Tahukah anda bahawa pes hijau yang anda makan selama ini bersama-sama sushi bukanlah wasabi yang sebenar?

Semak bahan-bahan pada paket tersebut dan anda akan dapat lihat ia merupakan gabungan sorbitol (pemanis), lobak pedas dan mungkin peratusan kecil wasabi sebenar.

Wasabi sebenar sangat sukar untuk ditemui dan harganya boleh mencecah RM1,000 sekilogram. Jadi, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan wasabi dan mengapa ia sangat mahal?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Wasabi adalah tumbuhan hijau kecil dalam keluarga Brassica yang bermakna ia mempunyai kaitan dengan banyak tumbuhan murah dan mudah didapati seperti lobak pedas, kubis dan brokoli.

wasabi hanya tumbuh secara semula jadi di jepun

Namun, tak seperti tumbuhan-tumbuhan ini, ia tersangat mahal dan boleh mencapai harga 25 kali ganda berbanding lobak pedas segar.

Dan sebab utama bagi harga yang sangat mahal ini adalah kerana proses penanamannya. Wasabi terkenal sebagai tanaman yang paling sukar untuk ditanam secara komersial di dunia.

Satu-satunya tempat di dunia di mana ia boleh ditemui tumbuh secara semula jadi adalah di sepanjang sungai gunung Jepun di mana kawasan ini mempunyai keadaan yang sangat spesifik perlu berkembang maju.

Wasabi memerlukan bekalan mata air yang berterusan.

Ia sukakan kawasan yang rendang dan tanah berbatu serta hanya boleh tumbuh dengan suhu sekitar 8 hingga 20 darjah celcius sepanjang tahun.

Kelembapan yang terlalu tinggi atau mineral yang salah juga boleh menyebabkan masalah untuk tumbuhan ini. Malah, ia mudah terdedah kepada haiwan perosak dan penyakit.

wasabi perlukan sumber mata air berterusan

Walapun wasabi kebanyakannya tumbuh dan ditanam di Jepun, The Wasabi Company adalah syarikat pertama yang menanam tumbuhan ini secara komersial di Eropah.

Apabila kesemua syarat-syarat untuk menanam wasabi dipenuhi, ia masih memerlukan masa yang lama iaitu 18 bulan sebelum boleh dituai.

Malah, proses ini memakan masa yang sangat lama kerana semuanya harus dilakukan menggunakan tangan. Tiada mesin yang boleh digunakan untuk menuainya.

Mesti anda tertanya-tanya apakah rasa wasabi yang sebenar dan adakah ia berbeza dengan pes yang biasa kita makan?

Menurut mereka yang pernah merasa wasabi sebenar, ia mempunyai rasa yang lembut, manis dan semulajadi serta sangat berbeza dengan pes wasabi. 

proses memarut wasabi

Terdapat satu lagi sebab mengapa anda jarang menjumpai produk wasabi di pasar raya atau restoran. Rempah wasabi berasal daripada tindak balas kimia yang berlaku apabila anda memecahkan sel-selnya tetapi tindak balas ini adalah sangat singkat. 

5 minit selepas anda memarus wasabi, rasa pedas wasabi akan memuncak dan jika ia dibiarkan selama 30 minit, hampir kesemua rasanya akan hilang.

Dan walaupun wasabi segar adalah wasabi yang sebenar, namun pes wasabi atau wasabi diproses dilihatkan akan terus digunakan. Sebaik sahaja anda dapat merasa wasabi sebenar, anda akan memahami perbezaannya.

Rujukan:

1. Business Insider

2. First We Feast

3. Bustle




Hakcipta iluminasi.com (2017)