Ketika ini, India sedang melaksanakan perintah berkurung atau lockdown selama 21 hari dalam usaha untuk memerangi COVID-19 menggunakan "strategi pencegahan kelompok" untuk membendung penyakit dalam wilayah geografi yang ditentukan dengan pengesanan awal kes, memutuskan rantai penularan dan dengan demikian mencegah penyebarannya.

Seperti dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan India, India akan mengikuti pendekatan strategik dengan mempertimbangkan pelbagai kemungkinan seperti kes-kes berkenaan dengan perjalanan, penularan COVID-19 tempatan, wabak besar yang boleh dikawal dan penularan COVID-19 secara meluas oleh masyarakat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Organisasi Kesihatan Sedunia telah memuji India kerana usaha keras yang dilakukan dan tepat pada masanya untuk mengawal penyebaran novel coronavirus.

bagaimana india hadapi covid 19 212

Tidak ada penularan COVID-19 oleh masyarakat di India sejak negara itu melaksanakan perintah berkurung dan faktor pertumbuhan kes telah menurun sebanyak 40%, menurut Kementerian Kesihatan Kesatuan negara itu.

Sebahagian besar daripada kejayaan ini disebabkan oleh negeri-negeri yang memerangi virus ini dengan begitu agresif.

iluminasi.com kongsikan 5 negeri di India yang menghasilkan penyelesaian inovatif untuk membendung virus secara proaktif.

1. Kerala

ujian covid 19 di kerala

Selepas berjaya menumpaskan virus Nipah pada tahun 2018, Kerala menggunakan pengalaman tersebut untuk membendung penularan COVID-19 walaupun agak kucar-kacir di awalnya.

Ia merupakan negeri di India yang pertama yang mendaftarkan pesakit COVID-19 dan berada di senarai teratas kes pada satu tahap.

Walau bagaimanapun, Kerala berjaya meratakan lengkungan COVID-19.

Daripada 376 kes positif, 179 daripadanya telah pulih dan 3 pesakit meninggal dunia, menjadikan kes aktif sekitar 176 kes.

Apa yang membuatkan usaha Kerala berhasil adalah pengujian kes simptomatik yang meluas, diikuti dengan proses menjejaki kontak yang sangat sukar dan kemudiannya menerbitkan peta laluan orang yang telah dijangkiti.

Ini dibuat sehinggalah sehingga setiap orang yang berpotensi dijangkiti dapat diasingkan dan melakukan kuarantin.

Krishna Teja, seorang pegawai Perkhidmatan Pentadbiran India (IAS) yang bekerjasama dengan pasukan respons COVID-19 Kerala, berkata bahawa sebab mengapa mereka berjaya meratakan lengkungan ini adalah kerana koordinasi antara jabatan yang sangat baik di semua peringkat (negeri, daerah dan kampung).

kerala atasi covid 19 dengan berkesan

"Malah, ketua menteri kami memberi taklimat kepada orang awam setiap petang selama satu jam yang mewujudkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem ini. Juga, kami memeriksa tempoh kuarantin pesakit 100% dengan mengerahkan petugas untuk pergi ke setiap rumah yang berkenaan," kata Krishna Teja.

Negeri ini telah berjaya mengawal pergerakan pekerja asing dengan membina ribuan tempat perlindungan berikutan penutupan secara tiba-tiba di seluruh negara dan mengedarkan berjuta-juta makanan kepada mereka.

Kerajaan Kerala juga memanfaatkan teknologi dan mengeluarkan maklumat penting serta telah melancarkan satu aplikasi mudah alih, iaitu GoK Direct, untuk memeriksa penyebaran maklumat palsu.

Kerala juga memulakan "kemudahan walk-in" bagi orang ramai untuk menjalani ujian dengan selamat.

Tambahan pula, satu inisiatif yang dikenali sebagai Rangkaian CoronaSafe telah dicipta dengan dua komponen utama: Misi Literasi Corona dan Pusat Penjagaan Corona untuk mewujudkan kesedaran mengenai COVID-19 serta untuk menukarkan institusi pendidikan kepada hospital untuk mengimbangi kekurangan.

2. Odisha

rakyat beratur mengambil bantuan di india

Negeri di timur India ini mengalami hampir 25% bencana alam di India, yang bermaksud bahawa langkah-langkah pencegahan krisis sudah wujud sejak dahulu lagi.

Ini termasuklah tempat perlindungan taufan yang kini digunakan untuk menempatkan pekerja asing  dari negeri lain semasa wabak koronavirus.

Kesiapsiagaan proaktif adalah satu kelebihan yang dimiliki oleh Odisha, di mana ia menjadi negeri India pertama yang mengenakan perintah berkurung penuh (sebelum India mengenakannya di seluruh negara), dan juga yang pertama di India melanjutkan lockdown sehingga 30 April.

Negeri ini mengklasifikasikan COVID-19 sebagai bencana alam, seperti taufan super pada tahun 1999.

Odisha adalah yang pertama mengumumkan hospital eksklusif untuk COVID-19 dan melaksanakannya dalam tempoh seminggu di dua daerah.

Kini, sekarang setiap daerah akan mempunyai satu hospital eksklusif COVID-19 dan negeri ini terus memberikan rawatan perubatan percuma kepada semua pesakit COVID-19.

Mengenai cabaran yang dihadapi, Ketua Setiausaha Kerajaan Odisha, Asit Tripathy, berkata bahawa mereka bernasib baik kerana mempunyai pengalaman dari negara-negara seperti Itali.

"Kami melihat malapetaka yang tidak disengajakan yang berlaku di negara-negara di mana mereka merawat pesakit COVID di hospital biasa bersama dengan pesakit lain. Oleh itu, kerajaan kami sejak awal lagi dengan pantas mewujudkan hospital eksklusif untuk COVID-19 di seluruh negeri. Kami merancang dengan menjempun tan melibatkan pengendali hospital swasta dan juga korporat," kata Asit Tripathy.

Program pembendungan COVID-19 negeri ini bermula dari penggunaan strategik IT.

odisha laksanakan ujian covid 19 besar besaran

Ia mengenal pasti kategori berisiko tinggi yang datang dari luar negara dalam usaha untuk mengkuarantin mereka di rumah bagi menghentikan penyebaran.

Odisha juga merancang program insentif dengan menawarkan INR15,000 (RM856) kepada semua warga asing yang kembali untuk mengisytiharkan diri mereka dalam portal kerajaan.

Menurut Setiausaha IT negeri, Manoj Mishra, lebih daripada 5,000 orang yang pulang dari luar negara dan juga sekitar 35,000 orang pulang dari negeri yang terkesan dengan COVID-19 mendaftarkan diri serta diarahkan untuk kuarantin di rumah.

Kerajaan Odisha melaksanakan perintah berkurung terhadap lima daerah yang paling banyak kes terlebih dahulu pada 22 Mac.

Ini juga membantu negeri ini untuk mengendalikan mekanisme kuarantin dan setakat ini menurut Jabatan Kesihatan dan Kebajikan negeri, Odisha telah merekodkan 60 kes dan 18 daripadanya telah pulih.

Sementara itu, Kumpulan Bantuan Diri Misi Shakti (SHG) negeri ini sedang menghasilkan topeng muka secara besar-besaran untuk mengelakkan kekurangan (memakainya di luar rumah adalah wajib ketika ini).

Menurut Sujata Karthikeyan, Pengarah Misi Shakti, sekitar 605 SHG telah membuat 1.5 juta topeng kapas setakat ini, membantu melindungi masyarakat dan petugas perubatan.

Lebih daripada 7,000 SHG bekerja siang malam untuk menghasilkan peralatan perlindungan bagi mereka yang berada di barisan hadapan dan juga menjalankan pusat dapur peringkat kampung untuk memasak makanan bagi mereka yang memerlukan, iaitu sekitar 325,000 setakat ini.  

Kerajaan kemudian membayar pendahuluan pencen sosial selama empat bulan kepada sekitar 2.8 juta penerima.

3. Maharashtra

maharashtra india

Ketika ini negeri Maharashtra menduduki tempat teratas di India dari segi kes positif COVID-19 dengan 1,872 kes.

Dengan ini, negeri ini telah menghasilkan rancangan pencegahan kluster untuk menangani penularan dan menggunakan analisis data, drone dan kaedah rondaan tradisional untuk meninjau tempat-tempat yang sesak. 

Di setiap daerah, 2 hingga 3 buah drone digunakan untuk memantau pergerakan di jalanan di mana sebuah drone boleh meliputi kawasan seluas 1 kilometer.

maharashtra guna drone pantau pergerakan orang awam

Oleh itu, ini akan memberikan pandangan udara yang mana menjadikan proses menjejaki pergerakan orang lebih mudah.

Sekiranya polis melihat ada orang yang berkeliaran di daerah-daerah ini, sebuah pasukan dihantar dengan kadar segera untuk mengambil tindakan. 

Negara ini juga telah memulakan rondaan besar-besaran bagi merperingatkan orang awam agar kekal di rumah. 

4. Rajasthan

model bhilwara jadi contoh banteras covid 19 di india

Daerah Bhilwara di Rajasthan, pernah menjadi negeri yang paling teruk terjejas disebabkan COVID-19 dengan 27 kes dan 2 kematian.

Namun kini ia dipuji sebagai model untuk seluruh negara.

Ini telah ditutup sepenuhnya dengan perintah berkurung, dan seluruh penduduk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Ia telah mengenakan perintah berkurung penuh dan tempoh keluar yang terhad serta seluruh populasi untuk menjalani ujian kesihatan.

Ketika perintah berkurung yang sedang berlangsung, tiada kelonggaran yang diberikan dan barangan keperluan asas dihantar ke pintu rumah setiap penduduk.

Hal ini mudah untuk dilaksanakan lebih-lebih lagi kerana populasi yang berkemampuan di bandar ini.

covid 19 di india

Hasilnya, bandar ini tidak melaporkan sebarang kes COVID-19 baharu sejak 30 Mac.

Daripada 27 kes keseluruhan, 17 daripadanya telah pulih, menjadikan kes aktif di Bhilwara kepada 10 kes.

Model Bhilwara ditiru oleh daerah-daerah Rajasthan yang lain dan telah mendapat pujian dari seluruh negara.

Individu yang bertanggungjawab iaitu Majistret Daerah Bhilwara Rajendra Bhatt, berkata dalam wawancara dengan The Print:

“Kejayaan ini bukanlah sesuatu yang sukar untuk dikecapi. Kami mendapat kerjasama sepenuhnya dari kerajaan negeri. Ketika kami (di tahap daerah) memberitahu keperluan menutup sempadan, kerajaan melakukannya dengan segera tanpa sebarang soalan. Sebelum mengumumkan perintah berkurung penuh, kami menghantar pegawai-pegawai ke kilang susu dan meninjau berapa banyak susu yang digunakan oleh setiap isi rumah supaya ketika kami melaksanakan perintah berkurung. Jadi, apa yang perlu kami lakukan adalah menghantar susu dalam jumlah yang sepatutnya kepada setiap rumah. Sekali lagi, ini bukanlah sesuatu yang sukar,".

Negeri ini juga telah memperketatkan larangan meludah di tempat awam.

5. Uttar Pradesh

pencegahan covid 19 di uttar pradesh

Negeri dengan populasi tertinggi di India iaitu lebih daripada 200 juta orang, Uttar Pradesh telah berjaya mengekalkan jumlah kes di tahap yang rendah iaitu sebanyak 1,084 kes (ketika artikel ini ditulis).

Negeri ini telah memperhebatkan penutupan 160 lokasi panas secara sepenuhnya.

Uttar Pradesh tidak mempunyai makmal untuk menguji virus SARS-CoV-2 apabila kes pertama dilaporkan pada 3 Mac, tetapi kini ia mempunyai 10 makmal sedemikian.

Kerajaan negeri telah menubuhkan Dana Penjagaan COVID, dan mendapat sokongan daripada mendapat sokongan daripada wakil rakyat dan masyarakat umum.

Dana tersebut digunakan untuk mengembangkan ujian dan kemudahan rawatan, di mana sekitar 2,400 ujian dilakukan setiap hari.

cara india kendalikan perintah berkurung 42

Kerajaan Uttar Pradesh juga kini sedang bergiat untuk meningkatkan penghasilan Alat Pelindung Diri (PPE), topeng muka N95 dan 3 lapis, penganalisis haba, ventilator dan peralatan lain.

Pentadbiran negeri memastikan penyediaan makanan kepada semua penduduk dengan bantuan 2 platform iaitu Annapurna dan Supply Mitra.

Annapurna  memberikan lokasi makanan dan paket makanan percuma, sementara  Supply Mitra digunakan untuk memudahkan penghantaran barang runcit dari rumah dan barang keperluan harian yang lain, dengan memberikan butiran operasi peniaga dan penghantar yang terlibat.

Rujukan:

1. We Forum

2. Hindustan Times

3. Deccan Herald




Hakcipta iluminasi.com (2017)