Mengambil gambar adalah antara salah satu cara untuk merekodkan peristiwa atau kenangan untuk dilihat kembali pada masa hadapan. Ia merupakan sesuatu yang sangat berharga kerana masa yang berlalu tak mungkin dapat kita lalui semula.

Peredaran zaman yang semakin pantas membuatkan sesuatu bandar berubah dalam sekelip mata. iluminasi.com ingin berkongsi 8 gambar yang diambil buat kali pertama di bandar-bandar terkenal di seluruh dunia.

1. Tokyo, Jepun - 1865

BESARKAN TEKS     A-  A+

Gambar panorama di Tokyo ini telah diambil sama ada pada tahun 1865 atau 1866 yang mana ketika ini ia dikenali sebagai Edo, bukannya Tokyo. Jurugambar ini, yang berdarah Itali-British, Felice Beato mengambil gambar ini dari atas sebuah bukit sederhana tinggi yang dikenali sebagai Atagoyama yang merupakan tapak Minato Ward di Tokyo kini.

Untuk lihat gambar panorama penuh, klik sini.

2. Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat

boston

Gambar di bandar Boston ini telah diambil oleh James Wallace Black pada tahun 1860. Ia bukan sahaja gambar yang tertua di bandar ini malah gambar pertama di dunia yang diambil daripada pandangan atas setinggi 2,000 kaki dari paras laut.

Gambar ini diambil daripada belon udara panas yang mana ketika ini pencipta kapal terbang, Wright bersaudara masih belum lahir, dan sekarang disimpan di New York Metropolitan Museum of Art.

3. London, England - 1840-an

london

Gambar ini diambil pada awal 1840-an yang menunjukkan pemandangan yang sangat popular di London, diambil dari Gracechurch Street merentasi Fish Street Hill menuju ke Monument. Gambar ini merupakan hasil antara dua jurugambar, iaitu Antoine Claudet (anak murid Daguerre - pencipta daguerreotype) atau Richard Beard yang mempunyai studio berdekatan dengan Monument. Hanya 3 gambar sahaja yang masih ada dari era ini.

4. Jerusalem - 1844

jerusalem

Gambar terawal yang direkodkan di bandar Jerusalem adalah pada tahun 1844 yang merupakan hasil daripada jurugambar Perancis, Joseph-Philibert Girault de Prangey. Beliau mengembara di antara tahun 1843 hingga 1844 ke Italy, Timur Tengah dan negara timur Mediteranean.

Kelihatan Masjid Al-Aqsa berdiri teguh di dalam gambar ini, dan gambar ini hanya ditemui pada tahun 1920 di sebuah bilik stor di rumah jurugambar ini sendiri.

5. Sydney, Australia - 1855

sydney 877

Gambar ini merupakan gambar Mint Building yang diambil oleh jurugambar Robert Hunt pada tahun 1855. Bangunan yang terletak di Macquarie Street ini adalah bangunan awam tertua di Sydney Central Business District yang dibina pada 1811. Sehingga kini gambar ini kekal sebagai gambar outdoor negeri New South Wales yang masih bertahan.

6. New York, Amerika Syarikat - 1848

new york 811

Sangat berbeza dengan New York pada hari ini, namun bandar Manhattan bukanlah sentiasa merupakan hutan kongkrit seperti sekarang. Gambar yang diambil pada tahun 1848 ini merupakan tapak Upper West Side (di antara Central Park dan Hudson River) yang ada sekarang di New York.

Gambar menunjukkan sebuah rumah ladang terletak di atas sebuah bukit manakala Broadway (teater Broadway) pula yang merupakan sebuah jalan yang tak diturap dahulunya, berada di bahagian bawah. Jalan tersebut kemungkinan besar adalah Bloomingdale Road yang menjadi Broadway pada tahun 1899.

Gambar ini telah terjual dalam satu majlis lelongan beberapa tahun lalu dengan harga RM267,500.

7. Paris, Perancis - 1883

paris

Gambar pertama diambil di Paris adalah gambar Boulevard du Temple pada tahun 1883. Gambar ini diambil oleh pencipta proses fotografi "dageurreotype" sendiri, iaitu Louis Dageurre. Terdapat beberapa orang ketika gambar ini diambil tetapi mereka sedang berjalan atau menaiki gerabak dan disebabkan mereka sedang bergerak, jadi tidak kelihatan dalam gambar ini.

Kelihatan kelibat individu di bahagian bawah kiri yang berdiri agak lama yang membuatkan beliau berada dalam gambar ini, dan merupakan orang pertama di ambil gambar.

8. Toronto, Ontario, Kanada - 1856

toronto 16

Gambar pertama di bandar Toronto ini telah diambil oleh seorang jurugambar pada tahun 1856 dengan berdiri di atas bumbung sebuah hotel di King Street dan York Street. Gambar ini dikatakan telah diambil untuk digunakan sebagai cadangan untuk menjadikan Toronto sebagai ibu negeri Kanada.

Gambar panorama ini bermula daripada penjuru barat King Street dan bergerak mengikut arah jam.

Sumber :




Hakcipta iluminasi.com (2017)