Ketika COVID-19 sedang tersebar ke Eropah, para pakar yang menumpaskan wabak Ebola di Afrika Barat merenungkan kembali apa yang mereka pelajari. 

Apa yang berlaku kepada China dan Itali ini adalah sama dengan yang berlaku kepada Guinea, Sierra Leone dan Liberia di antara tahun 2014 dan 2016.

Itali yang dilanda novel coronvirus yang paling dahsyat di luar China telah melancarkan perintah berkurung pada 9 Mac 2020 yang kemudiannya dilanjutkan ke seluruh negara untuk tujuan membendung penularan itu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Keputusan yang diambil oleh negara Eropah dengan 60 juta orang penduduk itu serupa denan banyak negara di Afrika Barat.

Ketika Sierra Leone menyedari bahawa mereka dilanda Ebola pada September 2014, pihak berkuasa mengenakan perintah berkurung selama 72 jam yang mana tidak pernah dilakukan sebelum itu.

Kerajaan negara itu merekrut menghantar ramai pasukan kesihatan dari pintu ke pintu, atau "Ose to Ose Ebola Tok" di Krio.

wabak ebola

"Itali boleh belajar beberapa perkara yang baik dari apa yang kami dapat dari kekacauan semasa wabak Ebola," kata Harold Thomas yang merupakan salah seorang daripada pasukan yang melawat dari rumah ke rumah di ibu negara Sierra Leone iaitu Freetown untuk memberikan maklumat dan sabun.

Harold menambah bahawa perintah berkurung itu merupakan satu peluang untuk seluruh populasi negara untuk merenung betapa teruknya masalah yang berlaku dan secara beramai-ramai melihat kepada cara untuk mengakhirinya.

Jika kita bandingkan Coronavirus dengan Ebola, ia merupakan jangkitan titisan dan penjarakan sosial adalah tersangat penting.

Rantaian pemindahan virus

perintah berkurung di sierra leone akibat wabak ebola

(Perintah berkurung di Sierra Leone)

Perintah berkurung pada September 2014 itu adalah yang pertama antara beberapa yang berlaku di Sierra Leone.

Ia bertujuan untuk membantu mengurangkan kadar pemindahan virus, seperti yang dilakukan oleh pihak berkuasa di Wuhan, China dan Itali.

Dengan ini, oang ramai akan mengurangkan aktivi-aktiviti yang akan mendedahkan mereka kepada jangkitan.

Pandemik coronavirus yang berlaku membuatkan salah seorang penduduk Freetown iaitu Ismael Alfred Charles untuk merenung kembali ketika negaranya berhadapan dengan penyebaran virus yang berpotensi membunuh.

"Apa yang mereka perlu lakukan adalah untuk mengenal pasti siapa yang telah berhubung dengan orang yang diuji positif, di mana orang itu, dan siapa yang mempunyai hubungan dengan mereka. Mengesan yang yang bersentuhan itu adalah kunci untuk mencegah penyebaran virus," kata Ismael Alfred Charles.

wabak ebola di afrika barat

Seorang kakitangan laman sesawang DW iaitu Abu-Bakarr Jalloh berada di Sierra Leone ketika perintah berkurung pertama. Ketika ia dilancarkan, Ebola sudah pun tersebar ke seluruh negara itu.

Menurut Abu-Bakarr, semuanya sudah terlambat bagi Itali. 

"Anda perlu mengambil langkah-langkah ketika rantai pemindahan masih utuh. Jika anda membiarkan rantai ini pecah dan kemudiannya mula menakluki orang ramai, ia bermakna anda hanya menjadi reaktif. Ini adalah apa yang tidak dipelajari oleh Itali dari epidemik Ebola di Afrika Barat," kata Abu-Bakarr

Sekiranya terdapat pembendungan mandatori dari awal, Itali mungkin boleh mengawal coronavirus. Jerman juga melakukan membuat kesilapan yang sama.

Pencegahan adalah yang paling penting

bahaya ebola

Pada hari terakhir perintah berkurung yang pertama, ahli-ahli politik Sierra Leone berkata bahawa pasukan-pasukan kesihatan pasukan kesihatan telah menyeru 75% isi rumah dan memuji campur tangan yang belum pernah terjadi sebelumnya itu. 

Orang ramai menyambut nasihat dan saranan dengan sangat baik walaupun banyak kecurigaan berterusan dan ramai orang melarikan diri dengan melintasi sempadan ke tempat-tempat seperti Liberia dan Guinea.

Seorang doktor iaitu Dr. Doddy Ngwasi bekerja di Guinea ketika wabak Ebola memuncak. 

kempen kesedaran ebola di afrika barat

Pakar Ebola Congo ini telah menghabiskan dua tahun sebelum itu di pusat epidemik Ebola di Republik Demokratik Congo.

Menurut Dr. Doddy, dalam menghadapi ancaman coronavirus, prinsip "pencegahan pertama" perlu menjadi kepentingan yang paling diutamakan.

"Kita perlu mengatasi coronavirus seperti yang kita lakukan dengan virus Ebola. Kita perlu mengikuti semua kaedah pencegahan, iaitu mengelakkan kontak yang mana sama seperti Ebola, dengan mencuci tangan dan mengelakkan tempat awam. Kita mest melakukan pencegahan dan kawalan sebelum sampai ke hospital," kata Dr. Doddy.

Mempelajari tentang virus

ebola 611

Dr. Gabriel Gorbee Logan dianggap sebagai wira Ebola di Liberia kerana kerja-kerja beliau di barisan hadapan dalam membendung wabak Ebola yang berlangsung dari 2014 hingga 2016. 

Baru-baru ini beliau dilantik sebagai pembantu menteri untuk perkhidmatan rawatan di kementerian kesihatan dan telah mengawasi secara mendalam ketika mana coronavirus tersebar di bahagian lain di dunia.

Liberia, adalah salah satu negara di Afrika sub-Sahara dengan tanpa sebarang kes positif virus membunuh ini.

"Apa yang perlu kita fahami adalah bahawa dalam konteks penyakit ini, tidak ada tempat yang selamat tak kiralah betapa hebatnya sistem kesihatan di negara anda. Terdapat penyakit yang boleh memberikan cabaran yang serius kepada sistem kesihatan di mana-mana negara sahaja di dunia dan salah satuhnya adalah coronavirus," kata Dr. Gabriel Gorbee Logan. 

Beliau memberitahu bahawa pengajaran yang paling penting ketika saat-saat kritikal ini iaitu berkongsi maklumat adalah tersangat penting. Sekatan pergerakan terhadap orang ramai terutamanya terutamanya apabila destinasi berisiko tinggi terlibat juga sangat penting.

kawalan pergerakan ebola

Di Liberia, dalam setiap 10 orang yang ke luar negara, sekurang-kurangnya 5 pergi ke China untuk urusan perniagaan. Jika ia merupakan kawasan berisiko tinggi, ia perlu dihadkan.

Namun, Dr. Gabriel menambah bahawa mengawal pergerakan orang ramai adalah satu cabaran besar.

"Jadi jika orang ramai masih bergerak di tengah-tengah penularan virus yang membunuh ini, maka orang di seluruh dunia harus diajar untuk ikhlas apabila mereka bergerak dari satu negara ke negara lain," kata Dr. Gabriel.

Ini bermakna mereka perlu bekerjasama untuk melalui pemeriksaan dan ujian.

Ini adalah kerana di sesetengah negara terutamanya di Eropah, perjalanan merentasi negara tidak memerlukan anda melalui kawalan sempadan, dan inilah sebabnya kita perlu berkongsi sebanyak maklumat yang boleh.

Berhati-hati dengan berita palsu

bahana wabak ebola

Patrick Faley, salah seorang yang terselamat dari wabak Ebola teringat tentang maklumat salah yang disebarkan dalam masyarakat semasa wabak itu.

"Untuk cuba membanteras coronavirus, kita perlu belajar daripada kesilapan ini. Saya masih ingat pada satu masa ketika saya berada kerana dikuarantin, saya terdengar di radio bahawa Ebola tiada penawar dan jika anda dijangkitinya, anda akan mati," kata Patrick Faley. 

Dia menambah bahawa bermula dengan hanya satu kes di Liberia, ia kemudiannya meragut terlalu banyak nyawa yang lain.

Pada masa itu, maklumat palsu dan langkah-langkah pencegahan seperti sekatan perjalanan dan pemeriksaan di lapangan terbang dan sempadan masih belum dilaksanakan.

Sebaik sahaja anda dijangkiti, anda perlu bersikap jujur kepada dunia bahawa anda terdedah kepadanya.

Mesej dari pihak media harus menjadi salah satu yang memberikan berita benar dan kerajaan harus memastikan kemudahan kesihatan lengkap, katanya lagi.

Rujukan:

1. Pengajaran Dari Virus Ebola

2. Perbandingan COVID-19 Dan Wabak Lain Terdahulu

3. Penyebaran COVID-19 Lebih Dahsyat Dari Ebola




Hakcipta iluminasi.com (2017)