, Michael membuat keputusan untuk meninggalkan Facebook Inc, dan menyertai seteru utama syarikat tersebut, iaitu Google, anak syarikat Alphabet Inc.

Michael Sayman mula menempa nama dalam dunia teknologi apabila aplikasi permainan yang diciptanya, 4 Snaps mendapat perhatian ramai dan berjaya mencapai 1 juta muat turun. Beliau menghasilkan aplikasi permainan 4 Snaps itu ketika berusia 16 tahun.

michael sayman 2

Ia tidak mengambil masa yang lama sebelum Facebook menerbangkan beliau berjumpa dengan Mark Zuckerberg. 

Menurut Michael, beliau berminat dan ingin tahu mengenai sains komputer dan pengekodan (programming) bermula ketika beliau berusia 12 tahun. Ketika itu beliau mahu mempelajari cara untuk membina aplikasi, dan mula membuat carian di Google serta menghabiskan masa berjam-jam menonton video dan tutorial programming.

michael sayman 3 80

Ketika bekerja untuk Facebook, Michael juga merupakan pengurus produk bagi membantu Facebook memahami dengan lebih mendalam bagaimana generasinya menggunakan telefon pintar, membantu melakukan eksperimen produk terhadap remaja dan mengajar trend-trend remaja masa kini.

"Saya membesar dengan Facebook kerana bermula dari usia 17 tahun bersama mereka. Saya sangat gembira dan bersyukur kerana dikelilingi oleh ramai invidiviu yang sangat pintar membantu ketika saya sedang melalui zaman remaja saya," - Michael Sayman

michael sayman 4

Menjadi milik Google, Michael akan menyertai syarikat itu bagi membantu menguruskan produk paling penting Google, iaitu Google Assistant. Google Assistant adalah sistem pembantu peribadi yang dipacu oleh Artificial Intelligence dan pencarian menggunakan suara.

Menurut CEO Google, Sunder Pinchai, Google Assistant adalah perkara terpenting bagi syarikat itu yang kini sedang bersaing dengan musuh-musuh besar lain seperti Alexa (Amazon) dan juga Siri (Apple).

Michael Sayman juga menjadi pengurus produk paling muda di Google.

Rujukan :

1. Silicon Republic

2. Economic Times




Hakcipta iluminasi.com (2017)