Bagi sesetengah orang, memiliki sebuah pulau peribadi (private) adalah satu impian yang mungkin tidak akan pernah tercapai. Ini kerana harganya yang terlalu mahal dan hanya selebriti kaya-raya serta bilionaire seperti Bill Gates dan Mark Zuckerberg sahaja yang mampu memilikinya.
Akan tetapi, ramai yang tak tahu bahawa terdapat pulau-pulau di seluruh dunia dengan harga mampu milik untuk dijual ketika ini.
BESARKAN TEKS A- A+
Sesetengah daripada pulau ini mempunyai keperluan khas yang membuatkan orang ramai tidak terburu-buru untuk membelinya.
Jadi, jika anda mahukan sebuah pulau peribadi untuk apa tujuan sekalipun, maka impian anda mungkin menjadi kenyataan.
iluminasi.com kongsikan 7 buah pulau mampu milik yang anda boleh beli di seluruh dunia.
7. Kepulauan Piaçabuçu, Brazil - RM330,000
Anda bukan sahaja akan menjadi pemilik 1 pulau tetapi 6 pulau, dengan pemandangan yang indah dan hidupan liar yang unik berkeluasan hampir 82 ekar.
Terletak di Sungai San Francisco di timur laut Brazil, kesemua pulau ini boleh menjadi milik anda dengan harga lebih rendah berbanding rumah teres dua tingkat iaitu RM330,000.
Namun, sebab mengapa pulau-pulau indah ini masih belum dibeli oleh sesiapa adalah kemungkinan kerana pembelian ini bukanlah bermakna ia menjadi milik anda selamanya tetapi hanya hak untuk menggunakannya selama 99 tahun sahaja.
Malah, pemilik akan dikenakan cukai tahunan yang "rendah".
6. Pulau Little Rocky, Kanada - RM308,000
Berkeluasan 8 ekar dengan pantai berpasir putih dan alam semula jadi yang terpelihara ini, Pulau Little Rocky sangat sesuai untuk dihuni kerana ia dilindungi daripada ribut dan taufan oleh pulau-pulau berdekatan.
Di sini, tiada satu pun bangunan didirikan dan anda mungkin boleh menjadi yang pertama untuk membina rumah idaman.
Harganya hanyalah sekitar RM308,000 dan sebab mengapa ia masih belum terjual adalah mungkin kerana pasaran Kanada dipenuhi dengan pulau peribadi.
5. Pulau Sheep Lake, Kanada - RM211,000
Pulau kecil yang dipenuhi dengan pokok-pokok dan dikelilingi oleh air jernih di Kanada ini sudah tentu akan membuatkan anda tenteram dan gembira,
Namun pulau ini kekurangan privasi kerana terdapat perkampungan nelayan yang terletak 40 kilometer daripadanya.
Jadi, pengunjung yang datang membuatkan pulau ini tidak lagi terasa seperti pulau peribadi. Jika anda tak kisah dengan hal ini, Pulau Sheep Lake boleh menjadi milik anda dengan harga RM211,000.
4. Pulau Tillamook, Amerika Syarikat - RM208,000
Pulau Tillamoook yang juga dikenali sebagai Terrible Tilly sebenarnya bukanlah sejenis pulau biasa, tetapi merupakan ketulan batu besar dengan rumah api.
Terletak di pantai Oregon, Amerika Syarikat, kos sebenar pulau ini yang mana pernah dijual beberapa kali adalah sebanyak RM2.07 juta dan harganya merudum 90% kepada RM208,000.
Namun, ramai pembeli berpotensi takut untuk membeli pulau ini kerana ombak yang kuat di pantai ini dan kisah legenda, mitos serta terjadi yang berlaku di kawasan ini.
3. Pulau Chandler, Amerika Syarikat - RM165,000
Dengan harga serendah RM165,000 anda boleh memiliki sebuah pulau berkeluasan 1 ekar dengan pemandangan indah Maine, Amerika Syarikat.
Terdapat sebuah kabin kecil di atas pulau ini dan anda juga boleh membina rumah sendiri.
Satu-satunya masalah tentang pulau ini adalah air pasang sangat tinggi untuk Pulau Chandler di mana separuh daripada pulau ini telah ditutupi air.
2. Pulau Fort Carroll, Amerika Syarikat - RM130,000
Fort Carrol merupakan sebuah pulau persendirian buatan manusia yang bersejarah yang dibina pada tahun 1848 untuk melindungi bandar Baltimore.
Ia sedang mencari pemilik baru untuk harga serendah RM130,000 tetapi dengan satu syarat iaitu anda perlu memulihkan kubu terbengkalai yang terletak di atasnya.
Peniaga tempatan cuba mengubahsuai pulau tersebut dan menjadikannya sebagai sebuah hotel, pusat persidangan, kasino, dan juga penjara namun ia tidak berjaya.
Pulau ini merupakan tapak bersarang pemuliharaan yang penting bagi burung camar dan helang, jadi anda tidak boleh melakukan kerja-kerja pembinaan yang besar kerana ia boleh menakutkan burung-burung ini.
1. Pulau McGibbon, Kanada - RM125,000
Terletak di Sungai St.John di New Brunswick, Kanada, sebuah pantai yang belum dibangunkan ini sedang mencari pemilik dengan harga RM125,000.
Namun harga murah tersebut mungkin tidak berbaloi kerana satu-satunya masalah di pulau ini adalah setiap kali musim bunga, air laut akan menutupi keseluruhan pulau.
Dengan ini, kemungkinan anda tidak boleh membina apa-apa infrastruktur di atas pulau ini. Bagi musim-musim lain, pulau ini sangat sesuai untuk aktiviti seperti berkhemah atau berkayak.
Rujukan: