tong sampah comel di tokyo jepun

Di kebanyakan negara, tong sampah adalah satu keperluan penting yang mudah didapati sehinggakan kita boleh pula mengadu sekiranya tong sampah tidak disediakan oleh pihak berkuasa. Tong sampah selalunya diletakkan di tempat yang mudah didapati serta dalam kuantiti yang banyak bagi memudahkan orang ramai membuang sampah. Itu adalah amalan yang diamalkan di majoriti negara seluruh dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kecuali di Tokyo khasnya.

Di Tokyo, amalan yang mereka amalkan jauh berbeza dengan masyarakat lain di seluruh dunia, di mana rakyat mereka telah biasa mengumpulkan dahulu sampah yang perlu mereka buang dalam plastik atau bungkusan sendiri, kemudian membawanya ke mana-mana terlebih dahulu, sebelum membuangnya di tong sampah yang amat sukar untuk dijumpai.

Mengapakah perkara ini berlaku?

Serangan gas sarin di Tokyo 1995

tokyo selepas serangan gas sarin

Sebagai salah sebuah negara maju, sudah pastilah kekurangan (atau ketiadaan) tong sampah awam di Tokyo bukan diakibatkan kekurangan bajet untuk mengurus atau menyelia. Ketiadaan tong sampah ini memang disengajakan.

Ini semua berpunca daripada serangan gas sarin yang berlaku pada tahun 1995.

Pada tahun tersebut, 5 orang ahli kumpulan ajaran sesat Aum Shinrikyo bertindak dalam satu operasi untuk melepaskan gas sarin sebagai amaran kepada kerajaan Jepun ketika itu.

Dengan menyamar sebagai penumpang keretapi bawah tanah, setiap 5 orang anggota Shirinkyo dikehendaki memegang beg plastik berisi sarin dan bentuk cecair. Mereka dibekalkan dengan payung yang muncungnya sudah ditajamkan dengan tujuan untuk dijadikan alat menyucuk plastik itu bila serangan hendak dimulakan.

patung micheal jackson dibuang di tokyo

Itulah yang berlaku apabila kelima-lima individu itu bertindak menjatuhkan plastik itu secara senyap, sebelum membocorkannya dan mereka pun beredar di stesen yang telah ditetapkan, sambil pemandu yang ditugaskan sudahpun menunggu mereka.

Sarin mempunyai sifat cukup pantas mengewap. Setelah didedahkan kepada udara, sarin dalam bentuk cecair dengan cepat bertukar menjadi gas kemudian disebarkan ke udara. Gasnya juga tidak mempunyai bau jadi mereka yang terhidunya berkemungkinan besar tidak mampu menyedari kehadiran gas tersebut.

Kejadian yang menyebabkan 12 orang meninggal dan lebih 5000 orang cedera itu menyebabkan masyarakat Jepun mahukan kawalan keselamatan yang lebih ketat diperkenalkan di negara mereka, bagi menghalang kejadian sama berulang lagi.

Pembentukan budaya baru

tong sampah di jepun

Salah satu langkah yang diperkenalkan adalah dengan hanya meletakkan tong sampah di kawasan-kawasan tertentu, bagi mengelakkan pengganas mampu menyembunyikan bahan beracun mereka di dalamnya. Kesemua tong sampah yang selama ini disediakan dilupuskan. Memang amat sukar sekali untuk menjumpai tong sampah awam di Tokyo.

Di mana ada tong sampah? Tong sampah kebiasaanya disediakan di pasar mini yang digelarkan 'konbini' seperti 7-Eleven atau Family Mart bagi kawasan bandar (kedua-duanya dibuka di negara kita). Bagaimanapun, tong sampah yang ada di situ selalunya dikhaskan untuk pelanggan konbini sahaja.

tong sampah lama yang masih belum dibuang tokyo

Perubahan paling besar yang berlaku di Tokyo selepas tindakan itu adalah kurangnya jumlah sampah yang dibuang oleh orang ramai. Masyarakat Jepun sebenarnya sama saja macam orang lain, dulu semasa wujud kemudahan tong sampah, mereka tidak menghiraukan sama ada tong sampah itu penuh atau tidak, janji mereka buang. Ini menyebabkan masalah tong sampah penuh berlaku sama seperti di negara-negara lain, yang memerlukan pengurusan setiap masa.

Tindakan melupuskan tong sampah awam seterusnya memulakan budaya baru di mana masyarakat Jepun mendapati kesukaran setiap kali mahu membuang sampah, sehinggakan mereka mula membawa sendiri bungkusan yang boleh digunakan untuk mengumpulkan sampah setiap kali keluar.

Semuanya bermula daripada kemahuan masyarakat

sampah di jepun diasing ikut kategori

Oleh kerana itu, tidak menghairankan penduduk Jepun mampu membentuk budaya membawa plastik sendiri, mengumpulkan sampah yang perlu dibuang dan membawanya ke mana saja selagi mereka tidak ada tempat untuk melupuskannya.

Selain itu masyarakat Jepun mula menyerapkan budaya kitar semula yang mereka amalkan sekian lama bagi membantu ketiadaan tong sampah ini. Mesin kutipan layan diri untuk sampah disediakan mengikut kategori yang mampu menjadi tempat masyarakat Jepun melupuskan sampah.

Perkara ini mudah menjadi budaya Jepun kerana amalan kitar semula yang mereka amalkan sudah menyediakan mentaliti masyarakat mereka menyokong langkah drastik ini. Selain itu, masyarakat Jepun juga memandang serong tabiat makan atau minum di tempat awam seperti yang kerap diamalkan di negara lain. Secara majoriti, masyarakat Jepun percaya apabila seseorang itu makan dan minum, dia akan melakukannya di tempat yang sesuai. Jadi tidak banyak keperluan untuk menyediakan tong sampah di merata-rata tempat.

gundam bandar tokyo tiada tong sampah

Bagaimanapun, janganlah ingat tidak ada orang Jepun yang gemar membuang sampah merata-rata. Masalah ini tetap ada dengan individu-individu nakal gemar membuang sampah mereka dalam bakul basikal orang lain atau ada juga yang membuang di Sungai Sumida, seperti yang digambarkan dalam gambar di atas.

Bagi tempat-tempat di luar Tokyo pula di mana tong sampah tetap ada disediakan, masalah yang biasa kita lihat di negara tetap berlaku - jadi usahlah terlalu merasakan diri kita ini teruk benar ya rakyat Malaysia?




Hakcipta iluminasi.com (2017)