Anjing acap kali disebut sebagai "man's best friend", menunjukkan betapa akrabnya hubungan antara seseorang individu itu dengan anjing peliharaan mereka. Hal ini ada benarnya kerana anjing tidak seperti kucing, haiwan ini cukup taat dengan tuan mereka dan boleh mendengar arahan dengan baik sekiranya dilatih dengan betul.

Oleh kerana kebanyakan pemilik anjing ingin hidup selama mungkin dengan haiwan kesayangan mereka, terdapat sesetengah daripada mereka yang akan mempertimbangkan untuk memelihara anjing dari baka tertentu yang mempunyai jangka hayat lebih panjang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jadi, baka manakah yang mempunyai jangka hayat terpanjang dari semua baka lain? Hari ini pihak Iluminasin ingin kongsikan pula 7 baka anjing dengan jangka hayat purata terpanjang. Harap maklum bahawa sesetengah baka ini mungkin tidak memerlukan permit khas sekiranya ingin dipelihara di Malaysia.

Nota: Orang Muslim di Malaysia yang bermazhab Syafie' adalah dilarang memiliki anjing untuk tujuan dijadikan haiwan peliharaan.

7. Maltese: 12 - 15 tahun

maltese 81

Baka yang menawan ini juga dikenali ramai dengan beberapa nama lain antaranya “Roman Ladies’ Dog" dan “Maltese Sleeve Dog.” Sebilangan orang percaya bahawa baka anjing Maltese ini sejak dahulu lagi digunakan untuk kawalan populasi tikus.

Satu perkara yang pasti, anjing baka kecil ini cukup ramah dan suka bermain ini sejak dahulu lagi dibiakkan untuk dijadikan haiwan peliharaan. Baka anjing Maltese terkenal dengan sikap lemah lembut dan penyayang terhadap ahli keluarga mereka. Selain ramah, baka ini juga cukup tangkas dan sukar bermain-main dengan tuannya.

6. Cockapoo: 12 - 16 tahun

cockapoo

Cockapoo yang juga dikenali sebagai spoodle atau cockerdoodle adalah seekor anjing yang dihasilkan melalui pembiakan silang yang dibiakkan dari baka Cocker Spaniel dan Poodle (yang paling biasa adalah Miniature Poodle). Cockapoo pertama kali dibiakkan oleh penternak anjing di Amerika Syarikat.

Baka ini dihasilkan dengan tujuan menghasilkan anjing pendamping bagi manusia yang sihat dan tidak mewarisi banyak kecacatan atau kekurangan yang biasa terjadi pada kedua baka induk ini. Baka ini terdapat dalam pelbagai variasi semua warna atau kombinasi warna dan bulunya boleh lurus, beralun atau kerinting.

5. Dachshund: 12 - 16 tahun

dachshund

Nama "Dachshund" bermaksud "anjing badger" dalam bahasa Jerman tetapi ramai orang suka memanggil anjing kecil ini sebagai "anjing wiener" dengan merujuk kepada bentuknya yang panjang seperti sosej. Standard baka ini mempunyai kedua-dua jenis bersaiz standard dan miniatur dan merangkumi tiga variasi bulu: berbulu halus, berbulu panjang dan berbulu perang.

Dachshund telah lama menjadi simbol kebangsaan Jerman yang sangat erat kaitannya dengan Jerman sehingga selama Perang Dunia I sebelum askar-askar Amerika memanggil mereka sebagai Liberty Hounds kerana sentimen anti-Jerman. Sejak itu, populariti mereka di Amerika Syarikat terus meningkat.

4. Pomeranian: 12 - 16 tahun

pomeranian 611

Seringkali disebut sebagai "Pom", anjing jenis Spitz yang cmoel ini asalnya dibiakkan di barat laut Poland dan timur laut Jerman dan sering juga disebut di Eropah sebagai "Zwergspitz" atau anjing spitz kerdil. Anjing bersaiz kecil ini gemar berdampingan dengan manusia dan suka melakukan aktiviti melibatkan ketangkasan.

Pom juga mempunayi deria pemerhatian yang tinggi dan mudah diajar untuk patuh kepada pemiliknya. Ratu Victoria memiliki anjing Pomeranian yang sangat kecil yang menjadi penyebab kepada peningkatan populariti anjing bersaiz kecil ini.

3. Toy Poodle: 16 - 20 tahun

toy poodle

Anjing baka Poodle secara rasminya terbahagi kepada tiga baka formal - Standard Poodle, Miniature Poodle dan Toy Poodle. Ramai orang sering melihat baka Poodles sebagai anjing untuk pertunjukan tetapi mereka sebenarnya adalah baka anjing kedua paling pintar selepas baka Border Collie!

Toy Poodles adalah anjing yang sentias ceria dan suka melakukan aktiviti yang merangsang mereka seperti aktiviti yang melibatkan ketangkasan dan teka-teki. Menariknya bulu Poodles tidak pernah berhenti tumbuh, oleh itu ia mesti dipoton dan dirapikan secara konsisten untuk mengelakkan keadaan kulit yang kusam dan tidak sihat.

2. Jack Russell Terrier: 16 - 20 tahun

jack russell terrier

Jack Russell Terrier adalah baka yang awalnya dibentuk untuk tujuan memburu musang di England. Sebilangan orang menyalahtafsirkan penampilan Jack Russell yang comel dan mula menjadikannya haiwan peliharaan dengan menganggapnya sebagai baka yang mempunyai sifat lebih tenang.

Walau bagaimanapun, anjing dari baka ini tidak mudah takut dengan apa-apa pun dan individu yang ingin menjadikannya haiwan peliharaan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk melatihnya. Anjing baka ini juga sangat berdikari dan mampu hidup bebas sendirian.

1. Chihuahua: 17 - 20 tahun

chihuahua 778

Chihuahua mempunyai jangka hayat purata terpanjang dari semua baka anjing domestik. Anjing kecil yang cukup aktif ini terkenal sebagai anjing terkecil di dunia, tetapi itu tidak menghalangnya daripada memiliki keperibadian besar!

Kadang-kadang Chihuahuas sangat rapat dan obses dengan pemiliknya sehingga mereka akan menjadi setia secara agresif dan akan cuba mempertahankan tuan mereka daripada orang sekeliling walaupun mereka tidak memberikan sebaranga ancaman.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)