Juga dikenali sebagai "vape" atau "vapor", rokok elektronik kini menjadi antara salah satu aktiviti yang semakin popular dalam kalangan golongan muda.

Dikatakan bahawa sebab utama ia dilakukan adalah bagi membantu berhenti merokok, mengurangkan kemudaratan dan risiko kesihatan akibat merokok.

Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan penggunaan rokok elektrik ini pada tahun 2015, tetapi ia masih digunakan secara berleluasa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Peranti ini menukarkan cecair berperisa atau mengandungi nikotin, menjadi wap untuk disedut.

cecair perisa vape

Pada tahun 2019, wabak penyakit paru-paru yang membunuh dihubungkan dengan alternatif merokok ini.

Di semua negeri di Amerika Syarikat kecuali Alaska, lebih daripada 2,000 orang sakit parah dan hampir 40 orang meninggal dunia.

Keadaan ini menyebabkan kerosakan yang menakutkan tetapi walaupun telah berusaha sedaya upaya, agensi kesihatan masih bergelut untuk menyelesaikan masalah ini.

iluminasi.com kongsikan 7 fakta mengejutkan tentang krisis "vape".

7. Pesakit pertama melibatkan vape

pesakit pertama yang melibatkan vape

Jika dilihatkan kembali, kes-kes terawal melibatkan rokok elektrik adalah sekitar April 2019.

Walaubagaimanapun, pada 11 June, barulah para doktor menyedari bahawa mereka sedang berhadapan dengan masalah yang tidak diketahui.

Pada hari itu, seorang remaja telah dimasukkan ke Hospital Kanak-kanak Wisconsin. Dia mengalami masalah pernafasan, demam dan kehilangan berat badan yang ketara.

Kakitangan perubatan pada mulanya berpendapat bahawa dia telah dijangkiti jangkitan paru-paru.

Amat mudah untuk beranggapan bahawa remaja itu yang merupakan seorang penunggang basikal BMX yang aktif, menghidupkan pelbagai jenis kotoran di luar yang berbahaya yang akhirnya memberi kesan kepada saluran pernafasannya.

Dikatakan bahawa terdapat kemungkinan kecil bahawa masalah tersebut adalah sejenis radang paru-paru yang jarang berlaku, namun ia tidak disokong oleh ujian yang dijalankan.

Selepas beberapa imbasan dibuat, doktor membuktikan bahawa paru-parunya tidak dijangkiti apa-apa.

Sebaliknya, tanda-tanda itu menunjukkan bahawa budak itu telah menyedut bahan tersangat berbahaya sehinggakan merosakkan fizikalnya.

Dalam tempoh sebulan, tiga remaja lain dimasukkan ke hospital dengan gejala yang sama seperti remaja pertama, termasuklah batuk, keletihan, sesak nafas, cirit-birit, dan muntah.

Sama seperti pesakit pertama, saluran udara mereka mengalami pendarahan. Para doktor tidak menyukai penyakit paru-paru yang misteri ini, terutamanya apabila tiga daripada empat pesakit tersebut dimasukkan ke ICU.

Dalam mencari hubungan antara remaja-remaja ini, doktor mendapati bahawa mereka tidak mempunyai persamaan.

Carian latar belakang akhirnya menemui satu faktor, iaitu semua daripada mereka menghisap vape dan ini sangat aneh.

Ramai orang telah menghisap vape untuk bertahun-tahun lamanya dan jika trend ini adalah penyebabnya, kenapa tiba-tiba ia membuatkan penghisap sakit secara tiba-tiba? Tiada jawapan.

Semua doktor-doktor yang terlibat mengatakan dengan pasti masalah tersebut yang sebelum ini dinamakan sebagai EVALI (dicirikan oleh pneumonitis / keradangan paru-paru), adalah wabak yang membunuh dan tidak berjangkit.

Lebih membimbangkan, perkara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

6. Paru-paru penghisap vape seperti mangsa serangan gas 

paru paru penghisap vape seperti mangsa serangan gas

Syarikat penjagaan kesihatan iaitu Mayo Clinic telah menemui satu fakta yang sangat menakutkan. 

Seperti kebanyakan institusi perubatan yang lain, pakar-pakar mereka sedang bersungguh-sungguh mencari penyebab kepada masalah kesihatan berkaitan vape.

Ketika satu kajian yang pertama seumpamanya, pasukan mereka memeriksa biopsi paru-paru dari 17 pesakit, di mana beberapa daripadanya telah meninggal dunia.

Mereka sangat menjangkakan untuk menemui penyebab masalah kesihatan oleh cecair vape, mungkin dalam bentuk penyimpanan lemak yang merosakkan dalam paru-paru penghisap.

Sebaliknya, mereka menemui satu situasi yang sangat membimbangkan di mana paru-paru yang dikaji menunjukkan luka bakar kimia dan parut.

Mereka seperti sedang melihat mangsa serangan gas. Terdapat persamaan yang kukuh di antara paru-paru pesakit yang menghisap vape dengan sejarah kes individu yang telah terdedah kepada ejen-ejen kimia yang beracun.

Meskipun pakar-pakar Mayo Clinic tidak dapat mencari kemungkinan penyebabnya, mereka menemui kesan yang meyakinkan bahawa terdapat sesuatu mengenai vape yang tersangat toksik.

Bahaya yang paling munasabah termasuklah bahan cemar, sejenis produk sampingan yang tidak diketahui tetapi boleh membunuh, atau cecair vape itu sendiri.

Memandangkan jumlah penghisap vape adalah tersangat ramai, pasukan ini mengeluarkan hasil penemuan mereka dan menggelarkan keadaan ini sebagai "krisis kesihatan awam." 

5. Kaitan vape dengan ganja

kaitan vape dengan ganja

Apabila dunia berhadapan dengan risiko kesihatan yang "licik", organisasi penyiasatan utama yang akan mengambil bahagian adalah Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Beberapa bulan selepas wabak awal, teori yang menyalahkan marijuana telah bermula. Ini bukan melibatkan tumbuhan atau daun ganja itu sendiri, tetapi produk vape yang mengandungi THC.

THC adalah komponen psikoaktif dalam ganja yang menyebabkan seseorang itu khayal. 

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, imej awam THC mendapat pandangan positif dan bahkan menemui bidang khusus dalam sektor kesihatan.

Namun, teori tentang menyalahkan ganja dalam kes vape ini bukanlah dihasilkan oleh paranoia atau pihak yang menentang ganja, tetapi dibuat berdasarkan pemerhatian saintifik.

Sebagai contoh, 12 orang daripada 17 orang yang mana biopsi mereka dianalisis oleh Mayo Clinic mempunyai sejarah menghisap vape menggunakan minyak cannabis atau ganja.

Apabila CDC menemuduga pesakit, segalanya menjadi semakin jelas. Sekitar 85% orang mengakui telah menghisap vape ayng mengandungi katrij THC.

Beberapa daripada mereka yang jujur ​​mengaku membeli produk mereka di pasar gelap. Fakta ini sangat penting kerana produk vape THC yang berasal dari pasar haram ini telah menjadi tumpuan terhadap kemungkinan risiko kesihatan.

Kebanyakan pesakit yang kematiannya dikaitkan dengan menghisap vape juga turut menikmati vape yang mengandungi THC.

4. Bahan tambahan yang berbahaya

kandungan vitamin e acetate dalam vape

Selepas kaitan dengan ganja dikesan, CDC menyedari sesuatu yang sangat mendalam. Terdapat kemungkinan bahawa THC tidak mempunyai kaitan dengan wabak ini, sebaliknya, bahaya itu mungkin datang dari sesuatu yang dicampurkan ke dalam THC, iaitu vitamin E asetat.

Minyak ini dimasukkan ke dalam cecair vape sebagai penapis katrij dan ejen untuk "menipiskan" THC. CDC mengenal pasti bahan kimia ini sebagai bahan tambahan dalam produk kecantikan dan juga anti-oksida dalam minyak wangi.

Minyak vitamin E juga dijual sebagai makanan tambahan.

Walaupun adalah benar bahawa minyak ini tidak membahayakan apabila ditelan dalam bentuk kapsul, namun menghidu bahan ini satu idea tidak bijak.

Apabila beberapa pihak berkuasa seperti CDC dan FDA (Pentadbiran Makanan dan Dadah) memeriksa paru-paru pesakit dan produk vape, mereka menemui vitamin E asetat dalam hampir semua daripada mereka.

Kebanyakan daripada minyak ini ditemui dalam sampel THC dan penghisap vape pasaran gelap. 

Para penyelidik mendapati bahawa asetat dalam paru-paru mampu menghasilkan simptom pernafasan EVALI dan mengenalpasti toksin ini adalah satu kejayaan besar.

Walau bagaimanapun, ia lebih kelihatan seperti langkah ke arah yang betul dan bukannya penawar. Penemuan itu gagal menjawab soalan-soalan besar.

Jika minyak vitamin E menyebabkan kesan ini, tiada siapa yang tahu bagaimana bahan ini mencetuskan penyakit itu atau mengapa tidak ada tanda masalah sehingga April 2019. 

3. Faktor X yang sukar difahami

fakta tentang krisis vape

Menghentikan wabak ini tidak semudah seperti menghapus minyak vitamin E daripada produk vape.

Pihak berkuasa kesihatan mengakui bahawa penyakit itu boleh disebabkan oleh banyak faktor dan bukannya satu sahaja.

Malah, proses pemanasan peranti vape juga tidak dikecualikan daripada disiasat sebagai penyebab.

Sebagai contoh, ketika sedang mencari petunjuak, satu kajian di Pennsylvania menemui bahawa minyak yang tak berbahaya seperti minyak glicerin dan propylene glycol boleh bertukar menjadi toksik apabila dihisap melalui vape.

Malangnya, kedua-dua ini adalah minyak asas yang biasanya digunakan dalam botol kartrij. Kebenaran yang menakutkan adalah bahawa industri ini terjebak dalam fasa "Wild West".

Kerana sebahagian besarnya tidak terkawal, terdapat beratus-ratus bahan kimia di dalam produk-produk ini dan banyak daripadanya yang mungkin memainkan peranan dalam penyakit ini.

Malah, jumlah bahan-bahan yang tidak dikenali membuatkan proses untuk mengisythiharkan sama ada sesuatu produk vape itu selamat atau tidak dan terpisah daripada yang membahayakan, adalah mustahil.

Dan video-video online menjadikan situasi semakin parah. Orang yang memuat naik tutorial DIY tentang cara untuk menambahkan bahan ke dalam vape semakin meningkat.

Ini termasuk bahan-bahan yang tidak pernah direka untuk dipanaskan dan ditukarkan menjadi wap. Trend ini menjadi beban yang tidak sepatutnya bagi penyelidik di mana mereka perlu menyelidik lebih banyak bahan yang terlibat.

Kini FDA telah menganalisis lebih daripada 900 produk dan peranti, sambil bekerja secara sistematik melalui rantaian bekalan pasaran hitam.

2. Kematian pertama di Britain 

salah seorang pesakit akibat vape

Profesor Stanton Glantz adalah pengarah Pusat Kawalan dan Pendidikan Penyelidikan Tembakau.

Berpangkalan di San Francisco, dia menentang bahaya yang berkaitan dengan merokok kepada orang ramai. Profesor Stanton pernah memainkan peranan penting dalam pengeluaran 90 juta muka surat dokumen rahsia daripada industri tembakau.

Pandangannya mengenai vape adalah "Britain gila". Bukan penduduknya, tetapi Kesihatan Awam England (PHE ) yang percaya bahawa penyakit itu adalah fenomena Amerika.

PHE mendakwa bahawa tperkara yang sama tidak akan berlaku di Britain kerana kerajaan melarang penggunaan vitamin E asetat. Walaupun benar, Profesor Stanton menegaskan bahawa bahan kimia itu tidak pernah disahkan sebagai penyebabnya.

Malah CDC dan FDA sendiri tahu bahawa sesetengah orang jatuh sakit tanpa merokok minyak kanabis dan juga selepas menggunakan peranti vape dengan minyak vitamin E yang sangat sedikit.

Walaupun sesuatu yang lebih besar sedang berlaku, tetapi PHE tidak mengendahkan perkara yang sangat jelas. Kini ada kes-kes yang merangkumi banyak negara. Malah, kes-kes di Britain sendiri telah berlaku sebelum wabak Amerika bermula.

Setahun yang lalu, para doktor di Birmingham mendiagnos seorang wanita muda dengan gejala-gejala klasik.

Tidak menyedari akan krisis yang bakal berlaku pada tahun 2019, para doktor sudah mengesyaki tentang tabiat menghisap vape wanita ini kerana ia ia satu-satunya sumber yang padan dengan lipid lemak yang terdapat di dalam paru-parunya.

Lebih buruk lagi, kematian terawal yang dikaitkan dengan vape berlaku di Britain, sembilan tahun sebelum krisis di Amerika Syarikat.

PHE terus menggalakkan orang ramai untuk menggunakan rokok elektrik untuk berhenti merokok dan itulah yang dilakukan oleh Terry Miller lakukan pada tahun 2010 sebelum cecair vape menyebabkan paru-parunya tersumbat.

Laporan mayatnya bukanlah satu berita yang menggembirakan bagi pengguna vape, yang mana menyatakan bahawa "dikatakan bahawa perkembangan pneumonia lipoid oleh Terry Miller disebabkan oleh penyedutan nikotin pekat yang dicampurkan dengan minyak, dari peranti tersebut".

1. Tindak balas antarabangsa terhadap vape

india negara yang sangat ketat undang undang berkaitan vape

Berikutan jumlah kematian di Amerika Syarikat, beberapa negara telah memerangi rokok elektrik. Singapuran dan India mengharamkan peranti ini manakala Jepun membenarkan vape tetapi dengan cecair tanpa nikotin.

China menyatakan bahawa mereka mahu menyelia amalan ini dengan ketat pada masa akan datang.

Sekiranya kerajaan China mengenakan sekatan terhadap rokok elektrik ini, ia akan menjadi tamparan hebat kepada industri vape kerana satu pertiga daripada perokok adalah dari China.

Hakikat bahawa India telah mengharamkan segala-galanya dari penghasilan, perdagangan, penjualan dan penyimpanan produk vape telah membunuh pasaran 1.3 bilion pengguna.

Walaupun vape digelarkan sebagai cara yang bagus untuk berhenti merokok, India enggan menerimanya.

Amerika Syarikat menyatakan bahawa cecair berperisa yang digunakan sebenarnya menggalakkan lebih ramai kanak-kanak untuk mula menghisap vape.

India sangat serius dalam mengenakan tindakan undang-undang sehinggakan sesiapa yang melanggarnya boleh dipenjarakan, termasuklah mengiklankan atau berani memberikan rokok elektronik kepada seseorang.

Penentangan global terhadap vape ini adalah satu berita buruk bagi syarikat-syarikat tembakau tertentu yang melaburkan berbilion-bilion ringgit terhadap teknologi vape untuk untuk mengimbangi jualan rokok mereka yang merosot.

Apa yang menariknya adalah peminat vape menuduh India mengharamkan segalanya berkaitan rokok elektronik untuk untuk melindungi kepentingannya sendiri dan bukan kesihatan awam.

Lagipun, negara ini adalah salah satu pengeluar tembakau terbesar di dunia.

Rujukan:

1. Telegraph

2. Guardian

3. Science Alert




Hakcipta iluminasi.com (2017)