Helikopter adalah antara aset yang sangat diperlukan dalam pasukan tentera di seluruh dunia. Mereka boleh membuat atau mematahkan semua jenis operasi ketenteraan dengan menyediakan pengangkutan dan bekalan logistik ke kawasan yang sukar dijangkau.

Walaupun tidak bergerak selaju jet pejuang yang boleh melancarkan serangan terhadap musuh, helikopter membantu pasukan tentera melakukan navigasi ke kawasan yang sukar diakses dan membantu menghantar bekalan logistik seperti senjata dan makanan walaupun dalam keadaan cuaca yang paling teruk.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Oleh itu, seberapa besarkah helikopter yang pernah dibina? Mari kita lihat 7 helikopter terbesar di dunia dan ketahui ciri-ciri menarik padanya yang membezakannya daripada helikopter yang lain di pasaran.

7. Changhe Z-18

changhe z 18 296

Changhe Z-18 adalah helikopter pengangkutan bersaiz sederhana yang dibangunkan oleh Changhe Aircraft Industries Corporation (CAIC) untuk menggantikan model sebelumnya Harbin Z-8, di mana keupayaan enjin dan kecekapan penggunaan bahan bakarnya telah dipertingkatkan. 

Z-18 juga mampu terbang dengan lebih efisien pada ketinggian yang lebih tinggi berbanding Harbin Z-8. Ia juga dilengkapi dengan sistem pendaratan instrumen penerbangan elektronik. Pada Januari 2018, helikopter ini secara rasminya telah diterima pakai oleh pasukan tentera China untuk kegunaan rasmi mereka. 

6. H225M

640px eurocopter ec 725 cougar mkii

H225M dicipta untuk memenuhi keperluan Tentera Udara Perancis untuk misi pencarian dan penyelamat tempur. Ia dibina oleh Eurocopter (sekarang dikenali sebagai Airbus Helicopters) dan secara formal diklasifikasikan sebagai helikopter pengangkutan taktikal jarak jauh pelbagai peranan.

Di samping fungsinya yang serbaguna, helikopter ini juga mempunyai kebolehan unik untuk dilengkapi dengan pelancar roket. Bagi yang tidak tahu, H225M berfungsi sebagai aset penting dalam pasukan tempur Perancis, Brazil, Mexico, Malaysia, Indonesia, Kuwait dan Thailand.

5. Mi-38

mi 38

Awalnya dibangunkan oleh Moscow Helicopter Plant, pesawat serbaguna ini bertujuan untuk digunakan baik dalam pengangkutan penumpang dan kargo serta misi kecemasan dan penyelamat. Bahagian dalamnya yang luas juga dapat mengangkut bekalan perubatan yang sangat diperlukan dan beroperasi sebagai hospital bergerak.

Direka untuk menggantikan Kazan Mi-17, Mi-38 sedang dalam proses disahkan untuk kegunaan awam dan tentera. Hampir 1 bilion rubel telah dibelanjakan untuk proses pensijilan keselamatan. Helikopter ini mempunyai kepanjangan 19.6596 meter.

4. V-22 Osprey

v 22 osprey

Bell Boeing V-22 Osprey adalah pesawat ketenteraan multi-misi Amerika, tiltrotor dengan keupayaan vertical takeoff and landing (VTOL) dan keupayaan short takeoff and landing (STOL). Ia dibangunkan untuk menggabungkan fungsi helikopter konvensional dengan prestasi penerbangan jarak jauh berkelajuan tinggi.

Helikopter ini mula digunakan pada tahun 1988 dan masih digunakan sehingga kini. V-22 Osprey dapat mencapai kelajuan hingga dua kali ganda helikopter normal dan dapat menampung 24 orang pasukan tempur untuk diangkut. Helikopter ini mempunyai kepanjangan 17.48 meter.

3. CH-47F Chinook

ch 47f chinook

Berada di antara helikopter negara Barat yang paling berat, Boeing CH-47F Chinook dilengkapi dengan pelbagai ciri baru dan lebih baik seperti sistem kawalan digital canggih yang dioptimumkan untuk keadaan cuaca buruk. Ia menjadi helikopter pilihan untuk Angkatan Darat AS kerana kekuatan dan kemampuannya bergerak.

Helikopter ini dibangunkan oleh syarikat rotorcraft Amerika, Vertol dan dihasilkan oleh Boeing Vertol (kemudian dinamakan semula sebagai Boeing Helicopter dan kini dinamakan Boeing Rotorcraft Systems). Helikopter ini mempunyai kepanjangan 30.1244 meter

2. CH-53K King Stallion

ch 53k king stallion

Direka untuk ketahanan, Sikorsky CH-53K King Stallion adalah model terbaru dalam siri CH-53. Helikopter ini adalah reka bentuk semula CH-53E Super Stallion, yang menampilkan kokpit yang lebih besar, enjin lebih berkuasa dan daya angkat dua kali ganda. Helikopter ini mempunyai kepanjannngan 30.1879 meter.

Helikopter ini merupakan helikopter terbesar dan terberat milik tentera Amerika Syarikat. Pihak tentera AS dijangka akan menerima 200 buah unit helikopter ini dengan kos keseluruhannya dijangka menjangkau sekitar $25 bilion.

1. Mil Mi-26 

mil mi 26 430

Gelaran helikopter terbesar di dunia kini dipegang oleh Mil Mi-26. Helikopter milik Russia ini sudah beroperasi di lapangan sejak tahun 1977. Helikopter ini mempunyai kepanjangan 40.025 meter, tinggi 8.145 meter dan dikendalikan oleh 5 orang krew.

Helikopter pengangkutan serbaguna berat ini dibina untuk mengangkut peralatan dan kargo yang sangat berat ke kawasan terpencil yang tidak dapat diakses oleh pesawat lain. Mil Mi-26 mempunyai dua mesin turbin yang kuat yang menggerakkan rotor lapan bilah, menjadikannya cukup kuat untuk mengangkat helikopter, pesawat udara dan trak tentera yang lain.

Kredit:

  1. Aero Corner
  2. Wikipedia
  3. New Atlas



Hakcipta iluminasi.com (2017)