Pernahkah anda terfikir sesuatu berita atau sejarah itu akan kesahihan dan kebenarannya? Apa yang anda baca dan lihat di kaca televisyen berkemungkinan tidak semuanya benar malah direka-reka untuk kepentingan sesuatu pihak. Lebih-lebih lagi di zaman serba canggih dengan penggunaan internet dan media sosial secara meluas ini.
Perkara seperti ini tidak hanya terikat kepada zaman moden sahaja kerana terdapat juga teori konspirasi yang mengaitkan berita-berita dan sejarah yang besar berpuluh-puluh tahun yang lalu.
Iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 6 teori konspirasi yang diutarakan oleh pengkaji-pengkaji akan kesahihan peristiwa-peristiwa besar dunia.
6. Perbankan elektronik
Siapa tak tahu perbankan elektronik? Boleh dikatakan 80% daripada kita menggunakan perbankan elektronik dalam rutin seharian seperti membeli belah dan membayar bil. Maybank2U dan Cimbclicks antara yang paling lazim digunakan di Malaysia. Namun tahukah anda terdapat teori konspirasi yang mengatakan perbankan elektronik ini adalah sejenis teori konspirasi New World Order. Wang di alam maya atau virtual money seperti kad debit dan kad kredit diwujudkan oleh kumpulan rahsia yang merancang untuk menguasai dunia.
Perancangan mereka mudah, dengan membuatkan semua orang bergantung kepada perbankan elektronik secara tak langsung mengurangkan penggunaan wang kertas yang nyata. Apabila semua orang menggunakan perbankan elektronik, mereka ini akan mencetuskan apa yang dipanggil "worldwide electronic blackout" di mana ia akan memadamkan segala maklumat bank seseorang. Jadi, sudah tentulah wang yang tersimpan di dalam akaun anda akan hilang dan membuatkan anda panik. Tujuan utama teori ini adalah untuk memperkenalkan semula sistem hamba dalam dunia moden ini. Sejauh mana kesahihan teori ini?
5. Wabak HIV/AIDS dan CIA
Terdapat teori mengatakan kes wabak HIV/AIDS pertama yang dilaporkan oleh Centers for Disease Control and Prevention (CDC) pada 1981 adalah dicipta oleh CIA untuk menghapuskan golongan homoseksual dan kaum Afrika Amerika. Ahli ekologi Kenya yang memenangi Anugerah Nobel Keamanan, Wangari Maathai, menggunakan perhatian yang diterimanya itu dengan menyokong teori ini. Teori ini juga disokong oleh presiden Afrika Selatan, Thabo Mbeki yang mempertikaikan kebenaran wabak ini berasal dari Afrika serta menuduh kerajaan Amerika Syarika sengaja mencipta virus ini di makmal tentera. Terdapat juga pendapat yang mengatakan kerajaan sengaja menyuntik lelaki homoseksual dengan virus ini pada 1978 ketika melakukan eksperimen hepatitis-B.
4. Pembunuhan beramai-ramai Yahudi oleh Nazi
Munkin ramai yang tahu mengenai Nazi yang membunuh berjuta-juta orang yahudi ketika Perang Dunia Ke-2. Namun para pengkaji sehingga kini menyokong pendapat mereka bahawa hampir 6 juta orang Yahudi sebenarnya tidak dibunuh oleh tentera Nazi. Mereka sebaliknya disediakan tanah untuk dijadikan negara Yahudi, oleh kerajaan Jerman dan negara barat lain, selain Palestin, kata Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad yang juga mengatakan bahawa holocaus tersebut hanyalah mitos dan rekaan barat semata-mata. Walaupun terdapat banyak bukti serta pengakuan dan permohonan maaf oleh kerajaan Jerman berpuluh tahun yang lalu, namun terdapat teori lain yang menyangkal kenyataan itu.
Tidak dinafikan oleh para pengkaji bahawa orang yahudi dipenjarakan ketika Perang Dunia Ke-2 namun mereka meragui kesahihan jumlah orang yahudi yang dibunuh, ianya seperti dibesar-besarkan. Seorang peguam bernama Edgar Steele yang menyokong teori ini berkata, "Semua orang yang kelihatan sangat kurus dan timbunan mayat-mayat di dalam gambar tersebut sebenarnya adalah orang Republik Czech, Poland dan Jerman yang mati akibat wabak tipus yang mana sangat berleluasa di dalam kem tersebut,"
3. Segitiga Bermuda
Segitiga Bermuda. Antara misteri yang sangat menyeramkan dan masih kekal sehingga kini tanpa jawapan. Dikatakan bahawa setiap apa sahaja yang melalui kawasan sama ada melalui udara atau air, pasti akan hilang lenyap tanpa kesan. Adakah terdapat kuasa misteri yang menyebabkan kapal dan pesawat hilang begitu sahaja di Segitiga Beruda ini atau ia hanya cerita rekaan semata-mata?
Terletak di bahagian barat Laut Atlantik Utara, kawasan yang diberi gelaran "Devil's Triangle" ini berkeluasan 1.3 juta kilometer persegi yang bersambung antara Bermuda, Florida dan Puerto Rico. Oleh kerana terlalu banyak kapal-kapal yang hilang secara misteri di kawasan ini menyebabkan banyak konspirasi timbul. Terdapat ahli teori yang mengatakan terdapat kuasa ghaib yang bertanggungjawab ke atas segala misteri tersebut dan ada juga mengaitkan dengan kewujudan makhluk asing.
Namun teori terdapat kuasa ghaib itu disangkal oleh U.S Coast Guard dan juga pakar-pakar yang mengetahui akan kawasan ini. Mereka mengatakan kejadian yang berlaku di Segitiga Bermuda ini tidak lebih daripada kemalangan di kawasan lautan yang lain dan mengaitkannya dengan kejadian alam seperti ribut taufan serta gelombang ombak sebagai penyebab utama.
Mereka juga mengaitkan kemungkinan ianya berkait dengan lanun dan kegagalan mekanikal kapal atau pesawat. Bagi mereka yang bercakap mengenai kerosakan kompas setiap kali melalui kawasan ini, pakar-pakar juga menafikan kebenarannya dengan menyatakan bahawa tiada kuasa magnetik yang ganjil di kawasan tersebut. Pihak mana pun yang anda percaya, kisah Segitiga Bermuda ini akan terus menjadi misteri yang tidak dapat diselesaikan.
2. Tragedi serangan 9/11 Pusat Dagangan Dunia
Tragedi yang mengejutkan seluruh pelusuk dunia pada 11 September 2001 dianggap antara konspirasi terbesar dunia. Media barat serta Amerika Syarikat menuduh serangan itu dilakukan oleh Al-Qaeda yang diterajui oleh Osama bin Laden. Teori konspirasi yang paling ketara adalah runtuhnya menara berkembar Pusat Dagangan Dunia tersebut adalah hasil daripada letupan yang dikawal oleh pihak tertentu dan bukannya disebabkan oleh kegagalan struktur bangunan yang dimakan api. Keengganan kerajaan dan Suruhanjaya 9/11 untuk menyiasat bukti penting yang bercanggah dengan penjelasan rasmi mereka terhadap serangan itu menguatkan lagi kepercayaan terhadap teori konspirasi ini.
Selain itu, ahli teori konspirasi juga menyatakan bahawa pesawat yang melanggar menara itu langsung tidak kelihatan seperti pesawat komersial yang didakwa oleh kerajaan Amerika Syarikat. Ia juga tidak mempunyai tingkap seperti pesawat komersial yang biasa.
Teori lain mengatakan bahawa Pentagon telah diserang oleh peluru berpandu yang dilancarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat sendiri. Juga terdapat desas-desus mengenai pegawai atasan kerajaan yang mengetahui terlebih dahulu mengenai serangan yang bakal berlaku namun kerajaan Amerika Syarikat menafikan dakwaan itu dengan menyatakan mereka telah menyiasat perkara itu namun ia hanyalah berita palsu. Namun bagi penyokong teori ini, mereka percaya bahawa kesimpulan yang dibuat oleh pihak kerajaan adalah tidak konsisten dan bukti-bukti penting segaja diabaikan telah menuding jari ke arah kerajaan sendiri sebagai pihak yang bertanggungjawab atas insiden tersebut.
1. Pendaratan di bulan oleh NASA
Neil Armstrong, seorang angkasawan yang paling terkenal di dunia. Beliau adalah angkasawan yang pertama yang berjaya menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Namun, ahli teori konspirasi menyatakan ia hanyalah sandiwara yang dirancang dan diatur oleh NASA dan organisasi lain. Menurut mereka lagi permukaan yang dijejaki oleh Neil Armstrong dan Buzz Aldrin bukanlah objek angkasa lepas tetapi adalah pentas ciptaan manusia.
Idea konspirasi ini disokong oleh mereka yang beranggapan bahawa teknologi ketika itu masih tidak cukup untuk melakukan perkara sebegitu. Mustahil bagi mereka untuk mempercayai perjalanan itu mampu membuahkan hasil dengan halangan persekitaran seperti sinaran kosmik, lingkaran radiasi dan angin solar. Malah mereka menunjukkan bukti bahawa lawatan ke bulan itu adalah palsu dengan menggunakan gambar dan video yang diambil ketika misi tersebut dijalankan. Antara keganjilan yang terdapat pada gambar dan video tersebut adalah bayang-bayang yang tidak konsisten, latarbelakang yang sama dan kekurangan bintang di sekeliling.
Mereka juga mengaitkan konspirasi ini sebagai salah satu usaha untuk menaikkan nama Amerika Syarikat dan memperoleh keuntungan dari segi kewangan. Namun, pihak NASA cuba menafikan tuntutan ahli teori ini dengan menggunakan Lunar Reconnaissance Orbiter untuk mengambil gambar kawasan pendaratan Apollo 11 pada Julai 2009. NASA mengatakan masih terdapat kesan pendaratan pada bahagian bulan itu yang berlaku pada 1969 namun ahli teori konspirasi masih berpegang kepada apa yang mereka percaya. Bagaimana pula dengan anda?