Cubaan rampasan kuasa merupakan satu tindakan untuk menggulingkan pemerintahan yang sedang berlangsung. Terdapat pelbagai faktor dan sebab yang boleh mencetuskan rampasan kuasa.

Namun yang paling biasa adalah disebabkan oleh berlakunya salah laku, ketidakadilan terhadap rakyat dan rasuah berleluasa dalam pemerintahan kerajaan.

Ia biasanya bermula dengan tunjuk perasaan atau demonstrasi dan mungkin berakhir dengan kejatuhan pemimpin tertinggi negara.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan antara 8 rampasan kuasa yang terkenal pernah berlaku dalam sejarah.

8. Cubaan rampasan kuasa Hugo Chavez 1992 - Venezuela

cubaan rampasan kuasa venezuela

Boleh dikatakan bahawa rampasan kuasa yang berlaku di Venezuela ini tidak akan dapat dilupakan.

Bukan setakat satu tetapi dua cubaan rampasan kuasa dilakukan untuk menjatuhkan presiden negara ini ketika itu iaitu Carlos Andres Perez.

Cubaan rampasan kuasa pertama berlaku pada Februari 1992 di bawah pimpinan Hugo Chavez namun ia menemui kegagalan.

9 bulan kemudian pada 27 November 1992, rampasan kuasa kedua telah dilancarkan.

Ia berlaku di beberapa stesen televisyen tempatan dan pangkalan udara Venezuela. Sebanyak 14 tentera terbunuh termasuk 50 tentera lain dan 80 orang awam cedera.

Sekali lagi, rampasan kuasa kedua ini juga berakhir seperti yang pertama iaitu gagal, namun nama Hugo Chavez menjadi terkenal di seluruh negara. 

Hugo Chavez kemudiannya dilantik menjadi perdana menteri Venezuela dari tahun 1999 hingga 2013.

7. Revolusi Orange 2004 - Ukraine

revolusi orange

Pada penghujung November 2004 hingga Januari 2005, sejumlah tunjuk perasaan berlaku di Ukraine.

Faktor yang menyebabkan ini berlaku adalah presiden yang telah dipilih ketika itu terlibat dengan kes korupsi yang tersangat serius.

Dan proses penolakan pemilihan calon untuk kepimpinan yang terlibat dengan rasuah telah mencetuskan Revolusi Orange.

Revolusi ini merupakan aksi rampasan kuasa yang dilancarkan oleh sejumlah rakyat yang menunjuk perasaan di beberapa buah lokasi penting bagi menolak kerajaan korup ketika itu.

Dan disebabkan oleh tunjuk perasaan yang terlalu meluas dan kerap, maka pemilihan kembali telah diadakan untuk melantik calon presiden yang baru.

6. Rampasan kuasa Thai 2006 - Thailand

rampasan kuasa thailand 2006

Berlaku pada 19 September 2006, rampasan kuasa ini dipimpin oleh Tentera Diraja Thailand.

Kumpulan ini mempunyai matlamat untuk mencegah Thaksin Shinawatra daripada dilantik menjadi perdana menteri.

Dan sudah tentu rampasan kuasa ini memberikan kesan yang tersangat besar kepada dunia politik Thailand. Ia telah dipimpin oleh seorang jeneral, Prem Tinsulanonda.

Jeneral Prem tidak keseorangan dalam perjuangan ini tetapi disertai oleh sejumlah pasukan tentera yang dikatakan telah disogok dengan wang sebanyak RM190,000.

Rampasan kuasa ini sangat berjaya dengan menghentikan pemilihan, membatalkan perlembagaan, menapis media dan mengharamkan segala aktiviti tunjuk perasaan serta mengisytiharkan darurat ketenteraan kebangsaan.

5. Rampasan kuasa Mali 2012 - Mali

rampasan kuasa mali 2012

Rampasan kuasa Mali yang bermula pada 21 Mac 2012 telah dicetuskan oleh salah seorang daripada tentera Mali yang membentuk sebuah jawatankuasa untuk mengambilkan demokrasi di Mali.

Rampasan kuasa ini dilancarkan sebagai satu bentuk ketidakpuasan hati terhadap pihak pemerintahan yang ketika itu dipimpin oleh presiden Amadou Toumani Toure.

Pemberontakan tersebut mensasarkan ibu kota Barnako, termasuk tempat istirehat presiden, berek tentera dan stesen televisyen.

Pasukan pemberontak menyatakan bahawa mereka telah berjaya memaksa presiden Amadou untuk meletak jawan selepas bersembunyi untuk tempoh yang sangat lama.

4. Revolusi Xinhai 1911 - China

revolusi xinhai 1911

Revolusi Xinhai juga dikenali dengan pelbagai nama, termasuklah Revolusi Hsinhai, Revolusi 1911 dan Revolusi Cina.

Ia bermula dengan pemberontakan Wuchang pada 10 Oktober 1911 dan berakhir dengan kejatuhan Maharaja Puyi pada 12 Februari 1912.

Pemberontakan Xinhai ini berpunca daripada kemarahan rakyat di atas salah laku dan korupsi yang berlaku dalam pemerintahan Qing. 

Akan tetapi pemberontakan yang berlaku di China ini tidak memberikan kesan langsung kepada kerajaan.

Hanya pada 12 Februari 1912, barulah kerajaan China secara rasmi menggantikan dinasti Qing.

3. Revolusi Oktober 1917 - Soviet

revolusi soviet 1917

Juga dikenali sebagai Revolusi Soviet atau Revolusi Bolshvka, ia berlaku pada tahun 1917.

Revolusi ini bermula dengan satu rampasan kuasa yang dilaksanakan olah para pekerja dan sejumlah tentera.

Rampasan kuasa ini menjadi fasa kedua daripada rampasan kuasa yang pertama, dikenali sebagai Revolusi Februari yang dilancarkan pada tahun yang sama.

Revolusi Oktober ini dipimpin oleh orang Bolshevik (pecahan Parti Buruh Sosial Demokratik Sosialis Marxis) di mana mereka memanfaatkan pengaruh mereka di Petrogard Soviet untuk membentuk satu kelompok bersenjata yang akhirnya dinamakan sebagai Pengawal Merah Bolshevik.

Kelompok pemberontak bersenjata ini mengambil alih sejumlah bangunan kerajaan pada tanggal 24 Oktober.

Usaha penggulingan kerajaan Soviet ini telah berhasil dan kuasa akhirnya jatuh ke tangan Bolshevik.

2. Rampasan kuasa 18 Brumaire - Perancis

18 brumaire

Napoleon Bonaparte adalah individu yang menjadi pemikir kepada rampasan kuasa yang diberi nama 18 Brumaire.

Gelaran ini merujuk kepada tarikh 9 November 1799, atau 18 Brumaire tahun VIII dalam kalendar Republik Perancis.

Napoleon bukan sahaja berjaya menggulingkan direktori Perancis, tetapi juga tidak teragak-agak untuk menyingkirkan semua pihak yang tidak sukakan dengan kepimpinannya.

Sejarah rampasan kuasa 18 Brumaire ini termasuk dalam buku yang ditulis oleh Karl Marx, revolusioner sosialis Jerman.

1. Revolusi Agung 1688 - England

glorious revolution

Rampasan yang dikenali sebagai Revolusi 1688 atau Revolusi Agung ini berlaku pada tahun 1688.

Ia dilakukan bagi menjatuhkan kerajaan British yang pada ketika itu dipimpin oleh Raja James II.

Raja James diturungkan daripada kedudukannya sebagai seorang raja oleh seorang ahli parlimen dan dibantu dengan pasukan tentera dipimpin oleh seorang ketua hakim dari Belanda, bernama William III.

Kejatuhan Raja James II dari takhta menjadi tanda kepada permulaan era demokrasi moden England.

Sejak itu, raja tidak lagi menjadi pemegang kuasa tertinggi Brisith dan perjanjian Bill of Rights diangkat sebagai dokumen terpenting dalam sejarah England.




Hakcipta iluminasi.com (2017)