Memang benar keperluan merupakan "ibu" kepada penciptaan, namun kadang-kala ciptaan yang sangat berguna pada hari ini bukanlah dihasilkan disebabkan keperluan.

Terdapat pelbagai benda harian yang kita gunakan terhasil disebabkan oleh tujuan lain mahupun kebetulan.

iluminasi.com kongsikan 5 ciptaan penting yang tercipta dengan cara pelik.

1. Webcam 

Pastinya umum sedar betapa pentingnya bagi kita untuk berkomunikasi melalui video pada hari ini, terutamanya ketika pandemik COVID-19 masih menggila.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebelum zaman bersembang video chat, kita tidak ada cara berkomunikasi antara satu sama lain secara langsung menerusi video.

Namun semua ini berubah apabila sekumpulan genius komputer di Universiti Cambridge mencipta sebuah kamera yang dipanggil sebagai webcam.

Ciptaan ini bukanlah bertujuan untuk berkomunikasi dengan rakan atau keluarga, tetapi untuk mengawasi mesin kopi.

gambar webcam terawal

(Gambar yang diambil oleh webcam terawal)

Dengan cara ini, mereka dapat melihat pada skrin untuk mengetahui sama ada kopi tersedia dan tidak perlu berjalan semata-mata untuk tujuan itu.

Ini merupakan cara yang sangat pintar untuk mengetahui siapa yang minum kopi terakhir tanpa mengisinya semula. 

Disebabkan ia berlaku pada awal tahun 90-an, webcam yang dicipta adalah tidak sempurna. Ia lebih kepada album gambar di mana ia mampu mengambil 3 gambar dalam masa seminit.

Namun begitu, keinginan terhadap kopi membawa kepada sesuatu yang lebih hebat daripada itu pada hari ini.

2. T-Shirt

ciptaan t shirt untuk lelaki bujang tak tahu jahit

Bayangkan bagaimana hidup kita pada hari ini jika T-shirt tidak dicipta dan tidak wujud pada hari ini.

Walaupun ia tersangat penting, namun ia merupakan antara ciptaan yang agak baru iaitu pada tahun 1904.

Apa yang pelik adalah T-shirt dicipta untuk lelaki bujang yang dianggap tidak mempunyai pengetahuan tentang menjahit kerana mereka tidak mempunyai isteri.

Kepintaran strategi pemasaran ini adalah salah satu sebab mengapa baju tanpa butang ini sangat digemari pada ketika itu.

Idea pemasaran yang digunakan adalah lelaki yang tidak mampu menjahit sendiri adalah kuno.

Syarikat Cooper Underwear memasarkan ciptaan ini sebagai "baju dalam lelaki bujang", namun pada hari ini semua orang memakai baju ini.

3. Uncang teh

sejarah uncang teh 592

Uncang teh adalah satu lagi barang kegunaan harian yang dicipta secara tidak sengaja. Sekitar tahun 1908, seorang penjual teh Amerika Syarikat mula membungkus teh dan bukannya menggunakan kotak seperti biasa.

Dia melakukan ini untuk mengedarkan uncang-uncang tersebut sebagai sampel dengan harapan dapat menarik pelanggan baru.

Uncang teh ini sepatutnya dibuka dan dituangkan ke dalam cawan. Namun, para pembeli memasukkan uncang teh tersebut ke dalam air panas dan seterusnya mengubah cara bagaimana teh disediakan.

Walaupun Amerika Syarikat menerima perubahan ini, ia tidak berlaku di United Kingdom. Kekurangan pada Perang Dunia Kedua juga melambatkan populariti uncang teh, dan ia tidak menjadi barang keperluan rumah di UK sehingga tahun 1960-an.

Dengan purata 165 juta cawan teh diminum setiap hari di UK, ciptaan tidak sengaja ini sememangnya sangat menakjubkan. 

4. Payung terjun

payung terjun pertama dunia

Apabila kita terfikirkan payung terjun, kita serta-merta akan mengaitkannya dengan kapal terbang. Namun tahukah anda payung terjun tercipta tanpa ada kaitan langsung dengan kapal terbang.

Lebih dari seabad sebelum kapal terbang mula-mula dicipta, Louis-Sebastien Lenormand mencipta payung terjun dan melompat dari bangunan dengan jayanya.

Idea disebalik ciptaan ini adalah untuk memberikancara menyelamatkan dari bangunan yang terbakar, namun entah mengapa ia tidak berjaya.

Tak sampai satu dekad kemudian iaitu pada tahun 1793, payung terjun berjaya digunakan dalam situasi kecemasan.

5. Filet-O-Fish

ciptaan filet o fish dengan cara pelik

Bagi sesetengah daripada kita, Filet-O-Fish hanya dilihatkan sebagai antara salah satu daripada menu McDonalds sahaja. Namun penciptaan sandwic ini bukanlah seperti yang lain.

Lou Groen, seorang pemilik francais McDonalds, mendapat idea ini selepas melihat jualan pada hari Jumaat sangat rendah.

Dia menyedari bahawa sebahagian besar kawasan itu didiami oleh orang Katolik Rom, yang mana tidak makan daging pada hari Jumaat atas sebab agama.

Maka, lahirlah Filet-O-Fish yang mana menjadi menu utama di McDonalds.

Rujukan:

1. BBC

2. South China Morning Post

3. Smithsonian Mag




Hakcipta iluminasi.com (2017)