Selain kereta dan pesawat, helikopter juga merupakan antara jentera yang mampu mencecah harga yang tersangat tinggi. Helikopter adalah sejenis pengangkutan yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pengendalian kargo, kerja mencari dan menyelamat, perubatan dan ketenteraan, pengangkutan dan juga pemerhatian dari udara.

Ia juga menjadi cara bagi orang kaya dan ternama untuk bergerak ke sesuatu tempat dan sampai ke destinasi dengan lebih cepat. Kali ini iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 5 model helikopter yang paling bernilai di atas muka bumi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Bell 525 Relentless - RM59.1 juta

bell 525 relentless helikopter paling mahal di dunia 2

Bell 525 adalah hasil rekaan yang menjadi kebanggaan syarikat pengeluar helikopter Amerika Syarikat, Bell Helicopters. Ia merupakan helikopter bersaiz sederhana dibina menggunakan logam berkomposisi khas yang mampu mencapai kelajuan 306 kilometer sejam dan kelajuan pelayaran 287 kilometer sejam dengan jarak maksimum 926 kilometer.

Bell 525 dikuasakan oleh sepasang enjin GE CT7-2F1 Turboshaft dan mempunyai 5 bilah kipas. Ia mampu membawa 16 penumpang dalam satu-satu masa termasuk 2 anak kapal. Dengan kos mencecah RM59.1 juta, Bell 525 adalah helikopter ke-5 termahal di dunia.

4. Airbus AS332 L1e VIP Super Puma - RM61 juta

airbus as332 l1e vip super puma helikopter paling mahal di dunia 2

Berada di tangga ke-4 senarai helikopter paling mahal di dunia adalah Airbus AS332 L1e VIP Super Puma dengan harga mencecah RM61 juta seunit. Helikopter berenjin kembar dan bersaiz sederhana ini mempunyai 4 bilah kipas utama.

Pada asalnya ia dihasilkan oleh syarikat AĆ©rospatiale dari Perancis, dan kemudiannya oleh Eurocopter dan dijenamakan semula menjadi Airbus Helicopters. Mula dihasilkan pada tahun 1978, AS332 digunakan oleh Tentera Udara Perancis dan Tentera Udara Sepanyol.

Ia mampu mencapai kelajuan maksiumum 277 kilometer sejam dan kelajuan pelayaran 247 kilometer sejam, dengan jarak maksimum 841 kilometer. AS332 berkapasiti 24 penumpang termasuk pembantu.

3. Sikorsky S-92 - RM69.8 juta

sikorsky s 92 helikopter paling mahal di dunia 2 567

Helikopter Sikorsky S-92 berenjin kembar ini adalah helikopter sederhana yang dibina oleh Sikorsky Aircraft, syarikat berpangkalan di Connecticut, Amerika Syarikat utuk tujuan sivil dan ketenteraan. S-92 mempunyai bingkai aluminium lengkap dan 4 bilah pemutar untuk mengurangkan bunyi dan getaran.

Helikopter ini versi ketenteraan diberi nama H-92 Superhawk dan juga terdapat model lain yang diberi nama VH-92 yang digunakan oleh Polis Marin Amerika Syarikat, yang membawa presiden AS. S-92 melakukan penerbangan pertama pada 23 December 1998 dan diperkenalkan kepada dunia pada tahun 2004.

Helikopter yang berharga RM69.8 juta seunit dihasilkan sebanyak lebih daripada 200 unit yang mana juga digunakan oleh syarikat perkhidmatan helikopter seperti CHC Helicopter , Bristow Helicopters, Cougar Helicopters dan Irish Coast Guard.

Kelajuan maksimum mampu dicapai oleh S-92 adalah 306 kilometer sejam dan kelajuan pelayaran 280 kilometer sejam, dengan jarak maksimum 999 kilometer.

2. AgustaWestland AW101 - RM82.75 juta

agustawestland aw101 helikopter paling mahal di dunia 2 346

AgustaWestland AW101 adalah sebuah helikopter sederhana yang diperkenalkan kepada pasaran menjelang tahun 1999 oleh syarikat AgustaWestland. AgustaWestland adalah kerjasama di antara dua buah syarikat iaitu Westland Helicopters dari United Kingdom dan Agusta dari Itali sebagai respons kepada keperluan negara terhadap helikopter utiliti tentera laut moden.

AW101 digunakan secara meluas oleh pasukan tentera di seluruh dunia. Antaranya termasuklah Tentera Laut Diraja dan Angkatan Udara Amerika Syarikat, Tentera Laut Itali, tentera di Denmark, Norway, Portugal dan beberapa buah negara Eropah yang lain. 

Helikopter kedua termahal di dunia dengan harga mencecah RM82.75 juta seunit ini mampu mencapai kelajuan maksimum 309 km/jam (kelajuan pelayaran 278 km/jam), dengan jarak maksimum 833 kilometer dan penerbangan selama 5 jam.

1. Airbus H225 Super Puma - RM106.4 juta

airbus h225 super puma helikopter paling mahal di dunia 2

Helikopter pengangkutan jarak jauh enjin berkembar ini adalah helikopter yang paling mahal di dunia. Ia dihasilkan oleh Eurocopter sebagai generasi seterusnya dalam keluarga Super Puma. Airbus H225 Super Puma mampu membawa sehingga 24 orang penumpang bersama dua anak kapal dan seorang pembantu kabin dalam satu-satu masa.

Ia pada mulanya diberi nama Eurocopter EC725 namun pada tahun 2015, namanya ditukarkan kepada H225, sejajar dengan penjenamaan korporat Eurocopter sebagai Helikopter Airbus. Ia dipasarkan untuk sokongan luar pesisir (offshore) dan tugas pengangkutan penumpang VIP termasuk misi perkhidmatan awam.

Sebanyak 170 unit dihasilkan yang mana setiap satunya bernilai RM106.4 juta. H225 mampu mencapai jarak 857 kilometer dan mempunyai kelajuan maksimum 275.5 kilometer sejam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)