McDonald's adalah antara syarikat makanan segera terbesar di dunia. Pada April 2018, syarikat itu mengumumkan bahawa hasil pada suku pertama tahunan adalah RM23.9 bilion dan pendapatan sesaham mencapai RM6.17.

Dan boleh dikatakan McDonald's adalah restoran makanan segera paling popular dan berjaya di dunia pada ketika ini. Tak percaya? Cuba pergi ke mana-mana cawangan berdekatan dan lihat sendiri.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun begitu, masih terdapat banyak perkara yang kita tak tahu tentang gergasi makanan segera ini. iluminasi.com kongsikan 10 fakta menarik dan dahsyat tentang McDonald's.

10. Universiti McDonald's

universiti mcdonald s

Pernahkah anda mendengar tentang institusi ini? Bagi yang tak tahu, McDonald's mempunyai universiti sendiri bernama Hamburger University.

Ia ditubuhkan pada tahun 1961 dan mempunyai 8 kampus di seluruh dunia, termasuk Tokyo, London, Sydney dan Shanghai.

Anda mungkin beranggapan bahawa universiti ini mengajar kurikulum biasa termasuk pelajaran tentang bagaimana menggoreng kentang goreng dan memasak burger, kan?.

Sebenarnya, anda sebenarnya salah. Kurikulum di universiti ini memberi tumpuan kepada pembangunan dan pengurusan kepimpinan.

Terdapat kira-kira 16 profesor kolej sepenuh masa di setiap kampus dan kursus-kursus diajar dalam 28 bahasa yang berbeza.

Malah, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima masuk ke Universiti Hamburger milik McDonald's.

Kadar pemilihan di kampus Shanghai adalah hanya 1%. Setakat ini, lebih daripada 80,000 pelajar di seluruh dunia telah lulus dengan Ijazah Sarjana Muda Hamburgerologi.

9. Kentang goreng McDonald's mengandungi lebih daripada 15 bahan

kentang goreng mcdonald s

Bagaimana anda memasak kentang goreng di rumah? Kentang, garam dan minyak. Ketiga-tiga asas ini semestinya diperlukan untuk menghasilkan kentang goreng yang enak.

Tapi, ia tidak bukanlah cara McDonald's menghasilkan kentang goreng mereka yang tiada bandingan. McDonald menggunakan 12 bahan tambahan selain tiga bahan yang disebutkan tadi.

Salah satu daripadanya adalah perisa daging lembu yang kontroversial (menggantikan minyak daging lembu).

Bahan-bahan lain termasuklah minyak kacang soya, minyak kacang soya terhidrogenasi, gandum hidrolisis, susu hidrolisis, asid sitrik, dimetilpolysiloxane, dextrose, minyak jagung, pyrophosphate asid natrium , butylhydroquinone tersier (TBHQ).

Nampak macam ringkas, tapi banyak bahan yang digunakan.

8. McDonald's diharamkan di lebih 10 buah negara

mcdonald s diharamkan di banyak negara

Walaupun terkenal, namun bukanlah sesuatu yang mudah bagi gergasi makanan segera ini untuk mendirikan kedai di mana-mana yang mereka mahu.

Dan terdapat sebab di sebalik perkara ini. Apabila McDonald cuba memperluaskan perniagaan mereka ke Bermuda pada tahun 1999, kerajaan tempatan menghalang kemasukannya kerana ia akan mempengaruhi budaya.

Di Ghana, alasannya lebih membingungkan, apabila McDonald menerima mesej bahawa ia tidak dikehendaki di Ghana kerana penduduk percaya bahawa McDonald's hanya akan menghancurkan kemajuan negara mereka.

Politik adalah punca utama untuk McDonald's tidak membuka cawangan mereka di Korea Utara dan Zimbabwe. Di samping itu, McDonald's juga diharamkan di Iceland, Yaman, Macedonia, Bolivia dan Iran.

7. McDonald's jana pendapatan melalui sewaan melebihi penjualan makanan

hartanah mcdonalds

Ramai yang percaya bahawa makanan ikonik adalah sebab di sebalik kejayaan besar McDonald dalam industri makanan segera.

Namun, bekas Ketua Pegawai Kewangan syarikat ini, Harry J. Sonneborn, menyatakan bahawa secara teknikalnya McDonald's bukan berada dalam perniagaan makanan tetapi dalam perniagaan hartanah.

Perbadanan McDonalds adalah pemilik terbesar harta runcit di dunia dan keuntungan dari sewa adalah lebih tinggi daripada apa yang mereka terima daripada penjualan makanan.

Menurut statistik, hampir 85% daripada syarikat itu diwakili oleh lokasi yang dikendalikan oleh francais. Dalam kes sedemikian, McDonald membeli hartanah dan kemudian menyewakan kepada francaisnya.

Pada tahun 2016, 82% daripada hasil itu diperoleh daripada sewa dan yuran francais, berbanding dengan hanya 16% yang dijana melalui penjualan makanan.

6. McDonald's buka satu cawangan baru setiap 4 jam

mcdonald s australia

Sudah jelas bahawa McDonald's adalah tersangat popular. Kita tak mampu lagi untuk menjelaskan betapa berjayanya francais ini dari segi kekayaan dan saiznya.

Ia mempunyai sekitar 36,900 cawangan di seluruh dunia. Dalam setiap 4 jam, sebuah cawangan McDonald's yang baru akan wujud di mana-mana lokasi di dunia.

Malah, pakar statistik terkesima dengan perniagaan McDonald's yang luar biasa.

Restoran gergasi ini menjual kira-kira menjual 4 juta kilogram kentang goreng di seluruh dunia dalam sehari dan telah menjual lebih dari 4 trilion kentang goreng sejak tahun 1948.

Tak cukup dengan itu, ia menjual lebih dari 1 bilion cawan kopi setiap tahun dan menjual 500 juta cawan sehari di Amerika Syarikat sahaja.

Maka, tidak hairanlah ada McDonald's baru muncul di mana-mana dalam masa 4 jam.

5. 1 daripada 8 rakyat Amerika Syarikat bekerja untuk McDonald's

mcdonalds usa

McDonald's mempunyai sekitar 1.9 juta orang pekerja di seluruh dunia, melebihi jumlah penduduk Latvia dan Luxembourg.

Syarikat ini mendapat gelaran ke-4 bagi "Majikan Terbesar di Dunia," terutamanya kerana jumlah kakitangan mereka yang mampu membina sebuah negara sendiri. 

Lebih mengejutkan, McDonald's menggajikan kira-kira 1 juta pekerja di Amerika Syarikat setiap tahun. Apabila anda berjalan di negara ini, 1 dalam setiap 8 orang rakyat Amerika Syarikat adalah pekerja atau bekas bekerja McDonald's. 

Beberapa selebriti Amerika dan Kanada juga pernah bekerja di McDonald sebelum mereka terkenal, termasuk Sharon Stone, Shania Twain, Jay Leno, Rachel McAdams dan Pink.

4. McDonald's adalah pengedar mainan kanak-kanak terbesar di dunia

mainan happy meal

Adakah anda fikir Toys "R" Us mengedarkan mainan yang paling banyak di dunia? Jika ya, maka anda salah.

Memandangkan restoran ini melancarkan hidangan Happy Meals pada Jun 1979, McDonald's telah berjaya mencuri gelaran 'pengedar mainan nombor satu di dunia' daripada banyak peruncit mainan utama.

20% daripada jualannya disumbangkan oleh Happy Meals, yang termasuk dengan mainan percuma. Setiap tahun, dilaporkan bahawa McDonald's mengedarkan sekitar 1.5 juta mainan.

Happy Meals sahaja mewakili kira-kira RM12 bilion bagi jualan tahunan untuk McDonalds, yang melebihi jumlah hasil jualan Wendy's dan Burger King.

3. Logo McDonald's lebih dikenali berbanding lambang salib

logo mcdonald s lebih dikenali berbanding lambang salib

Satu-satunya cara untuk mendapatkan perhatian dan menjadi terkenal di era moden ini adalah melalui pemasaran dan pengiklanan.

McDonald membelanjakan kira-kira RM4 bilion pada tahun 2017 untuk pengiklanan dan pemasaran, yang merupakan salah satu daripada bajet yang paling mahal di dunia.

Disebabkan oleh pemasaran drastik sedemikian di seluruh dunia, ia membuatkan golongan kanak-kanak turut mengenali logo lengkungan emas McDonald's.

Menurut kaji selidik Tinjauan Penyelidikan Antarabangsa, 88% orang mengenali logo McDonald's berbanding 54% bagi lambang salib.

2. McDonald's menjual lebih daripada 75 burger sesaat

burger mcdonald s

Dengan kira-kira  36,900 buah cawangan McDonald di seluruh dunia, restoran ini menyediakan makanan bagi hampir 1% daripada populasi dunia.

Ia juga dianggarkan bahawa mereka mempunyai kira-kira 70 juta orang pelanggan setiap hari, lebih 2 kali ganda daripada penduduk di Malaysia.

Penduduk Amerika Syarikat adalah pengguna daging lembu terbesar di dunia dan majoritinya dibekalkan oleh McDonald's sendiri.

Kira-kira 454,000 kilogram daging lembu dimakan oleh penduduk AS setiap tahun melalui McDonald's, sekitar 5 bilion burger setahun atau 75 hamburger sesaat. Jumlah ini mewakili 25 juta ekor lembu. 

McDonald's juga terkenal sebagai pembeli terbesar daging babi dan daging lembu, juga salah satu penyumbang besar kepada kerosakan alam sekitar dan kesihatan.

1. Gaji CEO McDonald's 1,200 kali ganda berbanding pekerja biasa

gaji ceo mcdonald s 1200 kali ganda pekerja biasa

Jurang gaji McDonald antara CEO dan pekerjanya telah meningkat dua kali ganda dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang menyebabkan mogok berterusan oleh beberapa pekerja mereka.

Gaji yang dibayar adalah sangat rendah kerana ia memerlukan kemahiran yang sangat rendah dan terdapat permintaan yang tinggi untuk pekerjaan tersebut.

Nerd Wallet, sebuah laman sesawang kewangan, memutuskan untuk membandingkan gaji Ketua Pegawai Eksekutif McDonald dan pekerjanya, menunjukkan keputusan yang sangat mengejutkan.

Semua pekerja McDonald perlu bekerja selama 7 bulan untuk menandingi pendapatan tahunan CEO nya.

Ini menghasilkan anggaran yang memperlihatkan gaji Ketua Pegawai Eksekutif adalah kira-kira 1,200 kali lebih besar daripada upah pekerja biasa.

Ini bermakna pekerja McDonald's perlu bekerja selama 1,200 jam untuk menyamai gaji 1 jam CEO nya.

Rujukan:

1. Business Insider

2. RD

3. Entrepreneur




Hakcipta iluminasi.com (2017)