Satu ketika dahulu, pihak Kesatuan Soviet bersaing sengit dengan Amerika Syarikat dalam bidang eksporasi angkasa lepas. Seperkara yang positif mengenai perkara ini adalah kedua-dua pihak telah berlumba-lumba menghasilkan ciptaan dan inovasi baru untuk mendahului musuh mereka.
Ciptaan-ciptaan ini termasuklah roket, satelit, stesen angkasa dan sebagainya. Mungkin kita tidak sedar atau tahu, saintis dan jurutera Soviet telah bertanggungjawab atas banyak penemuan lain yang telah memberi kesan yang besar kepada dunia dan penciptaan yang manusia sekarang anggap sebagai perkara biasa.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Telefon mudah alih
Tidak dapat dinafikan bahawa telefon mudah alih merupakan peranti paling popular pada masa kini. Walaupun pasaran telefon mudah alih kini dipelopori oleh jenama seperti Apple, Samsung, Xiaomi, Huawei dan sebagainya. Namun, kita harus tahu bahawa ianya dahulu diperkenalkan kepada orang ramai oleh syarikat Motorola sekitar tahun 1973.
Menariknya, pihak Soviet sebenarnya telah mencipta telefon mudah alih pertama untuk kegunaan mereka sendiri 20 tahun lebih awal. Jurutera Soviet Leonid Ivanovich Kupriyanovich berjaya mencipta telefon bimbit pertama pada tahun 1957.
Menjelang tahun 1963, dia telah menambahbaik ciptaannya dan mulai menjual "Altai", sebuah peranti mudah alih berukuran telapak tangan yang mendahului telefon Motorola selama sepuluh tahun.
2. Stesen angkasa
Kejayaan pihak Soviet dalam persaingan eksplorasi angkasa lepas memang tidak boleh disangkal. Malah, tidak keterlaluan untuk mengatakan mereka jauh mendahului Amerika Syarikat sehingga memaksa Amerika Syarikat mencuri satelit Soviet untuk menciplak teknologinya.
Pihak Kesatuan Soviet juga telah mencipta Salyut 1, stesyen angkasa pertama di dunia. Penciptaan ini meletakkan asas untuk stesen angkasa masa kini yang telah menghasilkan kemajuan saintifik yang ketara.
Pembinaan Salyut 1 berjalan pantas dan stesen ini dilancarkan pada 19 April 1971, lebih kurang setahun setelah pembinaannya dimulakan. Anak kapal Soyuz 11 tiba pada 7 Jun dan tinggal di stesen ini selama 23 hari, menjadi manusia pertama yang pernah menggunakan stesen angkasa di angkasa.
3. Rover angkasa
Rover merupakan penjelajah angkasa, berupa robot yang boleh dikawal daripada jayh untuk tujuan mengeksplorasi angkasa lepas. Sebagai contoh, Curiosity, rover milik NASA kini begitu popular kerana sedang digunakan untuk mengeksplorasi planet Marikh dan telah berkongsi gambar-gambar yang diambil.
Tetapi beberapa dekad sebelum Curiosity pertama kali mendarat di Marikh pada tahun 2012, pihak Soviet terlebih dahulu mendarat kapal angkasa pertama di bulan. Pada 17 November 1970, rover ciptaan mereka yang dikenali sebagaib Lunokhod 1 yang dikendalikan dari jarak jauh mendarat di bulan.
Jurutera Soviet telah menyelesaikan penciptaannya dalam setahun setelah pelancaran Lunokhod pertama yang gagal pada tahun 1969. Seperti rover Curiosity juga, Lunokhod melebihi tempoh misi sebenarnya, beroperasi selama sebelas hari dan bukannya 3 hari seperti yang dirancang. Penggunaan rover membuka kemungkinan baru untuk penerokaan ruang angkasa.
4. Vostok 1 - Penerbangan luar angkasa pertama di dunia
Satu lagi kejayaan Kesatuan Soviet dalam perlumbaan angkasa lepas adalah pelancaran Vostok 1 yang melakar sejarah sebagai penerbangan angkasa pertama di dunia.
Kapal angkasa ini dilancarkan pada 12 April 1961 dan bersama Yuri Gagarin, menyelesaikan orbit tunggal Bumi sebelum memasuki semula atmosfera dan mendarat di Kazakhstan. Beberapa bulan kemudian Amerika melancarkan Freedom 7 yang membawa Alan Shepard ke ketinggian 116 batu.
Soviet mengembangkan kapal angkasa Vostok 1 pada akhir 1950-an dan awal 60-an bagi memberikan persaingan dengan Project Mercury milik Amerika Syarikat.
5. Jantung buatan
Jantung buatan telah mengubah dunia perubatan jantung, berfungsi sebagai alat penyelamat nyawa bagi pesakit yang memerlukan pemindahan jantung. Walaupun Dr. Barney Clark dikenang sebagai perintis operasi implan jantung buatan pada manusia, ciptaannya sebenarnya didahului oleh inovasi Kesatuan Soviet.
Saintis Soviet Vladimir Demikhov mencipta jantung buatan pertama yang dapat berfungsi dengan sempurna pada tahun 1937. Dia berjaya memasang implan alat itu pada seekor anjing. Walaupun anjing itu hidup hanya beberapa jam, ciptaan Demikhov membuktikan bahawa jantung buatan mempnyai potensi besar.
Ciptaaan ini juga menggalakkan lebih ramai pakar menjalankan bertahun-tahun kajian lebih lanjut mengenai potensi besarnya pada manusia. Implan jantung buatan pertama yang berjaya dilakukan pada manusia dilakukan di University of Utah pada tahun 1982.
6. Vaksin Anthrax
Saintis Perancis Louis Pasteur dikenang sebagai individu pertama yang mengembangkan vaksin anthrax pertama untuk haiwan. Semmentara itu, vaksin pertama anthrax untuk manusia pula dibangunkan pleh pihak Kesatuan Soviet pada tahun 1930-an.
Vaksin ini tersedia untuk digunakan pada manusia menjelang tahun 1940 dan ia merupakan ciptaan pertama yang penting dalam memerangi anthrax dalam kalangan manusia dan merupakan sumbangan Soviet yang signifikan terhadap dunia sains kesihatan.
Walaupun penyakit ini jarang terjadi hari ini, wabak ini mempunyai kemungkinan untuk kembali menjangkiti masyarakat. Keberkesanan vaksin ini dilaporkan lebih besar daripada vaksin anthrax ciptaan Inggeris atau AS yang telah ditamatkan penghasilannya.
7. Alat Ilizarov
Alat Ilizarov, dinamakan sempena doktor Soviet Gavriil Abramovich Ilizarov, adalah alat perubatan yang masih digunakan hingga kini untuk pembedahan ortopedik sebagai sebahagian daripada kaedah Ilizarov yang digunakan untuk menyelamatkan anggota badan sekiranya berlaku patah tulang yang kompleks atau terbuka.
Ilizarov mencipta alat tersebut pada tahun 1950-an untuk merawat pesakit di Siberia. Kaedahnya mendapat kemasyhuran dengan rawatannya yang berjaya menyembuhkan atlit lompat tinggi Soviet, Valery Brumel pada tahun 1968 dan wartawan Itali Carlo Mauri pada tahun 1980.
Ciptaannya ini tidak lama kemudian mula digunakan oleh pakar bedah di seluruh dunia.
Kredit: