Sejak sekian lamanya, anjing sudah dijadikan haiwan peliharaan setelah anjing-anjing liar berjaya dijinakkan, menjadikannya salah satu spesies haiwan tertua yang berjaya dijinakkan manusia. Sesetengah baka anjing menjadi pilihan berbanding baka anjing yang lain kerana ciri-ciri tertentu yang ada padanya.
Malangnya, beberapa baka anjing yang pernah wujud satu ketika dahulu telahpun pupus dan baka anjing yang sejenisnya tidak pernah berjaya diternak semula. 7 baka anjing dalam senarai ini pernah popular kerana pelbagai sebab namun akhirrnya pupus buat selama-lamanya.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Rastreador Brasileiro
Rastreador Brasileiro adalah baka anjing terbesar dari Brazil yang pertama kali dikenali pada tahun 1967, menjadikannya salah satu baka terbaru yang pupus. Mereka bervariasi dari warna dari kebiruan hingga hitam, dengan banyak variasi bintik-bintik pada bulu pendek dan halus mereka. Dari segi penampilan, mereka kelihatan seperti American Coonhound.
Anjing ini pertama kali pertama kali dibiakkan dari baka anjing dari keturunan Amerika dan Eropah untuk membantu memburu peccaries, babi liar bersaiz sederhana yang terdapat di Amerika Tengah dan Selatan. Tidak lama selepas diperkenalkan, Rastreador Brasileiro pupus setelah berlaku serangan wabak dan penggunaan racun.
Wabak penyakit diikuti dengan pengunaan racun serangga yang berlebihan telah menyebabkan kematian anjing baka ini secara besar-besaran sehingga mereka akhirnya pupus. Menjelang tahun 1973, baka ini dianggap telah pupus.
2. Talbot
Talbot adalah anjing pemburu yang pernah popular yang terdapat di seluruh England pada Zaman Pertengahan. Dipercayai bahawa William the Conqueror membawa keturunan baka ini ke England pada tahun 1066. Earls of Shrewsbury, yang nama keluarganya Talbot antara yang mempopularkan baka anjing ini.
Talbot adalah anjing putih bersaiz kecil hingga sederhana dengan kaki pendek, telinga panjang dan ekor melengkung panjang. Terdapat bukti Talbot wujud seawal abad ke-15 sebelum menjadi lebih popular di seluruh England pada abad ke-17. Ia disukai oleh pemburu kerana kemampuannya mengesan yang tepat.
Pada akhirnya, Talbot mula pupus sekitar akhir abad ke-18. Pada masa itu, baka Northern Hound dan Southern Hound mula menggantikannya. Talbot kemungkinan dibiakkan dengan penternak menyukai beberapa aspek keturunannya berbanding baka yang lain. Baka ini akhirnya digantikan dengan Beagle, Bloodhound dan Coonhound.
3. Russian Tracker
Selama berabad-abad, Russian Tracker digunakan untuk penggembalaan biri-biri di kawasan Pergunungan Caucasus. Baka anjing besar ini pantas dan sangat sesuai untuk mengejar serigala yang menyerang biri-biri. Baka ini dianggap sangat cerdas dan mampu menjaga kambing tanpa penglibatan manusia untuk jangka masa yang panjang.
Baka ini mempunyai berat sekitar 45 kg dan mempnyai bulu tebal yang melindunginya dari cuaca dingin. Walaupun sangat berguna dan popular ketika itu, baka ini pupus sekitar akhir abad ke-19. Ketika itu baka anjing lain dibawa masuk ke kawasan itu dan memelihara baka ini bukanlah keutamaan bagi orang yang menggunakannya.
Russian Tracker dibesarkan dengan anjing peliharaan dan baka lain kononnya untuk mencipta sesuatu yang baru dan mampu menggantikannya. Akhirnya, baka ini semua hilang dari muka bumi tetapi dipercayai bahawa Russian Tracker mungkin adalah nenek moyang Golden Retriever dan beberapa keturunan baka lain.
4. Blue Paul Terrier
The Blue Paul Terrier adalah keturunan anjing Scotland dengan sejarah yang ganas. Anjing-anjing ini dibiakkan terutamanya untuk bertarung, namun asal usulnya tetap menjadi misteri. Apa yang diketahui adalah mereka diperkenalkan pada akhir abad ke-18 dan kemungkinan merupakan hasil dari persenyawaan terpilih Blue Terrier Ireland dengan White Bull dan Terrier, yang juga telah pupus.
Baka ini sangat popular di Scotland sepanjang abad ke-19. Mereka dihargai untuk kekuatan dan keberanian mereka, yang menjadikan mereka calon sempurna untuk pertempuran anjing. Mereka dianggap licik dan sangat mampu mengalahkan lawan mereka.
The Blue Paul Terrier agresif ketika berlawan dan ini juga menjadi penyebab mengapa haiwan ini pupus kerana dianggap kurang sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan di rumah. Baka ini pupus pada awal abad ke-20, terutamanya disebabkan oleh pengharaman perlawanan anjing di Scotland.
5. Anjing Kutub Argentina
Anjing Kutub Argentina hanya popular dan penting bagi sekumpulan orang, iaitu tentera Argentina pada tahun 1950-an dan digunakan sebagai anjing untuk menarik kereta luncur untuk pangkalan mereka di Antartika.
Anjing yang kuat ini berasal dari pembiakan silang antara Siberian Husky, anjing Greenland, Alaskan Malamute dan Manchurian Spitz. Mereka cukup besar, mampu mencapai sekitar 60 kg untuk jantan. Lapisan bulu tebal mereka menjadikannya sangat sesuai dengan suhu kutub.
Malangnya, baka ini pupus pada tahun 1994. Akibat daripada pengenalan Protokol Perlindungan Alam Sekitar dalam Perjanjian Antartika, setiap Anjing Kutub Argentina mesti dikeluarkan dari benua itu kerana ancaman mereka terhadap haiwan tempatan. Setelah dipindahkan ke kawasan lain, mereka mati kerana kehilangan kemampuan untuk melawan penyakit yang menyeranng haiwan kerana sebelum itu mereka sudah terbiasa dengan pengasingan di Antartika.
6. Molossus
Molossus adalah jenis anjing kuno yang digemari oleh suku Yunani dan Kerajaan Molossia, di mana ia mendapat namanya. Anjing-anjing ini dibesarkan kerana ukuran dan keganasannya, yang menjadikan mereka anjing kerja yang ideal di dunia memburu, berjuang dan menggembala.
Sejarah asal keturunan Molossus yang tepat telah hilang dari sejarah, namun ada beberapa kisah yang masih ada. Ada yang mengatakan bahawa Alexander the Great membawa anjing-anjing ini dari Asia, sementara yang lain percaya bahawa baka pada awalnya dibiakkan oleh orang Rom yang menggunakannya sebagai anjing penjaga Tentera Rom. Namun, tidak ada kisah ini yang pernah disahkan,
Molossus akhirnya pupus namun tidak diketahui bagaimana ini berlaku. Pembiakan silang mungkin telah menyebabkannya dan ini merupakan perkara yang sering terjadi bagi sesetengah baka anjing. Molossus adalah nenek moyang banyak baka moden termasuk Bulldog Amerika, Rottweiler, Great Dane, anjing jenis Mastiff dan banyak lagi.
7. English White Terrier
Pada tahun 1860-an, sekelompok peternak yang telah menggunakan nama "English White Terrier" untuk jenis anjing baru yang mereka harapkan dapat dipopularkan. English White Terrier adalah versi terrier putih yang biasa digunakan pada masa itu.
Namun, rancangan itu tidak membuahkan hasil. Selama kira-kira tiga dekad, baka anjing ini dibiakkan dan dijual di seluruh Britain dengan tujuan agar mereka mengatasi spesis terrier lain. Baka ini kemungkinan berasal dari terrier rubah dan White Greyhound Itali dan pertama kali dikenali pada tahun 1874.
Selepas kira-kira 30 tahun, English White Terrier akhirnya telah pupus, tetapi salasilahnya masih hidup di keturunan baka anjing moden. Baka ini telah dilakukan pembiakan silang dengan Old English Bulldog, membawa kepada kemunculan baka Bull and tBoston Terrier.
Kredit: