Kisah kemalangan kapal Titanic dan serangan pengganas pada 11 September sudah lama terjadi. Namun, terdapat banyak pihak yang memberikan teori konspirasi masing-masing bahawa-bahawa kejadian ini mungkin sudah dirancang lama oleh pihak-pihak tertentu. Adakah itu benar? Tiada siapa yang benar-benar tahu.

Dalam sejarah, terdapat beberapa kebetulan yang dikenalpasti dimana sesuatu kejadian besar yang berlaku pernah ditulis dalam buku-buku atau novel-novel lama sebelum kejadian tersebut. Adakah ianya sekadar kebetulan, atau tulisan-tulisan tersebut benar-benar bertujuan untuk memberi petunjuk perancangan pihak yang terlibat?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi 5 kejadian besar dalam sejarah yang seperti sudah diramal dalam buku atau novel yang sudah ditulis lama sebelum kejadian sebenar berlaku.

1. Ramalan Debt Of Honor - Serangan 11 September

ramalan serangan 11 september

Serangan 11 September di World Trade Center, Amerika Syarikat ini merupakan antara kejadian yang penuh dengan teori konspirasi. Kejadian ini jugalah yang telah mewujudkan sentiment Islamofobia di seluruh dunia sehingga banyak orang Islam di seluruh dunia dibunuh sesuka hati kerana dianggap sebagai pengganas.

Menariknya, kejadian yang hampir serupa pernah digambarkan oleh Tom Clancy pada tahun 1994 melalui novelnya yang bertajuk Debt of Horror. Dalam tulisannya itu, seorang pengganas telah merampas sebuah pesawat dan memandunya merempuh bangunan Capitol Building yang terletak di Wellington. Usaha itu dilakukan dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan. Keadaan ini seakan-akan menyamai plot serangan pada 11 September.

Tom Clancy selaku penulis tersebut bagaimanapun cepat menafikan bahawa beliau merupakan seorang tukang tilik yang dapat meramal masa hadapan.

2. Ramalan The Wreck Of The Titan: Or, Futility - Titanic

ramalan kapal titanic

Peristiwa tenggelamnya kapal Titanic merupakan antara kejadian yang paling banyak diperkatakan dalam sejarah. Malah, peristiwa ini turut dimuatkan dalam dokumentari dan juga filem. Ianya juga tidak lari daripada teori konspirasi dan kami pernah menulis mengenainya secara panjang lebar dalam artikel Konspirasi Kapal Titanic: Ia Tidak Pernah Karam di Lautan Atlantik.

Menariknya, 14 tahun sebelum kejadian tenggelamnya kapal Titanic, Morgan Robertson pernah menulis kejadian yang mirip dengannya dalam novel bertajuk The Wreck of the Titan: Or, Futility. Novel tersebut memaparkan kisah sebuah kapal pelayaran besar bernama Titan yang menghadapi kemalangan dan hanya beberapa sahaja orang yang terselamat. Kapal Titan digambarkan sebagai kapal terbesar dunia dan tidak mungkin akan karam.

Selain nama kapal Titan yang hampir menyamai Titanic, penulis juga menyatakan kemalangan tersebut disebabkan pelanggaran kapal tersebut dengan iceberg besar di Lautan Atlantik, sama dalam kejadian sebenar. Morgan Robertson selaku penulis kemudiannya menyatakan bahawa tulisannya hanyalah kebetulan sama dengan kejadian Titanic dan mengatakan ianya ditulis berdasarkan pengalamannya sebagai seorang pelayar di laut.

3. The Plot Against America - Kemenangan Donald Trump jadi kenyataan

ramalan donald trump presiden amerika

Kemenangan Donald Trump Amerika Syarikat pada pilihan raya Amerika Syarikat suatu ketika dahulu mengejutkan banyak pihak. Hal ini memandangkan beliau bukanlah seorang ahli politik sebaliknya lebih terkenal sebagai seorang usahawan dengan kekayaan berbilion dollar.

Pada tahun 2004, Philip Roth pernah menulis sebuah karya terkenal yang bertajuk The Plot Against America. Bukan sahaja isi kandungannya sangat menarik, plotnya juga seakan-akan mempunyai persamaan dengan kisah Donald Trump menjadi Presiden. Bukunya itu menceritakan mengenai kisah bagaimana watak pratagonisnya iaitu Charles Lindbergh seorang selebriti terkenal telah melancarkan kempen pilihan raya dan bercita-cita untuk menjadi Presiden. Walaupun dianggap sebagai jenaka oleh pihak parti lawan, beliau akhirnya menang dalam pilihan raya tersebut.

Terdapat persamaan antara watak Charles Lindbergh dan Donald Trump dimana kedua-duanya hanya mengharapkan populariti masing-masing untuk menang dan  bersikap prejudis terhadap pihak lawan serta tidak bersikap profesional. Walaupun dilihat hampir mustahil untuk menang, mereka membuktikan sebaliknya yang berlaku.

4. Ramalan Stand On Zanzibar - Perlantikan Presiden Obama jadi kenyataan

presiden obama

Sekitar tahun 1968, John Brunner telah menulis sebuah buku yang bertajuk Stand On Zanzibar. Kisah dalam buku tersebut yang berlatarbelakangkan kehidupan pada masa hadapan yang sudahpun menggunakan kereta elektrik. Sementara itu, digambarkan penggunaan dadah, seks bebas dan hubungan seks bebas sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat.

Gambaran yang diberikan ini hampir menyamai realiti sekarang. Malah, beliau juga menyatakan dunia pada waktu tersebut akan dipimpin oleh seorang pemimpin berkulit hitam daripada Amerika Syarikat bernama Presiden Obomi, nama yang hampir sama dengan Presiden Obama. Mungkinkah ianya sekadar kebetulan?

5. Looking Backward: 2000–1887 - Penggunaan kad kredit jadi realiti

ramalan kewujudan kredit kad

Hidup dalam krisis sosial dan ekonomi pada abad ke 19, Edward Bellamy hidup dalam suanana dimana golongan pekerja dan minoriti sentiasa ditekan dan disisihkan. Sebagai seorang penulis, beliau telah menulis sebuah novel bertajuk Looking Backward: 2000–1887 yang memuatkan idea dan cadangannya untuk menangani masalah ini pada masa hadapan.

Dalam novel ini, Julian West selaku watak pratonis digambarkan telah tidur lama dan bermimpi bangun pada tahun 2000. Keadaan dunia pada waktu itu digambarkan sebagai adil dimana setiap rakyat Amerika Syarikat dapat menikmati hidup yang sama rata. Pada waktu itu juga, beliau juga mempunyai satu kad dimana ianya boleh digunakan untuk membeli-belah. Novel ini memaparkan imaginasi Edward Bellamy tentang kemunculan kad kredit pada masa hadapan yang tidak lagi wujud pada masa tersebut.

Kredit:

  1. The Telegraph
  2. The Week
  3. Business Insider



Hakcipta iluminasi.com (2017)