Oleh pada 03 Aug 2017 kategori

Kita pergi pasar untuk beli ikan, ayam, udang dan sayur. Kalau kita ke kedai pula, selalunya untuk membeli barangan harian. Walaupun begitu, ada juga pasar dan kedai yang menjual barangan pelik, malahan ada juga yang 'menjual' manusia di merata tempat lain. Mesti tak sangka kan?

Berikut adalah 5 pasar paling pelik yang ada di seluruh dunia yang menawarkan barang-barang jualan, yang pelik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Akodessewa Fetish Market

iluminasi kedai pasar pelik dunia2

Terletak di Lome di negara Togo, pasar ini adalah pasar terbesar dunia dalam penjualan barangan melibatkan ilmu voodoo. Barang-barang jualan yang ada terdiri daripada kepala binatang-binatang sehinggalah tengkorak dan tulang manusia.

iluminasi kedai pasar pelik dunia3

Komuniti di Afrika yang masih lagi mengamalkan ilmu voodoo atau mana-mana penganut agama Vodoun sudah pasti tidak akan melepaskan peluang membeli belah di sini bagi membantu amalan ilmu mereka. Cuma apabila berkunjung ke pasar terbuka ini, pastikan anda mempunyai deria pernafasan yang kuat kerana baunya amat-amat menyucuk.

2. Witch Market Bolivia

iluminasi kedai pasar pelik dunia4

Di daerah La Paz, Bolivia terdapat satu lokasi tumpuan pelancong. Majoriti peniaga di situ menjual pelbagai bahan mentah yang digunakan dalam upacara keagamaan Aymara. Antara bahan yang dijual adalah haiwan-haiwan kering seperti katak, kura-kura dan llama, herba dan ubatan tradisional.

iluminasi kedai pasar pelik dunia5

Bahan paling popular yang kerap dibeli adalah llama kering yang banyak digunakan sebagai penyembahan kepada dewa yang menjaga rumah mereka. Penduduk di situ percaya dengan menanam llama kering di tiang rumah mereka, pembinaan rumah dan keselamatannya tidak tergugat.

3. Pasar Pengantin Kalaidzhi

iluminasi kedai pasar pelik dunia7

Di Kalaidzhi, Bulgaria, sebuah komuniti Kristian Ortodoks percaya amalan turun temurun mereka selama ini perlu dikekalkan. Semua gadis di sana ketika mengalami darah haid kali pertama akan dihentikan daripada sekolah untuk dijual sebagai pengantin dalam satu acara yang disertai ramai orang. Nak faham macam mana situasinya? Bayangkan car boot sale tapi yang dijual adalah gadis.

iluminasi kedai pasar pelik dunia8

Diadakan sehingga 4 kali setahun bergantung kepada 'bekalan', gadis akan dipakaikan dengan pakaian cantik dan dipamerkan kepada mana-mana keluarga lelaki yang berminat hendak memperisterikan anak mereka. Jika keluarga lelaki berkenan, mereka boleh tawar menawar sehingga bersetuju dengan satu harga. Dengan harga sehingga lebih RM10 ribu seorang sehingga mencecah RM26 ribu, tak pastilah apa yang berlaku pada gadis yang 'tidak dapat dijual.'

4. Deyrolle, Paris

iluminasi kedai pasar pelik dunia9

Deyrolle adalah salah satu ikon bandar Paris. Pernah terbakar pada tahun 2008 sehingga mengakibatkan kemusnahan besar 90 peratus, sejarah Deyrolle bermula 177 tahun dahulu. Dari luar, Deyrolle kelihatan seperti sebuah muzium binatang yang telah diawet, namun semua yang berada di dalamnya adalah untuk dijual.

iluminasi kedai pasar pelik dunia10

Jika anda adalah peminat koleksi patung haiwan yang sudah diawet dan mahu memiliki seekor harimau untuk dipamerkan dengan bangganya dalam rumah anda, berkunjunglah ke Deyrolle. Namun perlu diingatkan, harganya agak mahal. Barang berkualiti.

5. ROPE, Tokyo

iluminasi kedai pasar pelik dunia11

Ini adalah kedai paling sesuai untuk mereka yang mempunyai hobi pelik. ROPE adalah syurga bagi manusia-manusia yang punya keinginan ganjil terhadap gadis. Saiz premis yang kecil dipenuhi dengan pakaian seragam sekolah wanita. Nak uniform apa? Semuanya ada untuk memenuhi fantasi dan yang uniknya, kebanyakan pakaian di situ dijual selepas dipakai tanpa dibasuh terlebih dahulu.

iluminasi kedai pasar pelik dunia

Produk paling laku di ROPE adalah seluar dalam gadis yang dijual tanpa dibasuh, beserta dengan gambar pemilik asal seluar dalam tersebut. Dengan harga sekitar RM200, terdapat label pada bungkusan seluar dalam tersebut menandakan dah berapa hari seluar dalam tersebut digunakan.

Semakin busuk dan kotor, semakin tinggi harga seluar dalam tersebut. Yang lebih menarik, jika ada wanita yang mahu menjual produk mereka di sana, ia dibenarkan dengan syarat seluar dalam tersebut perlu ditanggalkan di depan tuan punya kedai, bagi memastikan keasliannya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)