Ivan Sidorenko disenaraikan dalam Tentera Merah seolah-olah menurut kehendaknya. Ivan tidak menamatkan pelajaran di peringkat sekolah menengah dan kolej.
Namun dalam apabila menyertai tentera, bakatnya yang tersangat menakjubkan terserlah. Ivan hidup dengan motto "satu tembakan, satu kematian" dan menjadi mesin pembunuh bagi Kesatuan Soviet yang telah membunuh 500 orang musuh berseorangan ketika Perang Dunia Kedua.
BESARKAN TEKS A- A+
Kehidupan awal Ivan Sidorenko
Penembak hendap Kesatuan Soviet yang paling dahsyat ini mempunyai permulaan yang biasa. Dilahirkan dalam sebuah keluarga petani pada tahun 1919 di Smolensk, Ivan Sidorenko berhenti dari sekolah ketika di gred 10.
Apa yang aneh mengenai penembak hebat ini adalah dia sangat meminati bidang seni pada mulanya. Ivan mendaftar di Kolej Seni Penza di mana dia melanjutkan pengajian sehingga tahun 1939, ketika berusia 20 tahun.
Dengan meletusnya Perang Dunia Kedua, Ivan terpaksa berhenti daripada belajar untuk membantu negaranya dan mendaftar diri dalam Tentera Merah.
Permulaan kerjaya ketenteraan Ivan Sidorenko
Menjelang tahun 1941, Ivan berada di Sekolah Tentera Infantri di Crimea. Di sini, dia belajar bagaimana untuk menjadi sebahagian daripada unit mortar yang membantu memuat, membongkar dan memuat semula artileri jarak jauh.
Ivan kemudiannya menjadi sebahagian daripada unit dalam Pertempuran Moscow. Kemudian, Ivan Sidorenko seolah-olah menginginkan lebih peluang untuk beraksi.
Apabila unit mortarnya diberikan rehat, Ivan pergi bersendirian memburu dan membunuh tentera Jerman. Ivan hanya akan menyerang dari jarak jauh dan dengan ini, dia dapat mengajar dirinya teknik membunuh tanpa dilihat atau dikesan.
Ivan menggunakan senapang Mosin-Nagant buatan Rusia dengan teropong teleskopik dan jumlah mangsa Ivan meningkat dengan begitu pantas.
Komander dalam Tentera Merah kemudiannya mula menyedari akan situasi ini. Begitu jelas sekali kemahiran Ivan boleh digunakan melebihi daripada unit mortar.
Mula menjadi pengajar penembak hendap
(Ivan Sidorenko pada Jun 1944 selepas dinamakan sebagai Wira Kesatuan Soviet)
Disebabkan kehebatan Ivan, dia ditugaskan untuk mengajar tentera-tentera lain cara bagaimana untuk membunuh dengan cara yang sama dilakukannya.
Para pelajarnya dipilih sendiri oleh komander di mana hanya tentera yang mempunyai penglihatan dan kemahiran menggunakan senjata yang hebat sahaja dipilih.
Ivan juga memberikan latihan praktikal di medan perang kepada para pelajarnya dengan membawa mereka ke zon perang dan mengajar secara terus. Ini merupakan antara salah satu contoh yang memperlihatkan kehebatan Ivan Sidorenko.
Dalam satu situasi, Ivan meletupkan trak Jerman dan tiga traktor, serta berjaya menghentikan kemaraan Jerman bersama-sama bantuan bekalan mereka.
Motto "satu tembakan, satu kematian" yang digunakan oleh Ivan jelas sekali tidak hanya terhad kepada manusia tetapi juga kepada mesin dan pengangkutan pihak musuh.
(Senapang Mosin-Nagant yang digunakan oleh Ivan Sidorenko)
Setiap tentera dalam program latihan Ivan Sidorenko memberikan kesan yang begitu ketara dalam pertahanan tentera Rusia.
Anak-anak murid Ivan tersangat berbahaya sehinggakan tentera penembak hendap Jerman membanjiri kawasan tertentu bagi menentang ancaman tersebut.
Namun, usaha Jerman tidak memberikan kesan kerana anak-anak buah Ivan tersangat mahir. Oleh kerana jasanya, Ivan Sidorenko dinaikkan pangkat menjadi penolong komander Rejim Infantri 1122 di ibu pejabat.
Ketika di sana, Ivan melatih lagi 250 orang penembak hendap yang mana kemudiannya menghasilkan rekod membunuh sama sepertinya.
Jumlah mangsa Ivan Sidorenko melonjak
Penembak hendap terhebat Rusia ini terus menambah jumlah mangsanya dalam unit 1st Baltic Front sehingga tahun 1944. Dalam hanya 3 tahun, dilaporkan Ivan Sidorenko telah membunuh kira-kira 500 tentera musuh.
Pada 4 Jun 1944, Ivan Sidorenko dianugerahkan gelaran Wira Kesatuan Soviet untuk kehebatannya.
Walau bagaimanapun, dari segi penembak hendap yang paling dahsyat dalam Perang Dunia Kedua, Ivan Sidorenko berada di kedudukan kedua terhebat.
Penembak hendap Finland, Simo Haya berada di tempat pertama dengan membunuh 542 mangsa walaupun terdapat laporan mengatakan bahawa Simo mungkin membunuh 700 orang ketika perant tersebut.
Kehebatan Ivan Sidorenko tidak dapat mengecualikannya daripada tercedera dalam beberapa kali sepanjang perang.
Pihak atasannya merasakan dia terlalu berharga dan bimbang akan kehilangannya. Selepas kecederaan terakhirnya, Ivan diarahkan untuk kekal sebagai pelatih dan tidak lagi beraksi di medan perang.
Apabila Perang Dunia Kedua berakhir, Ivan Sidorenko bersara sebagai Mejar dan bekerja sebagai mandur di lombong arang batu. Dia meninggal dunia pada 19 Februari 1994 ketika berusia 55 tahun.