Oleh pada 22 Aug 2019 kategori

(Gambar hiasan)

Pada suatu petang yang mendung pada bulan November 1971, lelaki usia pertengahan berpakaian kemas menaiki satu penerbangan domestik berlepas dari Portland, Oregon.

Tidak lama selepas pesawat berlepas, lelaki itu dengan tenang memberitahu kru penerbangan tentang bom yang telah dipasang di dalam beg bimbitnya dan menyampaikan tuntutan tebusannya kepada polis di darat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Lelaki itu, yang telah menggunakan nama "Dan Cooper" untuk menaiki kapal terbang, akhirnya menerima wang tunai RM800,000 dari polis.

Selepas meminta kru untuk berlepas semula, dia terus melompat keluar dari pesawat. Sejak itu, dia tidak pernah ditemui lagi. iluminasi.com kongsikan 7 fakta dahsyat tentang lelaki yang bergelar D.B Cooper. 

7. D.B. Cooper tidak pernah dikenalpasti atau ditemui 

kes rampasan pesawat db cooper 396

Fakta paling misteri yang menyelubungi kes pada November 1971 adalah bahawa FBI tidak pernah mengenalpasti siapa sebenarnya lelaki itu.

Ia kekal sebagai satu-satunya jenayah udara yang tidak dapat diselesaikan yang melibatkan pesawat komersial. Lelaki yang digambarkan oleh para saksi melompat keluar dari kapal terbang selepas berlepas kali kedua itu tidak pernah dilihat lagi.

Terdapat banyak teori mengenai identitinya. Beberapa teori mencadangkan bahawa perampas terkenal iaitu Richard Floyd McCoy Jr adalah pelakunya.

Pada tahun 1972, McCoy merampas pesawat komersial dan menuntut wang tebusan RM2 juta. Dia kemudian melompat keluar dari pesawat, sama seperti D.B. Cooper.

McCoy ditangkap dan kemudian terbunuh selepas meloloskan diri daripada penjara. Dia tidak pernah terbukti dengan kukuh sebagai D.B. Cooper dan FBI mempunyai keraguan tentangnya.

Pelaku lain termasuk Kenneth Christensen, yang mana saudaranya mengenalpastinya sebagai Cooper dan juga mempunyai persamaan yang kuat terhadap lukisan FBI, serta Jack Coffelt, yang mengalami kecederaan kaki dalam kawasan Portland pada masa itu dan mendakwa beliau adalah Cooper.

Walaupun banyak suspek wujud, tidak ada yang terbukti secara kukuh sebagai Cooper, dan pada 2016, FBI secara terbuka mengumumkan bahawa mereka menangguhkan siasatan.

6. Keterangan tentang D.B. Cooper seperti James Bond

d b cooper kelihatan seperti james bond

Sebahagian daripada perkara yang membuatkan rampasan D.B.  Cooper kelihatan lebih mengagumkan adalah disebabkan oleh fakta bahawa ia sangat lancar.

Buletin FBI rasmi yang dikeluarkan menyifatkannya sebagai lelaki berkulit putih, di pertengahanusia, dengan penampilan Latin dan sikap yang bijak serta lantang.

Dia memakai sut gelap dengan kemeja putih dan tali leher hitam, membawa beg bimbit, dan kadang-kala memakai cermin mata hitam.

Menurut salah seorang saksi utama, pramugari Florence Schaffner, Cooper tenang dan bahkan memesan 2 gelas bourbon semasa penerbangan.

Malah, Cooper membayar pesanan tersebut dan membiarkan Florence menyimpan bakinya. Dia juga dengan tenang menjelaskan rancangannya kepada juruterbang di mana dia perlukan mereka untuk mengikuti arahannya supaya dia dapat melompat keluar dari pesawat dengan selamat.

Untuk kelihatan sepenuhnya seperti dalam filem "James Bond", Cooper menamatkan rampasan dengan melompat keluar dari belakang pesawat dengan payung terjunnya dan wang tunai tebusan RM800,000 diikat di badannya. 

5. D.B. Cooper mungkin menyamar sebagai ejen filem 

konspirasi d b cooper

Fail siasatan dikeluarkan oleh FBI kepada orang ramai pada tahun 2016, dan ia merupakan bacaan yang menarik.

Salah satu butiran yang agak tidak diketahui adalah bahawa seorang lelaki yang sepadan dengan keterangan umum yang dibuat tentang D.B Cooper telah mengadakan beberapa perbincangan dengan para juruterbang tentang cara "menjatuhkan objek" dengan selamat dan tepat dari pesawat bergerak ke rakan sejenayah di bawah.

Huraian lelaki itu menyerupai D.B Cooper di mana dia mengenakan pakaian sut perniagaan yang segak, mempunyai suara yang rendah, baik yang diucapkan dan dengan sideburn panjang, serta berketinggian 183 sentimeter.

Menurut laporan FBI, dua minggu sebelum rampasan November tersebut, lelaki yang tidak dikenali duduk di antara kedua-dua juruterbang itu dan mendakwa dia sedang menjalankan skrip filem baru.

Dia menyerahkan risalah-risalah filemnya dan secara khusus ingin mengetahui cara terbaik untuk menjatuhkan objek dengan tepat ke rakan sejenayah yang menunggu di bawah.

Dia diberitahu oleh juruterbang bahawa dengan kelajuan dan ketinggian serendah mungkin adalah peluang terbaik untuk melakukan perkara itu dengan tepat.

Selepas siasatan FBI, para juruterbang tidak dapat mengingat nama studio filem, filem, atau nama filem baru yang mana lelaki itu sedang buat. Dan lelaki itu tidak pernah dikenal pasti.

4. Sebahagian kecil wang ditemui beberapa tahun kemudian

wang yang dipercayai merupakan wang tebusan db cooper

Pada Februari 1980, seorang budak lelaki berusia 8 tahun yang sedang bermain pasir berhampiran Vancouver, Washington, menemui beberapa keping wang kertas di tebing pasir.

Wang tersebut masih dalam ikatan seperti mana yang diberikan kepada D.B. Cooper pada tahun 1971. Walaupun wang tersebut telah mengalami sedikit kerosakan, juruteknik FBI mengesahkan wang tersebut sebagai sebahagian daripada wang Cooper.

Lokasi penemuan itu adalah sekitar 14 kilometer dari kedudukan pendaratan D.B. Cooper secara teori. Apa yang menimbulkan lebih banyak persoalan adalah salah satu daripada 3 ikatan wang $100 tersebut hanya mengandungi 90 wang kertas.

Bagaimanakah wang kertas tersebut sampai ke tebing sungai? Adakah ia berada di sana selama bertahun-tahun, atau baru sahaja dibawa air?

Adakah ia sengaja dilakukan oleh D.B. Cooper atau rakan sejenayahnya? Tiada wang kertas lain yang pernah dilaporkan berada dalam edaran dan terus hilang hingga hari ini.

Apa yang menarik adalah budak lelaki tersebut dibenarkan menyimpan kira-kira separuh daripada wang yang ditemuinya itu dan telah dijual dalam satu lelongan pada tahun 2008 dengan harga RM155,000.

3. D.B. Cooper menginspirasikan 15 rampasan pesawat pada tahun 1972

kes rampasan pesawat frederick hahneman

Selepas kejayaan rampasan oleh D.B. Cooper, ramai yang lain mendapat inspirasi untuk mencubanya pada tahun-tahun kemudian. 

Dan yang paling popular adalah oleh Richard Floyd McCoy Jr. Antara yang lain adalah oleh Frederick Hahneman, yang merampas pesawat berlepas dari Allentown, Pennsylvania dan menuntut agar pesawat tersebut mendarat di Dulles supaya wang tebusannya boleh diterima.

Tebusannya termasuklah wang tunai RM1.3 juta, rokok, makanan, payung terjun, pisau, minyak dan helmet. Setelah tuntutannya dipenuhi, Frederick membenarkan kesemua penumpang turun daripada pesawat kecuali 6 orang kru pesawat.

Dia kemudiannya mengarahkan agar pesawat berlepas semula. Frederick berasakan bahawa wang kertas $100 yang diberikan terlalu kecil dan mengarahkan pesawat kembali ke Dulles, dan berlepas semula selepas mendapatkan wang dalam bentuk $500 dan $1,000.

Ketika penerbangan tersebut, pesawat mengalami masalah mekanikal dan terpaksa mendarat di New Orleans. Mereka kemudiannya menukar pesawat di mana Frederick menggunakan pistol untuk mengawal tahanannya.

Dia kemudiannya berlepas semula menghala ke Honduras, di mana Frederick terjun ketika hari gelap ke dalam hutan dengan wang tebusan bersamanya.

Selepas melarikan diri untuk beberapa minggu, Frederick menyerah diri di duta Amerika Syarikat di Honduras. Satu lagi cubaan tidak bernasib baik dengan cara yang sama adalah oleh Martin McNally pada Jun 1972 di mana dia merampas pesawat dari St. Louis dan wang tebusannya bernilai RM2 juta terjatuh ketika cuba terjun dari pesawat.

2. Kes D.B. Cooper mengubah sistem keselamatan penerbangan selama-lamanya 

sistem pemeriksaan bagasi

Selepas rampasa D.B. Cooper dan rampasan tiruan berikutnya, pihak berkuasa penerbangan dan FBI menyedari bahawa sistem keselamatan yang santai bagi penerbangan domestik Amerika terlalu mudah untuk perampas.

Langkah pertama untuk mencegah rampasan adalah memperkenalkan pemeriksaan keselamatan bagasi penuh untuk kali pertama.

Ini mungkin kelihatan tidak dapat dipercaya pada tahun 2019, tetapi isu itu sebenarnya harus diluluskan oleh mahkamah Amerika Syarikat pada tahun 1973.

Penumpang Amerika menganggap bahawa pemeriksaan bagasai ini melanggar hak mereka, tetapi akhirnya dianggap perlu untuk melindungi mereka yang berada di atas kapal.

Ia juga menjadi wajib untuk semua pintu kokpit untuk mempunyai lubang hendap agar para juruterbang dapat mengetahui apa yang sedang terjadi di sisi lain.

Pihak berkuasa penerbangan juga mencipta apa yang dikenali sebagai "Cooper vane", sebuah peranti yang menghalang tangga belakang dari dibuka semasa penerbangan.

Ini pada dasarnya akan membuat tindakan menurunkan penumpang ketika pesawat sedang terbang seperti yang dilakukan oleh D.B. Cooper menjadi mustahil.

Tak lama kemudian, kes rampasan seperti ini semakin berkurangan dan akhirnya tiada lagi.

1. D.B. Cooper mungkin masih hidup sehingga ke hari ini

d b cooper mungkin masih hidup sehingga hari ini

Menurut sebuah buku 2016 yang bertajuk The Last Master Outlaw, lelaki yang merampas pesawat itu ialah Robert Rackstraw.

Robert yang merupakan seorang juruterbang veteran Vietnam, adalah subjek buku itu, yang menonjolkan sejarahnya melarikan diri melampau serta kesamaan rupanya dengan lakaran D.B. Cooper oleh FBI.

Pada tahun 1978, Robert cuba memalsukan kematiannya sendiri namun berjaya ditangkap. Kemahiran dan pengalamannya memuatkan FBI mengesyakinya.

Mereka menyedari tentang persamaan dengan lakaran, tetapi akhirnya tidak dapat menemui bukti fizikal yang mencukupi untuk mengaitkannya dengan jenayah tersebut.

Robert sendiri mengaku sebagai D.B. Cooper, tetapi FBI menganggap ini hanya satu helah. Robert masih hidup hingga ke hari ini.

Rujukan:

1. Savvy Traveler

2. Mcall

3. Vault




Hakcipta iluminasi.com (2017)