Oleh pada 06 Jul 2018 kategori

Setiap sukan mempunyai peminat tersendiri dan di kalangan peminat-peminat ini, terdapat mereka yang terlalu obses.

Tahap obses ini sehinggakan ia membuatkan mereka bertindak di luar kawalan termasuklah melakukan ugutan terutamanya ugutan bunuh.

Walaupun ia hanya ugutan, namun ia harus diambil serius kerana kita tidak dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku. iluminasi.com ingin kongsikan 5 pemain yang diugut bunuh oleh peminat fanatik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

4. Juan Camilo Zuniga (Colombia) - Piala Dunia 2014

juan camilo zuniga 5 pemain bola sepak yang menerima ugutan bunuh

Bola sepak di Brazil adalah merupakan sesuatu yang diambil serius. Sebagai contoh, pada tahun 2013, seorang pengadil telah menikam seorang pemain sehingga mati di atas padang.

Kemudian, peminat-peminat berpusu-pusu masuk ke padang dan membunuh pengadil tersebut yang mana badannya dipisahkan kepada 4 bahagian.

Ini menunjukkan betapa fanatik dan ganasnya peminat-peminat bola sepak di Brazil. Namun, Juan Camilo Zuniga, penyerang Colombia, dikatakan mencari nahas apabila secara tidak sengaja menamatkan Piala Dunia 2014 bagi Neymar.

Juan Camilo mengasak bola dan tidak sengaja menjatuhkan bintang Brazil, menyebabkan keretakan tulang belakang. 

Selepas insiden itu, Juan memberitahu bahawa peminat-peminat Brazil berjaya mendapatkan nombor telefonnya dan mengganggu pemain itu.

Beliau juga menerima ugutan bunuh sepanjang Piala Dunia 2014 berlangsung. Malah, Juan terpaksa mengupah pengawal peribadi untuk mengawasinya untuk keluar negara, bimbangkan pengawal peribadi pasukan tidak cukup memadai.

Mungkin Juan perlu berasa lega kerana hanya mendapat ugutan bunuh sahaja dan bukannya cubaan membunuh.

3. Andres Escobar - Piala Dunia 1994

andres escobar 5 pemain bola sepak yang menerima ugutan bunuh

Antara semua ugutan bunuh, tiada satu pun cubaan bunuh berlaku. Kesemua pemain-pemain di atas sangat bernasib baik, kecuali Andres Escobar.

Andres Escobar adalah salah seorang yang tidak terlalu mengambil serius akan ugutan bunuh yang diterima, dan menerima padah.

Andres merupakan pemain kebangsaan Colombia ketika Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat. Ketika itu, Colombia adalah salah satu daripada pasukan pilihan yang mampu menjuarai kejohanan itu.

Namun, pasukan ini tidak bermain di tahap terbaik dan dalam perlawanan penyingkiran menentang Amerika Syarikat, Andres telah melakukan satu kesilapan besar.

Dia dengan tidak sengaja menendang masuk bola ke dalam gawang sendiri, memberikan kemenangan kepada Amerika Syarikat dan menghantar Colombia pulang.

Sebelum itu, dalam perlawanan peringkat kumpulan, Colombia tewas kepada Romania dengan jaringan 3-1. Beberapa orang pemain menerima ugutan bunuh daripada peminat Colombia melalui faks. 

Namun, tiada siapa yang mengendahkannya. Perlu kah untuk mengambil serius ugutan bunuh, kan?

Selepas Andres Escobar pulang ke Colombia, dia pergi ke kelab disko untuk menenangkan fikiran. Ketika di sana, orang ramai menjerit "gol sendiri" dan mengugutnya.

Dia kemudiannya meninggalkan tempat itu dan masih diganggu di luar. Andres yang tidak tahan lagi diganggu telah berhadapan dengan salah seorang daripada mereka.

andres escobar 5 pemain bola sepak yang menerima ugutan bunuh 2

Tanpa disedari, Andres sedang berhadapan dengan seorang gangster, Humberto Munoz. Humberto memberitahu Andres bahawa dia tidak tahu dengan siapa yang dia sedang cari pasal, sebelum menembak Andres sebanyak 6 kali.

Kes ini menujukkan apabila anda seorang atlet, atau individu terkenal, anda harus mengambil kisah jika menerima ugutan, terutamanya ugutan bunuh.

Ugutan bunuh adalah sesuatu yang serius, ia tidak kelakar dan ia adalah berbaloi untuk diambil serius. 

2. Nicolai Jorgensen (Denmark) - Piala Dunia 2018

nicolai jorgensen 5 pemain bola sepak yang menerima ugutan bunuh 2

Penyerang pasukan Feyenoord dan juga pasukan kebangsaan Denmark, Nicolai Jorgensen, juga menerima kata-kata kesan dan ugutan bunuh ketika kejohanan Piala Dunia.

Nicolai menerima ugutan tersebut melalui yang dihantar ke laman sosial Instagram dan Facebooknya, selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Croatia selepas seri dalam perlawanan kalah mati.

Kegagalan itu menyebabkan pasukan Denmark terpaksa pulang hampa yang mana mereka mempunyai peluang untuk mara ke suku akhir.

1. Mateus Uribe dan Carlos Bacca (Colombia) - Piala Dunia 2018

carlos bacca 5 pemain bola sepak yang menerima ugutan bunuh 2

Sekali lagi, ia melibatkan pemain Colombia dan juga berlaku dalam kempen Piala Dunia 2018.

Dalam perlawanan peringkat kalah mati, Colombia tewas kepada England dalam penentuan sepakan penalti, dengan jaringan 4-3.

Dua pemain Colombia, Mateus Uribe dan Carlos Bacca kedua-duanya gagal menjaringkan sepakan penalti, yang menyebabkan pasukan itu dihantar pulang lebih awal.

Sepakan Mateus mengenai palang manakala sepakan Carlos diselamatkan penjaga gol England, Jordan Pickford.

Peminat-peminat Colombia yang tersangat berang mula memaki hamun dan mengugut kedua-dua pemain ini di media sosial.

Rata-rata ugutan itu mensasarkan Carlos Becca yang mana dikatakan mengambil sepakan penalti dengan begitu teruk.

Ugutan yang diterima mengatakan mereka akan mati, menyuruh kedua-duanya untuk membunuh diri dan tidak pulang ke Colombia.

mateus uribe 5 pemain bola sepak yang menerima ugutan bunuh 2 336

Mesej jahat itu dilakukan walaupun pihak polis masih dalam penyiasatan ugutan bunuh sebelum itu terhadap pemain Colombia, Carlos Sanchez yang dilayangkan kad merah ketika perlawanan baru sahaja memasuki minit ketiga menentang Jepun.

Peminat-peminat yang marah menegaskan bahawa beberapa hari lepas (2 Julai) adalah ulangtahun ke-24 kematian Andres Esobar.

Antara ugutan yang dibuat melalui Twitter adalah dari Jhon Duqueimo: "Terima kasih kepada semua pemain, kecuali Carlos Bacca yang tak guna dan akan mati. Jangan balik ke sini".

Salah seorang peminat menulis: "Itu adalah perlawanan terakhir Mateus Uribe, dia sudah mati,".

Namun peminat Colombia yang lain meluahkan rasa terkejut terhadap mesej-mesej kejam ini dengan menulis:

"Jangan minta kematian Mateus dan Carlos. Adakah kita mahu apa yang berlaku terhadap Andres Escobar berulang? Adalah ini Colombia? Adat perlawanan menang dan kalah, kita adalah sebuah negara,".

Adakah kedua-dua pemain ini akan selamat selepas pulang ke Colombia? Mungkin ya, mungkin tidak.

EKSTRA

Gabriel Agbonlahor (Aston Vila) - Perlawanan persahabatan

gabriel agbonlahor 5 pemain bola sepak yang menerima ugutan bunuh 950

Yang ini agak kelakar, namun masih tetap ugutan bunuh. Pasti ramai yang mengenali kumpulan One Direction (1D) kan?

Kumpulan ini pada satu ketika dianggap sebagai boy band paling popular di dunia yang mempunyai peminat fanatik dalam kalangan remaja.

Pada tahun 2013, Gabriel Agbonlahor, penyerang Aston Villa, bermain dalam perlawanan bola sepak amal dengan salah seorang ahli kumpulan 1D , Louis Tomlinson.

Dalam perlawanan itu, Gabriel secara tidak sengaja terlanggar Louis menyebabkan dan idola remaja itu serta-merta jatuh menyembah bumi.

louis tomlinson terbaring di atas padang setelah diasak 858

Louis kemudiannya dibawa keluar dan kelihatan muntah di tepi padang. Peminat-peminat fanatik Louis Tomlinson kemudiannya menyerang Gabriel di media sosial.

"Siapa yang tolak Louis sehingga jatuh aku akan cari kau dan tolak kau jatuh dari Empire State Building".

"Kalau kau berani sentuh Louis lagi aku akan bunuh kau. Lebih baik, kau bunuh diri sendiri! Tak ada siapa yang kisah!".

Ini adalah antara ugutan yang diterima Gabriel Agbonlahor yang dilakukan melalui Twitter.

Namun penulis tak rasa ia adalah serius kerana mungkin ugutan ini dibuat oleh remaja perempuan yang kecewa melihat idola mereka disentuh.




Hakcipta iluminasi.com (2017)