Pandemik COVID-19 sedang mengubah dunia dengan cara yang tidak disangkakan dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Ketika artikel ini ditulis, lebih daripada 2 juta orang di seluruh dunia dijangkiti COVID-19 dengan kematian melebihi 145,000 orang.

Para pegawai kesihatan sedang sibuk memerangi virus ini manakala para saintis bertungkus-lumus mencari penawar virus yang dahsyat ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun begitu, masih banyak yang kita tidak tahu dan faham tentang SARS-CoV-2 yang dilihatkan sangat rumit dan licik.

Dengan teknologi yang canggih, kita belum menemui cara berkesan bagi membanteras novel koronavirus ini.

iluminasi.com kongsikan 8 misteri pandemik COVID-19 yang masih belum terjawab.

8. Mengapa individu muda dan cergas juga terkorban? 

pesakit covid 19 muda

Salah satu perkara yang sangat membimbangkan tentang pandemik ini adalah kadar kematian yang tidak seimbang bagi warga tua.

Ini membolehkan virus merebak dengan hampir tidak dapat dikesan dalam kalangan populasi yang lebih muda.

Dan mungkin anda berasakan ini sesuatu yang baik, namun anda salah.

Novel coronavirus ini boleh berada dalam badan tanpa dikesan dan merebak sejauh yang mungkin, sehinggalah ia sampai kepada perumah yang lebih tua dan membunuh mereka.

Jika gejala yang berlaku adalah teruk dan boleh dikesan di tahap awal, virus ini agak sukar untuk sampai kepada sasaran yang lebih tua.

Namun, ini tidak bermakna bahawa golongan yang lebih muda adalah imun kerana terdapat di antara mereka yang meninggal dunia akibat COVID-19.

Hal ini adalah sesuatu yang kita masih belum faham sepenuhnya kerana menurut pemahaman kita terhadap pandemik ini, golongan muda dan cergas sepatutnya tidak mengalami gejala yang serius.

Ini merupakan sebahagian daripada persoalan yang lebih besar tentang bagaimana virus ini memberi kesan kepada individu yang berlainan dengan cara yang sangat berbeza.

7. Evolusi dalam manusia yang masih tidak difahami 

novel coronavirus 991

Walaupun biologi virus ini dapat mungkin membantu kita memahami kesannya dengan lebih baik, namun masih ada persoalan tentang bagaimana strain SARS Cov-2 belajar menjangkiti manusia.

Walaupun ini bukanlah kali pertama kita berhadapan coronavirus yang menjangkiti manusia, namun ia biasanya memerlukan masa untuk bermutasi dan belajar cara untuk menjangkiti perumah baharu.

Dalam kes sebelum ini iaitu SARS, ia memerlukan masa untuk bermutasi dalam badan manusia sebelum menyebabkan kerosakan.

Namun novel koronavirus yang merebak ketika ini seolah-olah tahu bagaimana untuk menjangkiti manusia dan membunuh di awal jangkitan, kerana ia langsung tidak berubah sejak bermulanya pandemik ini.

Tetapi ini tidak bermakna ia tidak bermutasi, kerana tiada mutasinya yang dapat menandingi virus asal ini.

Dengan kata mudah, novel coronavirus tidak perlu mengubah dirinya untuk menjangkiti lebih ramai orang, kerana ia sedang berbuat demikian dengan begitu mudah pada ketika ini.

6. Diuji negatif, kemudiannya positif

ujian covid 19 547

Ketika kita bergelut dengan berpuluh-puluh ribu kes baharu di seluruh dunia setiap har, para doktor pula berhadapan denagn masalah baru yang tak dapat dijelaskan.

Ramai pesakit yang sebelumnya didapati negatif kini disahkan positif, mencetuskan keraguan terhadap cara dan alatan yang kita gunakan untuk mengesannya.

Walaupun benar bahawa virus ini boleh berada dalam keadaan tidak aktif untuk seketika sebelum menunjukkan sebarang gejala, namun hampir setiap negara telah mempertimbangkan hal ini sebelum membenarkan pesakit yang disyaki pulang.

Garis panduan dari WHO menghendaki semua pesakit yang pulih harus memberikan hasil negatif terhadapn virus ini sebanyak dua kali, dengan selang waktu sekurang-kurangnya 24 jam di antara ujian pertama dan kedua.

Apa yang membimbangkan adalah terdapat pesakit COVID-19 yang telah pulih kini diuji positif sekali lagi, dan kita masih belum tahu mengapa ia berlaku.

Menurut sesetengah pakar, virus ini mungkin mempunyai kemampuan untuk menyahaktif dan mengaktifkan dirinya semula di dalam perumah manusia, atau dijangkiti semula dari sumber-sumber yang lain selepas dibenarkan pula, atau perkara-perkara lain.

Apa yang pasti adalah kita masih belum tahu mengapa.

Kemungkinan ini membuatkan kita ragu-ragu dengan anggapan popular bahawa pesakit yang telah pulih akan mempunyai "kekebalan" terhadap virus ini seperti yang berlaku kepada kebanyakan virus yang diketahui.

Malah, jika virus ini boleh mengaktifkan diri sendiri sesuka hatinya, maka apa yang dimaksudkan dengan "pulih"?.

5. Pembawa tanpa sebarang gejala 

pesakit tanpa gejala

Jika anda mengetahui serba sedikit tentang sejarah pandemik, anda pastinya sedar bahawa kejayaan SARS-CoV-2 ini bukanlah terletak pada tahap penyebarannya yang pantas mahupun kadar kematian.

Manusia pernah berhadapan dengan penyakit yang jauh lebih dahsyat pada masa lalu, di mana COVID-19 tidak dapat dibandingkan dengan Black Death atau Selesema Sepanyol dari segi jumlah kematian atau kadar jangkitan.

Namun, ia berlainan dalam satu aspek, iaitu mereka yang dijangkiti COVID-19 masih boleh meneruskan hidup dengan gejala ringan malah ada yang tidak menunjukkan sebarang gejala.

Ini membantu SARS-CoV-2 untuk merebak dengan lebih jauh dan membunuh lebih banyak.

Apa yang para saintis tidak tahu adalah berapa banyak kes-kes seperti ini yang berlaku.

Ketika ini, adalah jelas bahawa jangkitan yang diketahui dan kawasan panas dengan virus ini tidak boleh disalahkan sepenuhnya terhadap peningkatan kes baharu.

Mereka yang mengalami batuk dan hidung berair cenderung untuk beranggapan bahawa ia bukan satu masalah besar dan menurut ramai doktor serta saintis, mereka ini munkin penyebab utama di sebalik peningkatan kes yang sangat pesat. 

4. Mengapa kanak-kanak sukar dijangkiti COVID-19? 

kanak kanak sukar dijangkiti covid 19

Fakta bahawa novel koronavirus memberi kesan kepada orang dengan cara yang berlainan bukanlah sesuatu yang baru diketahui.

Jumlah kematian jauh lebih tinggi bagi golongan tua yang mana disebabkan oleh sistem ketahanan badan yang sangat lemah.

Ini mungkin kedengaran seperti satu penjelasan mengikut gerak hati, namun ia adalah benar jika anda mengambil kira bahawa virus ini lemah terhadap kanak-kanak, 

Berbanding dengan kematian orang dewasa, jumlah kematian dalam kalangan kanak-kanak tersangat rendah.

Walaupun ini merupakan satu berita baik, namun ia tidak dapat dijelaskan kerana kanak-kanak zaman sekarang tidak mempunyai ketahanan badan yang begitu tinggi terhadap virus.

Malah, kanak-kanak sebenarnya lebih terdedah kepada jangkitan pernafasan seperti selesema biasa.

Namun, jumlah korban dalam kalangan mereka yang mempunyai sistem ketahanan badan yang kuat adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak, dan kita masih belum tahu mengapa ini berlaku.

3. Bagaimana pesakit COVID-19 pulih?

bagaimana pesakit covid 19 pulih

Sehingga kini, kita tahu bagaimana novel coronavirus membunuh mangsanya, namun apa yang masih tidak difahami sepenuhnya adalah bagaimana pesakit pulih daripadanya?

Biasanya bagi penyakit-penyakit lain, pesakit pulih dengan mengembangkan antibodi yang mana bukan sahaja membantu mereka memerangi virus tetaoi juga menjadi benteng terhadap serangan masa hadapan terhadap virus yang sama.

Walaupun ketahanan ini tidaklah kekal seperti dalam kes influenza, nmun badan kita masih ingat beberapa petanda bahawa ia pernah melawan penyakit tertentu.

Namun, ini tidak berlaku bagi banyak kes COVID-19 yang telah pulih dan para penyelidik sukar untuk memahami mengapa ini berlaku.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh China, kebanyakan pesakit yang sembuh telah membangunkan antibodi khasnya untuk COVID-19, seperti yang dijangkakan.

Walaubagaimanapun, 30% daripada pesakit tidak menunjukkan tanda-tanda pembangunan antibodi atau mana-mana antibodi yang berkaitan.

Jadi, ini menimbulkan persoalan yang masih belum dapat dijawab iaitu bagaimana tubuh badan mereka ini pulih.

2. Jalur penyebaran yang tidak dapat dilihat

coronavirus di india

Walaupun jumlah kes baharu semakin melonjak naik pada kadar yang membimbangkan, namun sekurang-kurangnya kita dapat menjejaki kebanyakan daripada sumber virus ini yang berpotensi.

Jika kita tahu bahawa sesuatu kawasan itu adalah hotspot COVID-19, ia dapat membantu kita mengkuarantin dan meninggalkan kawasan tersebut, menghubungi semua orang yang berada di kawasa sekitar ketika pandemik berlaku dan memastikan ia tidak menyumbang kepada jangkitan baharu.

Namun apa yang membimbangkan adalah kita juga berhadapan dengan kes-kes membingungkan di seluruh dunia yang tidak mempunyai jejak sumber jangkitan yang jelas. 

Sebagai contoh, seorang kanak-kanak berusia 14 bulan di Gujarat, India telah dijangkiti COVID-19 dan meninggal dunia, meskipun tiada kes yang disahkan di seluruh daerah itu.

Seorang lelaki di California menjadi rakyat Amerika Syarikat pertama dijangkiti COVID-19 tanpa mempunyai sebarang kontak dengan pesakit sedia ada atau mana-mana perumah yang berpotensi.

1. Bagaimana ia merebak?

bagaimana novel coronavirus tersebar

Kebanyakan negara di seluruh dunia sedang melakukan yang terbaik untuk membendung kadar jangkitan, termasuklah melaksanakan langkah-langkah yang ketat seperti perintah berkurung dan peraturan penjarakan sosial.

Namun, semua ini berdasarkan anggapan bahawa segala yang kita tahu mengenai SARS-CoV-2 adalah betul.

Kajian-kajian terbaharu menunjukkan bahawa apa yang kita tahu tentang virus ini adalah sangat sedikit dan teknik pencegahan yang dilaksanakan harus berkembang secara konsisten jika kita mahu memerangi pandemik ini.

Misteri paling besar tentang pandemik COVID-19 adalah kita sebenarnya tidak tahu bagaimana ia merebak dan mereka yang mengaku tahu hanyalah berdasaar tekaan.

Walaupun pada awalnya penyebaran COVID-19 hanya boleh berlaku melalui sentuhan fizikal, namun kajian terbaru mencadangkan bahawa virus ini boleh kekal terapung di udara untuk tempoh yang lebih lama daripada yang kita jangkakan sebelum ini dan ia tidak memerlukan pembawa seperti titisan batuk untuk merebak.

Dalam kes yang mungkin berkaitan dengan situasi ini, seluruh anggota sebuah kumpulan koir telah dijangkiti COVID-19 walaupun menjaga jarak antara satu sama lain setiap masa.

Mungkin kumpulan koir ini dijangkiti melalui udara, namun ia tidak dapat dipastikan kerana kita masih belum jelas tentang semua cara penyebaran SARS-CoV-2.




Hakcipta iluminasi.com (2017)