Umum tahu bahawa madu adalah antara makanan paling berkhasiat di dunia dan juga merupakan antara salah satu makanan yang digemari Nabi Muhammad S.A.W.

Ia mempunyai pelbagai khasiat termasuklah sumber antioksidan yang baik, melegakan sakit tekak dan membantu masalah pencernaan.

Dan salah satu madu yang paling terkenal sudah tentunya madu Manuka dan harga madu asli ini boleh mencecah harga RM4,100 sekilogram, beratus kali ganda harga madu biasa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Persoalannya, mengapa madu Manuka tersangat mahal?

pokok manuka

Manuka madu terkenal sebagai dengan rasa yang lebih diperkaya dan lebih likat daripada kebanyakan madu lain.

Ia berasal dari nektar bunga Leptospermum scoparium yang juga dikenali sebagai Manuka.

Bunga ini berasal dari New Zealand dan Manuka adalah perkataan Maori, orang asli Polinesia daratan New Zealand.

Antara salah satu sebab mengapa madu Manuka dianggap sangat premium kerana ia berasal dari New Zealand.

madu manuka sangat mahal 2

Walaupun berasal dari New Zealand, pokok Manuka tidak begitu banyak dan biasanya tumbuh meliar di tanah pertanian di altitud tinggi dan menyukarkan akses kepada pemelihara lebah untuk melakukan pembungkusan.

Lebah-lebah menempuh perjalanan sejauh kira-kira 6 kilometer untuk mengumpulkan madu ini dan madu ini mewakili persekitaran New Zealand yang sangat unik.

Malah, tumbuhan dan madu ini tersangat jarang ditemui di mana ia hanya mewakili 1% daripada seluruh madu yang ada di dunia.

Bukan sahaja tugas untuk mengumpulkan madu madu ini sangat sukar, malah tempoh menuai yang singat juga menjadikan madu ini tersangat mahal.

Ini kerana bunga Manuka mekar dalam tempoh yang pendek iaitu sekitar 2 hingga 8 minggu sahaja dalam setahun.

mengapa madu manuka sangat mahal

Oleh kerana pokok Manuka agak "manja", keadaan cuaca dapat mempengaruhi dan membatasi masa bunga Manuka mekar yang menjadikan jumlah hasil sangat terhad untuk tahun-tahun cuaca buruk.

Dalam kata mudah, jumlah hasil madu Manuka juga bergantung kepada nasib.

Jika tidak bernasib baik, pemelihara lebah mungkin langsung tidak mendapatkan hasil untuk beberapa tahun dan ada yang terpaksa menggunakan helikopter untuk mengutip madu ini.

Walaupun tumbuhan Manuka ini juga boleh ditemui di Australia, namun New Zealand menyumbang hampir keseluruhan pengeluaran dunia dengan eksport bernilai RM 851 juta dan dijangka meningkat empat kali ganda menjadi RM 3.3 bilion menjelang tahun 2028.

Madu New Zealand dilindungi oleh standard kualiti yang melindungi sifat istimewa Manuka.

Oleh kerana harganya yang tersangat mahal, pastinya ada pihak tidak bertanggungjawab yang akan cuba untuk meniru atau menipu berkenaan dengan madu Manuka.

ujian ke atas madu manuka

Jadi, kos yang sangat tinggi digunakan untuk melindunginya yang melibatkan kajian untuk memastikan ianya unik dan dari New Zealand. Malah, kerajaan New Zealand sendiri telah menetapkan standard untuk menentukan sama ada madu itu adalah madu Manuka atau tidak.

Manuka Honey dikenakan syarat ujian yang sangat ketat oleh Kerajaan New Zealand.

Ujian yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Industri Utama Australia ini memastikan bahawa madu Manuka yang dieksport dari New Zealand telah diuji untuk memenuhi dan mengandung tahap minimum penanda kimia tertentu.

Ia juga menentukan sama ada ia adalah madu Manuka monofloral atau berbilang bunga.

Sebagai tambahan kepada keperluan ujian kerajaan tahap pertama, anggota Persatuan Madu Manuka Factor Unik (UMFHA) dikenakan syarat ujian tambahan dan penilaian untuk memenuhi standard yang lebih tinggi lagi.

Ujian ini memberi keyakinan tambahan kepada pengguna bahawa madu Manuka yang mereka beli adalah madu Manuka New Zealand asli dengan ketulenan dan kualiti tertinggi.

Ini dipaparkan pada label balang sebagai nombor dan ikon penggredan UMF seperti yang ditunjukkan dalam contoh untuk Manuka Honey UMF 10+ di bawah.

simbol ketulenan madu manuka

Jadi bagaimana sistem penilaian ini berfungsi dan apa sebenarnya yang dicari-cari dalam madu Manuka?

"Sebagai standard, kami akan menguji tiga sebatian iaitu dihydroxyacetone yang dikenali sebagai DHA, methylglyoxal juga dikenali sebagai MgO dan hydroxymethylfurfural atau HMF," kata Dr. Adrienne Charlton dari Fera Science, sebuah makmal di utara England di mana Manuka madu diuji.

Ini adalah ujian-ujian asas yang dilakukan bagi memastikan bahawa madu Manuka mengandungi ciri-ciri antimikroba yang diharapkan pengguna. Malah, mereka bukan sahaja dapat mengesannya ciri-ciri ini tetapi juga dapat mengukur kepekatannya.

Hal ini dilakukan dengan menggunakan cahaya UV untuk mengesan panjang gelombang sebatian tertentu di mana setiap sebatian mempunyai sifat yang sedikit berbeza.

Malah, terdapat satu lagi ujian yang melibatkan sebatian Leptosperin, yang merupakan penanda kepada nektar Leptospermum scoparium.

madu manuka sangat mahal

Penanda ini adalah kaedah terbaik untuk mengenal pasti madu Manuka yang asli kerana wujud secara unik di nektar bunga Manuka.

Dengan adanya ujian ini, pihak makmal dapat mengesan madu ini sehingga ke tempat asalnya.

Faktor lain yang menyumbang kepada lonjakan harga madu Manuka adalah disebabkan oleh penggunaannya dalam produk kesihatan dan kecantikan.

Sifat antibakteria dan anti-radang madu Manuka ini dikatakan dapat menyuburkan kulit dan ia juga boleh membantu mengatasi masalah jerawat serta kecacatan pada kulit.

Oleh kerana ia sangat popular dan mahal, permintaan yang tinggi membuatkan pihak polis New Zealand menerima laporan berlakunya kecurian sarang lebah atau madu itu sendiri, malah lebah-lebah diracun.

Rujukan:

1. New Zealand Honey

2. Binsider

3. Comvita




Hakcipta iluminasi.com (2017)