Adakah anda seorang yang sering bercuti dan melancong ke luar negara? ataupun adakah anda seorang yang sentiasa sibuk dan perlu ke tempat-tempat yang jauh dengan menaiki kapal terbang? Pernahkah anda terfikir, adakah kapal terbang yang anda naiki selamat ketika berada di udara? adakah ia berisiko untuk disambar petir?
BESARKAN TEKS A- A+
Kebanyakan kapal terbang yang wujud pada masa kini mempunyai lapisan luar yang diperbuat daripada aluminium - sejenis logam pengalir haba yang sangat baik. Perkara yang paling utama untuk melindungi kapal terbang daripada panahan petir adalah dengan mengalirkan arus elektrik daripada titik impak panahan petir kepada titk yang lain tanpa gangguan dan lencongan ke dalam pesawat.
Mengikut anggaran, setiap kapal terbang komersil akan disambar petir sekurang-kurangnya satu kali dalam setahun. Antara kemalangan yang direkodkan yang berpunca daripada panahan petir adalah pada tahun 1967 apabila tangki minyak kapal terbang meletup dan mengakibatkan pesawat tersebut terhempas.
Secara umumnya, titik kritikal ataupun bahagian pertama yang sering disambar petir adalah pada bahagian "hidung" kapal terbang ataupun bahagian sayap kapal terbang. Disebabkan oleh kapal terbang yang bergerak bertentangan dengan cas elektrik tersebut, ia akan keluar pada bahagian ekor pesawat (seperti yang telah dijelaskan oleh Gauss's Law).
Menurut seorang juruterbang dan juga seorang penulis, Patrick Smith, kapal terbang sering disambar petir lebih kerap berbanding apa yang anda jangkakan.
Professor Mamu Haddad, menjelaskan bahawa pesawat moden diperbuat daripada komposit karbon ringan yang ditutup dengan lapisan tembaga nipis. Pesawat Dreamliners dan Boeing Airbus A350s mempunyai binaan ini, dan ia akan menjadi ruangan dalaman pesawat dilindungi daripada arus eletrik.
Menurutnya, perkara yang paing utama adalah tangki bahan api pesawat tidak boleh terdedah kepada percikan kilat. itulah sebabnya mengapa bahagian dalaman pesawat perlu diperbuat daripada bahan-bahan yang kuat dan boleh menampung haba setinggi 30,000C.
Menurut kajian, pesawat akan lebih cenderung untuk terkena panahan petir apabila pesawat tersebut terbang melalui awan kumulonimbus yang berada pada ketinggian antara dua hingga lima kilometer (6,500-16,500 kaki) dari tanah.
Namun, risiko untuk panahan petir merosakkan kapal terbang adalah amat rendah. Oleh hal yang demikian, para pengkaji mengatakan bahawa ia merupakan satu perkara yang tidak perlu dirisaukan.
Sekiranya panahan petir terkena kapal terbang, para penumpang akan mendengar satu bunyi dentuman yang kuat dan melihat cahaya putih yang cerah. Namun demikian, para penumpang dan kru-kru pesawat tidak akan merasakan cas elektrikk mengalir kerana ia terlalu rendah dan tidak berbahaya. Mungkin badan pesawat akan mengalami kesan kerosakan, namun ia adalah terlalu kecil dan tidak akan merosakkan dan membahayakan pesawat.
Pada tahun 2010, dua orang telah terkorban apabila sebuah pesawat Boeing 737-700 dari Bogota telah disambar petir dan terpecah kepada tiga bahagian dan telah terhempas di kawasan Pulau San Andres. Namun, menurut laporan, panahan petir bukanlah faktor utama kemalangan ini berlaku. Sebaliknya, kemalangan ini terjadi dengan kehadiran rintangan angin yang tinggi semasa petir menyambar pesawat tersebut.
Kesimpulannya, industri aerospace adalah sangat konservatif, dan mereka akan mengutamakn keselamatan semua penumpang dan juga kru yang berada di dalam pesawat. Setiap pesawat akan melalui ujian yang amat ketat bagi memastikan pesawat tersebut adalah selamat untuk dinaiki dan tidak akan mengalami sebarang kerosakan yang terlalu serius.
Sumber rujukan :