Sepanjang hidup, kita melihat pelbagai jenis dan baka anjing yang biasa ditemui di Malaysia.

Namun, terdapat beberapa baka anjing yang sangat jarang ditemui di dunia.

Sesetengah daripadanya mempunyai ciri-ciri seperti anjing biasa yang kita ketahui manakala yang lain kelihatan lebih eksotik. iluminasi.com kongsikan 8 baka anjing paling rare yang anda tak tahu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

8. Swedish Vallhund

swedish vallhund

Vallhunds Sweden atau "anjing Viking" dibiak untuk menjaga ternakan, menangkap haiwan perosak seperti tikus dan menjaga rumah.

Ia adalah spesis anjing atletik, sangat taat, bijak dalam pengesanan dan penggembalaan serta tangkas.

Anjing yang bersaiz kecil dan sangat aktif serta berani ini adalah anjing Sweden kuno yang wujud sejak abad ke-9.

Ia mempunyai ekor dengan panjang yang berbeza daripada tiada ekor sehinggalah kepada ekor berpusing serta pelbagai warna. 

7. Bedlington Terrier

bedlington terrier jfif

Sekali pandang, ia kelihatan seperti seekor kambing biri-biri. Terkenal dengan bulunya yang seperti kapas berpintal dengan warna yang pudar, anjing ini dinamakan bersempena bandar Bedlingtong di Northumberland, Enland.

Anjing ini digambarkan sangat mesra dengan kanak-kanak dan dikatakan mampu membunuh mana-mana anjing yang sama berat dengannya.

Anjing unik ini sangat atletik walaupun tidak kelihatan seperti sedemikian, digunakan secara tradisional untuk berlumba, bertarung dan untuk menangkap haiwan perosak. Ia juga sangat pantas dan tangkas.

6. Tibetan Mastiff

tibetan mastiff

Anjing Mastiff Tibet adalah baka kuno dan jenis anjing domestik. Perkataan 'mastiff' bermaksud 'anjing besar', sebab itu ia dimasukkan ke dalam namanya.

Juga dikenali sebagai "Do-Khyi" yang bermaksud pengawal pintu, ia mencerminkan kegunaannya sebagai penjaga kawanan haiwan, khemah, kampung, biara dan istana.

Ia biasanya diikat di kawasan luar rumah sebagai penjaga. Walau bagaimanapun, di kem-kem nomad dan di kampung-kampung, do-khyi secara tradisinya dibenarkan bebas pada waktu malam.

5. Telomian

telomian

Telomian adalah sejenis baka dingo atau anjing yang berasal dari Malaysia. Walaupun jarang ditemui, ia masih merupakan satu-satunya baka anjing Malaysia yang diketahui hidup di tempat lain.

Ia pada awalnya dibiakkan sebagai anjing pemburu oleh orang asli Orang Asli di Malaysia.

Kerana Orang Asli membina rumah tinggi dari paras tanah agar selamat dari binatang berbahaya, ia membuatkan anjing ini mempunyai keupayaan memanjat yang luar biasa.

4. Mudi 

mudi

Anjing Mudi juga kelihatan seperti seekor kambing biri-biri, tetapi berwarna hitam. Anjing ini merupakan spesis pengembala yang jarang ditemui dan berasal dari Hungary.

Ia merupakan baka yang versatil dan tersangat bertenaga. Mudi sangat sihat dan biasanya mampu hidup sehingga berusia 14 tahun.

3. Azawakh 

azawakh jfif

Azawakh adalah sejenis baka anjing pemburu dari Afrika. Ia seperti greyhound, namun Azawakh mempunyai ekor berpintal.

Azawakh mempunyai tubuh badan yang sangat kurus dan bergerak dengan gaya seperti kucing. Ia sangat tangkas dan pantas dalam larian disebabkan oleh bentuk tubuh badan yang panjang dan ramping. 

2. Bergamasco Shepherd

bergamasco shepherd jfif

Bergamasco adalah jenis anjing dengan berasal dari Alps Itali berhampiran Bergamo, di mana ia pada asalnya digunakan sebagai anjing pengembala.

Anjing ini juga sangat membantu dalam menguruskan haiwan ternakan dan melakukan apa sahaja tugas yang anda mahu, kerana ia sangat bijak dan berasakan bahawa ia sama seperti manusia.

Ia mempunyai bulu yang tersangat unik, kelihatan seperti dreadlock.

1. Karelian Bear Dog

karelian bear dog

Anjing Karelia Beruang adalah baka yang paling jarang ditemui di dunia. Anjing dari Finland ini pada mulanya digunakan untuk memburu dan sebagai pengawal kerana ia mempunyai refleks pantas serta sangat berani.

Di negara asalnya, ia dianggap sebagai harta kebangsaan. Ia biasanya memburu pelbagai jenis haiwan yang lain. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)