Sedang anda scroll Facebook anda, berita-berita berkenaan dengan COVID-19 dan novel coronavirus pastinya memenuhi ruang news feed anda.

Tak kiralah berita tentang kes baharu, jumlah kematian yang semakin meningkat, ataupun pengumuman bantuan kerajaan disebabkan oleh wabak ini, wabak COVID-19 telah membuatkan semua berita-berita lain menjadi tidak penting.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun begitu, banyak juga perkara yang berlaku dalam tempoh COVID-19 ini namun tidak mendapat perhatian dunia kerana kekalutan yang sedang melanda.

iluminasi.com kongsikan 6 berita menarik dan mengejutkan yang anda terlepas akibat COVID-19.

6. Perang Mesir vs Ethiopia semakin hampir

perang mesir dan ethiopia semakin hampir

Ketegangan di Afrika Utara ketika ini semakin memuncak disebabkan oleh pembinaan sebuah empangan di Sungai Nil, dan ia mungkin akan menyebabkan peperangan antara Ethiopia dan Mesir meletus.

Empangan yang dinamakan Grand Renaissance itu adalah titik kebanggaan bagi Ethiopia, tetapi bagi Mesir empangan itu merupakan potensi untuk kehilangan kawalan mereka ke atas salah satu sungai yang paling penting di dunia.

Titik utama perselisihan ini adalah isian takungan empangan berkenaan yang mana dijangka akan mengganggu aliran sungai ke hilir.

Mesir bergantung kepada Sungai Nil selama ribuan tahun dan gangguan terhadap aliran sungai ini dapat merosakkan ekonomi negara secara drastik dan mengurangkan sumber air utamanya di mana mereka rakyatnya menggunakan 90% daripadanya sebagai air minuman.

Kapasiti simpanan adalah 74 bilion meter padu dan tempoh pengisiannya yang mengambil masa 6 tahun seperti yang dirancang Ethiopia akan mengganggu penggunaan oleh Mesir.

Ini menjadikan empangan ini sebagai satu perbalahan.

Mesir telah mencadangkan kepada Ethiopia untuk mereka mengambil tempoh antara 12 hingga 21 tahun untuk mengisi takungan empangan itu, tetapi Menteri Air Ethiopia, Seleshi Bekele berkata cadangan itu langsung tidak dapat diterima. 

5. Korea Selatan dedahkan identiti penjenayah seks "nth chatroom"

cho ju bin

Pada 24 Mac, polis Korea Selatan mendedahkan nama suspek utama melibatkan jenayah seks "nth chatroom" sebagai Cho Ju-bin berusia 24 tahun, seorang sukarelawan di rumah anak-anak yatim dan penyunting akhbar kolejnya.

Kes ini melibatkan sebuah chatroom Telegram dikenali sebagai "nth chatroom", di mana suspek melakukan jenayah tersebut menggunakan nama "doctor".

Cho berhadapan dengan tuduhan memperdayakan 74 orang menghantar gambar bogel kepadanya yang mana kemudiannya digunakan untuk mengugut mangsa.

16 daripada mangsa tersebut adalah kanak-kanak di bawah umur. Penangkapan Cho seminggu sebelum itu mengakibatkan 18 tangkapan tambahan.

Dia melakukan kerja sukarelawan di sebuah rumah anak-anak yatim tempatan selama 2 tahun malah dipaparkan dalam media dalam talian dengan petikan kata-kata, "Saya memulakan kerja sukarela setelah selesai perkhidmatan tentera wajib saya. Saya mahu membantu orang lain kerana saya mendapat bantuan daripada ramai orang. "

Satu petisyen telah diedarkan dengan harapan untuk mendedahkan identiti semua 260,000 pengguna chatroom itu, dan polis sedang mencari pencipta "nth chatroom" yang dikenali sebagai "gat gat" di Telegram. 

4. Penembak Masjid Christchurh mengaku bersalah secara tak disangka

penembak masjid christchurch brenton tarrant

Masih ingatkan anda kepada kejadian yang berlaku pada 15 Mac 2019?

Ketika solat Jumaat pada hari berkenaan, seorang warga Australia bernama Brenton Tarrant menyerbu masuk ke dalam Masjid Al Noor dan Pusat Islam Linwood di Christchurch, New Zeleand di mana dia telah menembak mati 51 orang dan mencederakan 49 yang lain.

Brenton telah dibicarakan setahun kemudian, namun pada 26 Mac dia melakukan sesuatu yang mengejutkan dunia. Pembunuh kejam ini telah mengubah pengakuannya daripada tidak bersalah kepada bersalah.

Dengan meengubah pengakuannya ini, Brenton telah menyelamatkan dan menjimatkan mangsa serta keluarga mereka daripada perbicaraan yang sangat panjang.

Brenton telah dijadualkan untuk dibicarakan pada Jun selepas menafikan tuduhan berkenaan dan perubahan pengakuan yang dibuat telah mengejutkan New Zealand serta seluruh dunia.

Dia mengaku bersalah ke atas 51 tuduhan bunuh, 40 tuduhan cubaan membunuh dan satu tuduhan melakukan perbuatan pengganas.

Mahkamah menetapkan tarikh pada bulan Mei untuk menetapkan tarikh hukuman.

Malangnya, perintah berkurung disebabkan oleh wabak COVID-19 menghalang pihak mahkamah untuk bertindak pantas.

Hakim Cameron Mander berkata, "Tidak ada niat untuk menghukum terdakwa sebelum pengadilan kembali beroperasi seperti biasa dan pada ketika mangsa serta keluarga mereka dapat menghadirkan diri ke mahkamah secara peribadi.

New Zealand tidak mempunyai hukuman mati dan mempunyai hukuman penjara serentak. Brenton dikatakan mungkin akan menerima sekurang-kurangnya penjara 10 tahun atas tindakannya. 

3. Sebuah benua yang hilang ditemui di bawah Kanada

benua yang hilang

Di sekolah, kita diajarkan bahawa terdapat 7 benua di Bumi. Dan walaupun fakta ini adalah benar pada ketika ini, namun ia tidak satu ketika dahulu.

Untuk tempoh berbilion tahun, permukaan Bumi telah beralih dan berubah apabila plat tektonik bergerak.

Ini telah mengakibatkan penciptaan dan pemusnahan benua, namun saintis telah menemui bukti terdapat benua baru yang terletak betul-betul di bawah benua sedia ada.

Sebuah "benua yang hilang" telah ditemui di bawah Kanada dan cara para penyelidik dapat mengesahkan hal ini adalah melalui sumber yang menarik, iaitu berlian.

Diamonds terbentuk jauh di dalam mantel Bumi dan ditemui dalam jenis batu gunung berapi yang dipanggil kimberlite.

Apabila magma bergerak pantas ke permukaan Bumi, ia membawa berlian ke permukaan.

Sebuah lombong berlian di Kanada telah mengumpulkan sampel berlian dan kimberlit yang sepadan dari segi kimia dengan benua kuno yang terbentuk hampir 3 bilion tahun yang lalu.

Benua itu pecah kira-kira 150 juta tahun yang lalu, tetapi sebahagian daripadanya masih di benua Amerika Utara.

Penemuan ini juga menentukan bahawa benua itu adalah 10% lebih besar daripada yang dipercayai sebelumnya. 

2. Keuntungan terbesar dalam pasaran saham Amerika Syarikat sejak 1933

pasaran saham amerika syarikat

Pasaran saham telah merudum dengan begitu teruk akibat penyebaran COVID-19 dan segala usaha keuntungan yang dibuat sejak Presiden Donald Trump mentadbir Amerika Syarikat yang dikenali sebagai "Trump Bump", telah musnah.

Pasaran saham mungkin berubah-ubah tetapi ia tidak kekal di bawah selama-lamanya.

Saham meningkat dan jatuh sepanjang masa, dan penurunan drastik bagi Dow Jones Industrial Average (DJIA) akan kembali ke tahap positif juga akhirnya.

Di tengah-tengah krisis COVID-19, ia seolah-olah sedang berlaku apabila DJIA melihatkan kenaikan terbesar dalam sejarah untuk tempoh sehari, pada 24 Mac.

Selepas jatuh berhari-hari, bil rangsangan yang digubal dalam Senat A.S. telah memaksa pelabur untuk berhenti menjual dan membeli.

Apabila pasaran ditutup pada hari sebelumnya, DJIA berada pada 18,308.42.

Dan apabila ia ditutup pada 24 Mac, ia telah melonjak kepada 20,704.91, iaitu perubahan positif sebanyak +2,112.98, atau 11.37%.

DJIA tidak pernah menjana keuntungan setinggi itu sejak 15 Mac, 1933 dan ini disebabkan oleh kelewatan Akta Perbankan Darurat pada 9 Mac tahun itu (sebahagian daripada Perjanjian Baru Roosevelt).

1. Komet 2/2019 Atlas Y4 semakin menghampiri Bumi 

komet 2 2019 atlas y4

Ia mungkin tidak diberi nama yang agak menarik seperti Hale-Bopp comet yang muncul pada tahun 1977, namun ini tidak dapat menghalangnya Komet 2/2019 Atlas Y4 daripada membuat kemunculannya di Bumi pada bulan Mei ini.

Komet ini pertama kalinya ditemui pada 28 Disember 2019 di Hawaii dan ia merupakan komet kedua paling terang bagi mata kasar di langit malam.

Kali terakhir komet terang seperti ini melepasi Bumi dari jarak dekat, ramai yang melihatkannya sebagai satu petanda hari kiamat sudah hampir.

Kultus Heavens Gate melihat kemunculan komet Hale-Bopp sebagai sebuah angkasa lepas yang mana mereka boleh tumpang selepas melakukan pembunuhan besar-besaran.

Secara keseluruhan, 39 ahli kumpulan ini telah membunuh diri di California, dengan memakai kasut Nike.

Rujukan:

1. American History

2. Live Science

3. BBC




Hakcipta iluminasi.com (2017)