Beberapa hari lalu Itali telah mengisytiharkan perintah lockdown atau perintah berkurung selepas peningkatan jangkitan dan kematian yang sangat dramatik disebabkan novel coronavirus.
Sehingga 17 Mac 2020, sebanyak 27,980 kes yang disahkan di Italy dengan jumlah kematian melebihi 2,150 nyawa. Ini menjadikan Itali sebagai negara yang paling terkesan di dunia selepas China dari segi kes dan kematian.
BESARKAN TEKS A- A+
Pada mulanya, hanya rantau utara Lombardy dan 14 wilayah berdekatan tertakluk kepada perintah berkurung ini yang mana bermukla pada hari Ahad (15 Mac 2020). Namun Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte telah telah memperluaskan ke seluruh negara.
Merujuk kepada lockdown di utara Itali, Giuseppe Conte memberitahu wartawan pada sidang akhbar televisyen pada hari Isnin bahawa seluruh negara akan tertakluk kepada langkah-langkah baru.
iluminasi.com kongsikan 7 peraturan yang perlu dipatuhi rakyat Itali ketika perintah berkurung ketika ini.
1. Jangan keluar rumah dan bersosial
Giuseppe Conte menggambarkan dasar kuarantin itu dengan begitu ringkas, iaitu dengan tinggal di rumah. sebagai "saya tinggal di rumah," menurut BBC.
Banyak tempat di mana orang biasa berkumpul dalam jumlah yang besar iaitu seperti temasya sukan yang besar, sekolah dan universiti telah ditutup.
Pertandingan sepak bola profesional telah dibatalkan dan tidak akan dilangsungkan semula sehingga sekurang-kurangnya 3 April 2020.
Tetapi beberapa acara sukan peringkat tinggi dan latihan boleh diteruskan dengan syarat tanpa penonton.
Langganan gim dan pawagam prabayar serta tiket konsert menjadi sia-sia kerana aktiviti bersosial yang tidak penting adalah dilarang.
Muzium, pusat kebudayaan, kolam renang, spa, dewan sukan, dan resort ski di seluruh Itali juga telah ditutup.
2. Semua kedai wajib ditutup kecuali kedai runcit dan farmasi
Pada mulanya, kedai-kedai dibenarkan beroperasi tetapi terhadp sehingga jam 6 petang selagi mereka boleh memastikan bahawa pelanggan berada dalam jarak 1 meter antara satu lain.
Walau bagaimanapun, Giuseppe mengumumkan bahawa hanya farmasi dan kedai runcit sahaja yang boleh dibuka kepada orang awam.
Kafe-kafe yang mana harus tutup menjelang jam 6 petang, dironda oleh pihak polis untuk memastikan orang ramai berjarak 1 meter.
3. Urusan keluar negara perlukan kebenaran polis
Pengangkutan awam dan lapangan terbang terus beroperasi tetapi hanya perjalanan penting sahaja yang dibenarkan.
Perjalanan yang dibenarkan termasuklah penerbangan, kerja-kerja yang sah dan apa-apa berkaitan dengan keluarga yang tidak boleh ditunda.
Menurut Sky News, pengguna kereta api mestilah menandatangani borang polis yang membuktikan sebab mereka dan kereta-kereta di jalan raya ditahan untuk pemeriksaan polis.
4. Menemani atau melawat di hospital
Waris atau sesiapa yang menemani pesakit kini memerlukan kebenaran untuk tinggal di ruang menunggu semasa melawat jabatan kecemasan hospital.
Langkah ini diambil untuk mengurangkan kesesakan di hospital serta mencegah jangkitan yang lebih tinggi.
5. Cuti kakitangan penjagaan kesihatan dibekukan
Doktor, jururawat dan pekerja perubatan lain telah diberitahu untuk membatalkan cuti mereka bagi membantu mengendalikan kemasukan pesakit koronavirus.
Ini mencerminkan apa yang dilakukan oleh China di mana negara itu menghantar beribu-ribu pegawai perubatan ke wilayah di mana bermulanya wabak ini iaitu Hubei, untuk melawan penyakit ini.
6. Hak melawat banduan penjara
Itali juga telah mengehadkan atau menggantung hak banduan untuk menerima pelawat.
Rusuhan telah berlaku di penjara disebabkan oleh para banduan sebagai tindak balas terhadap berita ini.
Ia bermula di penjara di Modena, Pavia, Rom, dan Foggia, dengan beberapa tahanan yang cuba melarikan diri dan yang lain membakar premis.
Menteri Kehakiman Itali berkata 12 banduan penjara meninggal dunia akibat terlebih dos dadah dan 16 yang lain melarikan diri semasa rusuhan di lebih daripada 20 penjara yang dicetuskan oleh langkah-langkah pembendungan coronavirus baru.
Alessio Scandurra, jurucakap Persatuan Antigone organisasi tawanan, memberitahu Associated Press bahawa pergolakan itu disebabkan oleh kekecewaan terhadap lawatan terhad serta kebimbangan mengenai jangkitan coronavirus dalam kurungan.
7. Pembayaran balik pinjaman
Menurut Reuters, bank-bank di Itali telah mengenakan larangan sementara ke atas pembayaran balik pinjaman.
Persatuan Perbankan Itali yang mewakili 90% aset perbankan di Itali, berkata para pemberi pinjaman akan membenarkan para peminjam untuk menangguhkan pembayaran balik bagi membantu syarikat dan isi rumah yang terkesan deangan virus serta kuarantin.
Rujukan
1. Peraturan Perintah Berkurung Di Itali
2. CNN