Senarai negara di dalam artikel ini adalah berdasarkan kajian oleh Legatum Prosperity Index bagi setiap negara, dan tidak mengambil kira beberapa faktor seperti cuaca, gaya hidup dan populasi.
Secara terperinci, senarai ini dihasilkan berdasarkan metrik-metrik seperti pertumbuhan ekonomi, kebebasan peribadi, kesihatan, pendidikan, kekayaan, kualiti kehidupan dan kesejahteraan peribadi.
Senarai ini adalah antara salah satu senarai negara terbaik yang dihasilkan, oleh organisasi yang berbeza-beza pada tahap subjektiviti yang berbeza. Harus diingatkan bahawa senarai ini adalah berdasarkan hasil kajian oleh Legatum Prosperity Index.
BESARKAN TEKS A- A+
10. United Kingdom
Terletak di barat laut Eropah, United Kingdom (UK) sebenarnya terdiri daripada gabungan beberapa buah negara iaitu Northern Ireland, Scotland, Wales dan England. Sentiasa konsisten pada kedudukan atas dalam senarai negara terbaik untuk didiami, UK mempunyai sistem kesihatan antara yang terbaik di dunia serta sistem pendidikan yang sangat mengagumkan. Malah, kualiti keduanya semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Walaupun kepesatan ekonomi sedia ada UK agak kuat, namun pertumbuhannya kurang memberansangkan berbanding negara-negara lain di dalam senarai ini.
9. Denmark
Walaupun berada pada kedudukan ke-9, prestasi Denmark berbanding sedekad lalu agak jauh berbeza dan menunjukkan penurunan. Jatuhnya dari segi kedudukan Denmark dalam senarai ini berbanding sebelumnya adalah disebabkan pertumbuhan ekonomi yang sedikit terbantut. Kebangkitan parti populis seperti Danish People's Party memberi kesan negatif kepada kedudukan negara ini apabila faktor keselamatan diambil kira.
Namun begitu, Denmark masih mempunyai pendapatan per kapita antara yang tertinggi di dunia, serta mempunyai hak kebebasan awam yang sangat dilindungi.
8. Sweden
Jiran kepada Denmark di bahagian utara, Sweden, adalah normal untuk negara ini berada dalam kedudukan antara yang terbaik bagi senarai ini. Namun, seperti Denmark, kedudukan Sweden juga semakin menurun sejak akhir-akhir ini. Sebelum ini, Sweden pernah menduduki tempat pertama 3 tahun berturut-turut bagi tahun 2010, 2011 dan 2012 berdasarkan Legatum Prosperity Index.
Walaupun berada pada kedudukan ke-8, rakyat Sweden masih mempunyai antara kualiti hidup yang terbaik di dunia, dengan kualiti pendidikan dan sistem kesihatan yang sangat baik.
7. Belanda
Belanda adalah sebuah negara kecil yang terletak di utara Eropah. Dengan populasi rakyat sekitar 16.5 juta orang, Belanda adalah antara negara paling padat di dunia. Rakyat Belanda gembira dengan pencapaian negara mereka yang diuruskan dengan baik dan bebas daripada gejalan rasuah dalam kalangan pemimpin bawahan, mahupun pemimpin politik. Seperti negara-negara lain di dalam senarai ini, Belanda mempunyai sistem servis sosial yang kuat, termasuklah sistem kesihatan dan pendidikan.
6. Australia
Australia adalah negara teratas dalam senarai ini yang bukan negara Eropah, pada kedudukan ke-6 negara terbaik untuk didiami. Dengan rakyat seramai 20 juta orang, ramai daripada jumlah ini tinggal di kawasan yang sedikit terpencil daripada bandar-bandar besar Australia. Negara ini adalah antara negara paling kurang penduduk di dunia. Jaringan sistem kesihatan yang baik, dan kemampapan ekonomi melalui perniagaan adalah 2 faktor yang meletakkan Australia dalam senarai ini.
5. Kanada
Satu-satunya negara di Amerika Utara yang ada dalam senarai ini, senarai ini adalah lazim bagi Kanada. Sejak 2013, Legatum Prosperity Index telah meletakkan Kanada sebagai negara 5 terbaik dalam senarai negara terbaik untuk didiami. Penghargaan ini diberi kerana Kanada mempunyai kepimpinan negara yang hebat serta tahap kebebasan individu yang tinggi.
4. Switzerland
Switzerland secara relatifnya adalah sebuah negara yang kecil, dipenuhi dengan gunung ganang. Seperti Kanada, Switzerland juga antara negara yang konsisten berada dalam senarai 5 terbaik. Ekonominya yang pesat berkembang menjadikan rakyat Swiss sebagai antara yang berpendapatan paling tinggi di dunia dari pendapatan per kapita. Tambahan pula, Switzerland mempunyai rangkaian sistem kesihatan dan pendidikan yang sangat baik.
3. Finland
Finland, walaupun kerap kali berada dalam kedudukan antara yang tertinggi dalam senarai ini, telah membuat peningkatan yang lebih baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pencapaian ini adalah berdasarkan penambahbaikan dari segi sistem kesihatan, pendidikan, cara tadbir urus negara dan kebebasan peribadi. Walaupun pendapatan per kapita sedikit menurun sejak beberapa tahun lalu, Finland tetap makmur dari segi ekonomi. Media di negara ini juga bebas melakukan kerja mereka.
2. Norway
Pernah beberapa kali menduduki tempat pertama senarai ini, Norway kali ini berada pada kedudukan ke-2. Sebagai salah sebuah negara paling kaya dan paling rendah kadar rasuah, rakyat Norway mempunyai kualiti hidup yang sangat baik. Terima kasih kepada infrastruktur dan servis sosial yang bagus, Norway berada pada kedudukan yang tinggi bagi kebanyakan metrik yang digunakan bagi menentukan kualiti hidup sesebuah negara, termasuklah kesihatan, pendidikan, urus tadbir negara dan kebebasan. Norway sentiasa konsisten sebagai negara yang rakyatnya antara paling gembira di dunia.
1. New Zealand
New Zealand adalah negara terbaik untuk dijadikan tempat tinggal. Terletak di Hemisfera Selatan, dan terdiri daripada 2 buah pulau iaitu North Island dan South Island, New Zealand memilik populasi penduduk sekitar 4.8 juta orang. Rakyat negara berkenaan sentiasa menikmati pendidikan yang berkualiti, sistem kesihatan yang sangat bagus, peluang ekonomi yang bercambah, kebebasan bersuara dan lain-lain. Kemakmuran ekonomi New Zealand kian hari semakin bertumbuh, selari dengan kualiti kehidupan. Tahun 2017 adalah tahun ke-4 New Zealand menduduki tangga teratas dalam senarai ini.
EKSTRA
11. Jerman
12. Luxembourg
13. Ireland
14. Iceland
15. Austria
16. Belgium
17. United States
18. France
19. Singapore
20. Slovenia
21. Sepanyol
22. Jepun
23. Hong Kong
24. Malta
25. Portugal
Kesimpulan
Sebaik manapun ekonomi sesebuah negara, seseronok manapun sesebuah negara, akhirnya Malaysia juga di dalam hati kita. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri. Kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur kerana negara ini masih aman, makmur dan harmoni walaupun rakyatnya terdiri dari berbilang kaum.
Anda pergilah berjalan atau melancong ke mana pun. Ke Jepun, London atau ke Brazil. Di rumah sendiri juga anda akan berasa seronok untuk buang air besar. Kan?
Sumber & Bahan Bacaan Tambahan: