Oleh pada 19 Apr 2018 kategori

Jepun bukan sahaja negara yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk dijadikan lokasi pelancongan sepanjang tahun, malah oleh penduduk di seluruh dunia.

Antara tarikan utama di Jepun adalah adat dan budaya yang dimiliki, teknologi canggih dan pelik yang tak ada di negara lain, serta tempat-tempat yang sangat indah dan menarik.

Bagi yang tak pernah menjejakkan kaki di negara matahari terbit ini, iluminasi.com ingin kongsikan 8 lokasi yang wajib dilawati jika anda mengunjungi negara ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Hotel air panas

tsuru no you onsen 8 lokasi wajib dilawati di jepun

Jika anda seorang yang suka bersantai, anda perlu pertimbangkan untuk menempah penginapan di "Onsen Ryokan", yang merupakan sebuah hotel musim panas. Pulau Jepun terletak di lereng gunung berapi, jadi terdapat lebih daripadaa 27,000 mata air panas di seluruh negara, dengan 3,085 pondok air panas.

Mata air panas Jepun sangat terkenal dengan sifat "penyembuhan" nya. Ada juga yang mendakwa bahawa air panas ini membershikan kulit dan melambatkan penuaan. Di sini, terdapat kedua-dua gaya moden dan tradisional hotel onsen untuk dipilih daan tak kira di mana pun yang anda pergi, anda pasti akan jumpa onsen ryokan berdekatan.

Terdapat kolam yang dikongsi antara lelaki dan wanita, juga terdapat kolam untuk lelaki atau wanita sahaja. Dan jika anda inginkan privasi untuk keluarga anda, anda boleh bayar lebih untuk menempah kolam peribadi.

Dan anda harus mandi sebelum masuk ke dalam kolam, dan tidak dibenarkan memakai tuala ketika berendam dalam kolam air panas. Rambut juga harus diikat supaya tidak terendam dalam air ini.

2. Gunung Fuji

gunung fuji 8 lokasi wajib dilawati di jepun

Bagi mereka yang sukakan pengembaraan, anda wajib untuk melawat ke Gunung Fuji yang berketinggian 3,775 meter.

Namun anda perlu merancang perjalanan anda terlebih dahulu kerana laluan-laluan di gunung ini hanya dibuka dari bulan Julai hingga September sahaja. Ia adalah kerana faktor cuaca yang menjadi sangat sejuk di punca,

gunung fuji 8 lokasi wajib dilawati di jepun 2

Jika anda menghabiskan masa 1 hari di sini, anda boleh mendaki hingga ke stesen ke-5, yang mengambil masa 12 jam pendakian.

Jika anda mahukan lebih lagi, anda boleh menempah penginapan berhampiran puncak gunung di mana anda boleh melihat matahari terbit. Tapi ingat, untuk mendaki hingga ke puncak Gunung Fuji ini memerlukan masa 24 jam.

Jika anda tak bersedia untuk menjelajah hingga ke puncak, anda masih boleh bergambar dari jarak jauh. Salah satu lokasi paling popular untuk bergambar di sini adalah di Gotemba Peace Park di Gotemba City, yang dibuka sepanjang tahun.

3. DisneySea Tokyo

disneysea tokyo 8 lokasi wajib dilawati di jepun 2

Tokyo merupakan antara bandar-bandar yang mempunyai taman tema Disneyland sendiri. Pada tahun 2001, sebuah taman tema baru dibuka di Tokyo yang diberi nama DisneySea Tokyo.

Dengar nama pun anda sudah boleh jangkakan ia merupakan taman tema akuatik yang terdapat banyak permainan air yang sangat sesuai menjadi lokasi percutian musim panas. 

disneysea tokyo 8 lokasi wajib dilawati di jepun 3

Taman tema ini mempunyai bahagian-bahagian yang bertemakan filem Disney termasuklah The Little Mermaid, Finding Nemo dan 20,000 Leagues Under the Sea. Taman tema ini pasti akan membuatkan kanak-kanak tak mahu pulang, dan juga boleh dilawati oleh orang dewasa juga.

Ramai yang menggelarkan DisneySea Tokyo sebagai taman tema paling best di dunia, namun anda harus lawati sendiri untuk mengetahui kebenarannya.

4. Akihabara dan Harajuku

akihabara dan harajuku 8 lokasi wajib dilawati di jepun 2

Jika anda tak bercadang untuk ke tempat lain dan hanya akan menghabiskan banyak masa di Tokyo, Akihabara dan Harajuku adalah dua daerah membeli-belah utama di Tokyo.

Akihabara aldalah impian bagi setiap peminat anime di mana jalan-jalannya dipenuhi dengan kedai-kedai besar yang penuh dengan cosplay, anime, manga dan produk elektronik. Ia adalah pemandangan biasa untuk melihat ramai orang memakai cosplay di jalanan. 

Bagi anda yang tak meminati anime, Harajuku adalah wilayah fesyen dan tempat paling sempurna untuk anda membeli pakaian yang tak dapat di mana-mana tempat di dunia. Ia dipenuhi dengan kedai berjenama mewah dan juga kedai murah yang menjual pakaian dan aksesori terpakai. 

akihabara dan harajuku 8 lokasi wajib dilawati di jepun

Di kedua-dua wilayah ini juga terdapat pelbagai jenis pilihan hiburan seperti persembahan konsert live dan kafe yang bertema. Tak cukup dengan itu, kebanyakan daripada kedai di sini tidak dikenakai cukai.

5. Menara Tokyo dan SkyTree

menara tokyo dan skytree 8 lokasi wajib dilawati di jepun 2

Dibina pada tahun 1950an sebagai antena untuk siaran TV, Menara Tokyo adalah antara salah satu tarikan pelancongan paling terkenal di Jepun. Rekabentuknyaa diilhamkaan oleh Menara Eiffel dan ia bernyala pada waktu malam, sama seperti di Perancis.

Pelancong yang mengunjungi menara ini mendaki hingga ke puncak menara setiap hari. Namun, ia bukannlah titik tertinggi di Tokyo.

menara tokyo dan skytree 8 lokasi wajib dilawati di jepun

Menara tertinggi di Tokyo adalah SkyTree. Kedua-dua menara ini memberikan pemandangan dari atas awan Tokyo yang luar biasa, dan SkyTree juga mempunyai pusat membeli-belah sendiri serta akuariaum.

Perlu diingat, tiket bagi kedua-dua menara ini agak mahal dan barisan boleh menjadi tersangat panjang. Jika anda ingin melihat bandar Tokyo dari awan tanpa perlu menunggu, anda boleh melawat Taman Shiba.

6. Istana Matsumoto

istana matsumoto 8 lokasi wajib dilawati di jepun

Membeli-belah dan melawat taman hiburan sememangnya seronok, namun bagi sesetengah orang yang menggemari sejarah, mereka inginkan sesuatu yang lebih tradisional. Istana Matsumomo adalah salah satu lokasi terbaik bagi golongan ini yang merupakan antara istana terakhir yang masih wujud di Jepun.

Istana ini dibina pada tahunn 1500-an dan menempatkan 23 tamadun feudal yang berbeza sepanjang hayatnya.

istana matsumoto 8 lokasi wajib dilawati di jepun 2

Waktu paling popular untuk melawat istana ini adalah pada musim bunga kerana bunga ceri di sekeliling istana yang mekar sepenuhnya ini adalah sangat cantik.

Bahagian dalam istana ini diubah menjadi muzium yang mempamerkan senjata yang digunakan dalam pertempuran yang berlaku di perkarangan istana.

7. Pulau Kucing

pulau kucing 8 lokasi wajib dilawati di jepun 2

Bagi yang sukakan kucing, anda wajib untuk mengambil feri untuk ke sebuah pulau kecil Jepun yang dikenali sebagai Tashirojima.

Pulau yang mempunyai panjang hampir 2 kilometer ini mengalami penurunan penduduk daripada sekitar 1,000 kepada 85 orang yang mana 70 daripadanya adalah warga emas. Spesis dominan yang hidup di pulau ini adalah kucing yang berjumlah lebih daripada 100 ekor.

pulau kucing 8 lokasi wajib dilawati di jepun

Oleh sebab itu, pulau ini mendapat nama samarannya, "Pulau Kucing". Anda harus menaiki feri selama 50 minit dengan tambang sebanyak 2,600 yen (RM94) untuk sampai ke sini. Pulau Kucing ini tidak pernah dijangkakan akan menjadi lokasi pelancongan. Kucing-kucing ini pada asalnya ditugaskan untuk mengurangkan populasi tikus di sini.

Penduduk tempatan pulau ini menganggap kucing membawa tuah sehinggakan ada "kuil" kucing di sini. Semua penduduk di sini mengambil tanggungjawab untuk bersama-sama menjaga kucing, jadi tak hairanlah Tashirojima mempunyai dasar "tidak dibenarkan membawa kucing" yang ketat.

8. Fushimi Inari

fushimi inari 8 lokasi wajib dilawati di jepun 2

Antara salah satu lokasi paling ikonik untuk dilawati di Jepun adalah Kuil Fushimi Inari, di Kyoto Selatan. Dalam agaman Shinto, Inari adalah tuhan beras dan dikatakan bahawa dia mengunggunakan rubah sebagai utusannya.

Bahagian yang paling menakjubkan dan ikon Fushimi Inari adalah beribu-ribu gerbang torii berwarna merah, yang membawa pengunjung ke puncak Gunung Inari.

fushimi inari 8 lokasi wajib dilawati di jepun

Tempoh 2 hingga 3 jaam diperlukan untuk mendaki, tetapi terdapat banyak tempat untuk berhenti dan mengagumi pelbagai patung rubah di sekitar, dan boleh singgah makan di sepanjang perjalanan. Jika anda sampai ke puncak, anda akan mendapat ganjaran pemandangan Kyoto yang menakjubkan.

Rujukan:

1. Boutique Japan

2. Must See Japan

3.  CNN




Hakcipta iluminasi.com (2017)