Setiap kejutan ekonomi pasti akan meninggalkan "parut", dan novel coronavirus yang membunuh ini juga tidak ada bezanya.
Kemelesetan besar mendorong sikap tidak membazir yang menentukan pola pengguna selama beberapa dekad, manakala hiperinflasi di Republik Wiemar masih menghantui dasar Jerman.
Krisis kewangan Asia melihatkan rantau ini melihatkan penimbunan koleksi pertukaran asing terbesar di dunia.
BESARKAN TEKS A- A+
Dan kali ini, kecemasan kesihatan awam pula yang menggoncangkan ekonomi dunia.
Dalam hanya beberapa minggu, penduduk di kawasan terjejas akan menjadi biasa memakai topeng muka, menyimpan barang keperluan dengan banyak, membatalkan perjumpaan perniagaan dan sosial serta rancangan perjalanan, dan juga bekerja dari rumah.
Malah, negara-negara dengan kes COVID-19 yang rendah juga mengambil banyak langkah seperti ini. Kesan daripada tabiat sedemikian akan bertahan lama walaupun perintah berkurung semakin longgar.
Dari sisi pembekalan, pengilang antarabangsa terpaksa untuk memikirkan semula bagaimana untuk membeli dan menghasilkan barangan mereka, di mana mempercepatkan peralihan selepas perang perdagangan A.S.-China mendedahkan risiko bergantung pada satu sumber untuk banyak komponen.
Dalam dunia kolar putih, pejabat-pejabat telah menawarkan pilihan untuk bekerja dari rumah dan syif berperingkat.
Ini akan melahirkan era baru di mana kerja dari rumah menjadi sebahagian daripada jadual biasa orang ramai.
"Sebaik sahaja dasar bekerja dari rumah terhasil, kemungkinan besar ia akan kekal," kata Karen Harris, pengarah urusan perundingan Bain's Macro Trends Group di New York.
Universiti-universiti yang disekat oleh larangan perjalanan akan mempelbagaikan pangkalan pelajar asing mereka dan kolej-kolej perlu lebih bersedia untuk memberikan pendidikan secara dalam talian apabila wabak memaksa mereka tutup sementara.
Sektor pelancongan melihatkan kesan yang paling drastik, dengan penerbangan, pelayaran, hotel dan web perniagaan yang menjadi tulang belakang sektor ini menderita. Walaupun pelancong pasti tidak sabar-sabar untuk meneroka dunia dan bersantai di pantai semula, ia mungkin akan memerlukan sedikit masa sebelum industri ini pulih.
Virus ini juga telah mengubah pandangan dasar ekonomi dengan begitu drastik dan mewujudkan keutamaan baru.
Bank-bank pusat berada dalam mod kecemasan sekali lagi, sementara kerajaan menggali dengan lebih mendalam untuk mencari wang bagi menampung sektor-sektor yang terkesan.
Perihal kebersihan akan melonjakkan agenda-agenda kerajaan dan korporat. Malah, Singapura sudah pun merancang untuk memperkenalkan standard pembersihan mandatori di negaranya.
"Wabak ini tidak pernah berlaku sebelum ini dari segi sifat ketidakpastian serta kesan sosial dan ekonomi yang berkaitan. Kawalan sempadan yang lebih ketat, perlindungan insurans yang lebih luas dan perubahan yang berpanjangan kepada corak kerja dan perjalanan akan menjadi sebahagian daripada perubahan mikro-ekonomi yang akan bertahan untuk tempoh yang lama selepas virus ini lenyap," kata Kazuo Momma, yang kini bertanggungjawab terhadap dasar monetari di Bank of Japan.
Di China, di mana virus ini mula-mula muncul pada hujung tahun lepas, badan perundangan teratas telah pun mengenakan larangan perdagangan dan memakan haiwan liar ketika para saintis memberi amaran bahawa novel coronavirus berbahaya ini mungkin berpindah dari binatang kepada manusia.
Peraturan kebersihan tambahan yang ketat dijangka akan mempercepatkan dorongan pembelian secara atas talian oleh pengguna yang bimbang, sama seperti bagaimana wabak SARS pada tahun 2003 mengubah tabiat berbelanja orang ramai kerana mengelak daripada berkunjung ke pusat membeli-belah.
Analisis oleh Bain & Company mendapati bahawa China akan melihat perubahan segera dalam penjagaan kesihatan yang ketara kerana pemeriksaan yang lebih asas dan urus niaga lebih dilakukan melalui saluran dalam talian untuk mengelakkan risiko jangkitan dalam bilik menunggu dan wad yang sesak.
Menurut kertas baru mengenai kesan makroekonomi virus SARS-CoV-2 yang diterbitkan oleh Institusi Brookings dan dikarang bersama oleh Warwick McKibbin serta Roshen Fernando dari Universiti Kebangsaan Australia, kerajaan-kerajaan mungkin membelanjakan lebih banyak peruntukan untuk penjagaan kesihatan bagi mengelakkan kos yang besar yang berkaitan dengan wabak.
"Masyarakat global sepatutnya melabur lebih banyak untuk pencegahan di negara-negara miskin," kata Warwick McKibbin.
Beliau juga merupakan pengarang bersama kertas terdahulu yang menganggarkan wabak SARS tahun 2003 memusnahkan $40 bilion daripada ekonomi dunia.
Pembiayaan awam untuk kesihatan
Oleh kerana tidak ada yang tahu bagaimana virus itu akan memberikan kesan atau berapa jumlah keseluruhan mangsa, para ahli ekonomi berhati-hati terhadap ramalan konkrit.
Mungkin banyak gangguan yang berlaku akan kembali normal sebaik sahaja wabak itu dibendung, menurut pemenang Nobel Edmund Phelps dari Columbia University.
"Saya rasa kebanyakan perniagaan dan syarikat gergasi di Amerika Syarikat serta di mana-mana sahaja tidak akan gagal untuk kembali kepada amalan perniagaan normal," kata Edmund Phelps.
Pakar ekonomi seperti Paul Sheard, felo senior di Universiti Harvard Kennedy School, juga menegaskan bahawa 2 kejutan ekonomi yang sama tidak akan berlaku. Namun, tidak dapat dipastikan apakah kesan kepada legasi ini.
Fabrizio Pagani, bekas penasihat kepada Perdana Menteri Itali, menggunakan kejutan terdahulu sebagai pengajaran.
"Kejutan bekalan minyak pada tahun 1970-an menyebabkan berlakunya usaha pertama pemuliharaan dan kecekapan tenaga. Kejutan permintaan yang ditentukan oleh krisis kewangan besar adalah rasional bagi rangka kerja pengawalseliaan yang baru, radikal, dan menyeluruh di sektor perbankan dan kewangan."
Kali ini, Fabrizio menjangkakan bahawa kesemua perkara akan berubah bermula dari pembelajaran dalam talian dan pembelajaran jarak jauh, sehinggalah kepada strategi perindustrian seperti model perniagaan yang sedia ada, akan diurus semula.
Menurut Michael Murphree dari Darla Moore School of Business, University of South Carolina, gabungan oleh Brexit, perang perdagangan China A.S. dan Covid-19 boleh membentuk semula rantaian bekalan pembuatan di dunia.
Kathryn Judge, pakar pasaran kewangan dan undang-undang di Columbia University, mengatakan bahawa kejatuhan perbankan A.S. pada tahun 2008 telah meninggalkan kesan yang mendalam dengan mencetuskan perpecahan politik dan melihatkan penurunan tahap pemilikan rumah.
Krisis yang berlaku ketika ini yang mana negara di seluruh dunia mengambil langkah-langkah kecemasan untuk melindungi rakyat dari jangkitan koronavirus, juga akan mempunyai kesan.
James Boughton, yang berkhidmat selama beberapa dekad di Tabung Kewangan Antarabangsa, memetik bahawa kejatuhan di Korea Selatan dan Indonesia sebagai pemangkin untuk perubahan, dengan syarat jika kerajaan bertindak.
"Hanya jika berlakunya krisis, barulah kerajaan dapat menghimpunkan rakyat untuk menerima pembaharuan yang perlu tetapi menyakitkan. Setiap krisis juga merupakan satu peluang," kata James Boughton.
Perubahan dunia akibat novel coronavirus
Pencemaran alam
Tahap kebersihan udara di bandar-bandar di China semakin bersih dan segar.
Ini disebabkan oleh penutupan kilang-kilang besar yang menjadi punca utama pencemaran dan telah menyelamatkan nyawa rakyat China sebanyak 20 kali ganda berbanding kematian akibat COVID-19.
Pencemaran udara telah menjadi penyebab kematian kira-kira 1.1 juta setahun di China.
Orang ramai pastinya akan mengingati hal ini apabila udara-udara yang kotor dan berbahaya kembali, serta mahukan sesuatu dilakukan mengenainya.
Hal ini juga akan berlaku di India.
Di Itali pula, perintah berkurung negara itu melihatkan ikan lumba-lumba muncul di laluan air yang ada.
Ini disebabkan oleh kurangnya trafik bot yang biasanya membawa mendapan ke atas permukaan air.
Berbelanja dalam talian
Sedar atau tidak, pembelian secara dalam talian telah membunuh perniagaan secara runcit.
Perintah kawalan pergerakan dan perintah berkurung akan memaksa berpuluh-puluh juta orang yang biasanya jarang atau tidak pernah berbelanja dalam talian, untuk melakukannya.
Banyak laman-laman sesawang melibatkan jual beli telah melihatkan peningkatan jualan memandangkan orang ramai tidak boleh keluar untuk berbelanja seperti biasa.
Sebaik sahaja para pelanggan terbiasa dengan pembelian dalam talian, kebanyakannnya tidak akan berpatah balik lagi membuatkan perniagaan serta pekerjaan melibatkan peruncitan akan hilang dengan lebih pantas.
Perniagaan makanan dan minuman
Perniagaan makanan dan minuman mungkin tidak melihatkan perubahan yang begitu ketara berbanding dengan perniagaan runcit, namun ia sedikit sebanyak akan terjejas.
Ini kerana lebih ramai orang akan memesan makanan bungkus dan penghantaran ke rumah, membuatkan kurangnya orang makan di kedai.
Tabiat ini akan berubah dan lebih ramai orang akan terbiasa dengannya.
Makanan yang dijual melibatkan penghantaran biasanya menghasilkan aliran tunai jauh lebih rendah daripada makanan yang disajikan di kedai atau restoran, dan sebahagian daripada pelayan kedai akan kehilangan kerja.
Restoran-restoran akan melihatkan pengurangan yang begitu teruk.
banyak aliran tunai daripada makanan yang disajikan di meja, dan separuh daripada pekerjaan pelayan hilang. Terdapat pemusnahan restoran yang teruk.
Hutang dan ekonomi
Mungkin anda tidak perlu bimbang tentang hutang.
Bank biasaanya menghasilkan sebanyak mana wang yang dikehendaki kerajaan.
Penyaluran terlalu banyak wang ke dalam ekonomi akan melihatkan inflasi berlaku yang mana sesuatu yang buruk. Namun dengan menggantikan apa yang sebelum ini diterima oleh orang ramai agar ekonomi tidak musnah, adalah satu tindakan yang baik.
Presiden Perancis iaitu Emmanuel Macron memberitahu kepada rakyat Perancis bahawa tak kiralah betapa kecilnya sesebuah perniagaan itu, ia tidak akan dibenarkan jatuh bankrap.
Perdana Menteri United Kingdom, Borris Johnson, memberitahu rakyat negara itu bahawa kerajaan akan membayar sehingga 80% daripada pendapatan normal mereka yang bersamaan $3,000 sebulan (RM12,000) jika mereka kehilangan pekerjaan.
Kerajaan Malaysia juga dilihatkan agak membantu dalam hal ini dengan banyak perancangan sedang dibuat ketika ini.
Rujukan:
1. Forbes
5. KSN