Menjadi seorang pereka bentuk bangunan atau arkitek bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai perlu diambil kira dalam menghasilkan sesuatu reka bentuk, ditambah pula dengan ciri-ciri yang dikehendaki oleh klien-klien yang cerewet.

Seni bina moden telah membawa kepada pembinaan banyak bangunan yang menakjubkan di dunia. Dengan bentuk yang unik, reka bentuk yang futuristik, bahan-bahan yang baru dan gaya terkini memberikan nafas baru kepada industri pembinaan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Disebalik bangunan-bangunan baru, terdapat banyak bangunan-bangunan lama yang mempunyai reka bentuk yang sangat aneh dan sukar untuk dihadam, dan iluminasi.com ingin kongsikan dengan pembaca antara 5 bangunan dengan reka bentuk yang paling aneh dan pelik di dunia.

5. La Pedrera - Sepanyol

la pedrera bangunan paling aneh dan pelik di dunia

Bangunan yang direka oleh arkitek dari Catalan, Antoni Gaudi di antara tahun 1906 hingga 1912 ini juga dikenali sebagai Casa Mila. Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab ke atas pembinaan gereja La Sagrada Familia yang masih dalam pembinaan setelah hampir 136 tahun dibina.

La Pedrera terletak di daerah Eiample di Barcelona, Catalonia, Sepanyol. Kisah rumah agam ini agam menarik dimana ia dibina oleh Antoni untuk sepasang suami isteri. Ia merupakan bangunan yang luar biasa tetapi bergaya dan dianggap sebagai sangat tidak konvensional, kerana tidak ada satu pun garis lurus pada bangunan ini. 

la pedrera bangunan paling aneh dan pelik di dunia 2

la pedrera bangunan paling aneh dan pelik di dunia 3

Malah, ia merupakan kediaman peribadi yang terakhir yang direka bentuk oleh Antoni. Ia menjadi kontroversi ketika itu kerana bentuk tebal daripada batu fasad dan hiasan besi tempaa pada balkoni dan tingkap, yang sebahagian besarnya direka oleh Josep Maria Jujol yang juga menghasilkan beberapa siling plaster bangunan ini.

Casa Mila diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Para pengunjung dibenarkan untuk naik ke tingkat paling atas, loteng dan bumbung untuk melihat karya agung ini dengan leih dekat.

4. Muzium Seni Kontemporari Niteroi - Brazil

muzium seni kontemporari niteroi bangunan paling aneh dan pelik di dunia 3

Muzium Seni Kontemporari NiterĂ³i terletak di bandar NiterĂ³i, Rio de Janeiro, Brazil. Ia merupakan antara salah satu mercu tanda dan bangunan yang paling penting di bandar ini. Sangat aneh ia kelihatan seperti berasal dari dunia lain atau dari luar angkasa.

Dibina pada tahun 1996 oleh Oscar Niemey, ia dibina dengan bantuan Bruno Contarini. Bangunan setinggi 16 meter ini mempunyai diameter 50 meter pada bahagian cupola (kubah bulat) nya. 

Ia menjadi satu tarikan kepada sama ada orang biasa mahupun bagi para arkitek dan jurutera. 

3. Dancing House - Czech Republic

dancing house bangunan paling aneh dan pelik di dunia 3

The Dancing House atau "Fred dan Halinger" adalah nama panggilan yang diberikan kepada bangunan Nationale-Nederlanden di Prague, Republik Czech ini.

Ia merupakan satu kaya seni bina yang tersangat mengagumkan dan mempunya pesona romantis tersendiri.

Terdapat sesuatu yang sangat banis dalam cara bangunan ini memeluk antara satu sama lain untuk menari. Ia direka oleh Vlado Milunic dengan kerjasama Frank Gehry.

Reka bentuk ini menjadi kontroversi pada ketika itu dan dianggap sangat tidak tradisional. Namun dengan peredaran masa, ia menjadi pusat kegiatan budaya.

Bangunan bergaya dan menakjubkan ini menjadi simbol kepada kota ini.

2. Stone House -  Portugal

stone house bangunan paling aneh dan pelik di dunia 3

Rumah batu yang terletak di Portugal ini benar-benar menyerupai rumah yang terkenal dalam filem Flinstone.

Juga dikenali sebagai Istana Batu, ia adalah monumen seni bina yang dibina di antara dua batu gergasi dan dihubungkan dengan campuran kongkrit. Rumah ini dilaporkan diilhamkan oleh kartun Flinstone.

Seperti kebanyakan rumah kontemporari, ia mempunyai pintu utama, bumbung dan tingkap manakala batu sfrea yang besar di bahagian bukit memberikan rasa seperti zaman prasejarah. 

Reka bentuk rumah yang luar biasa ini menjadi tarikan kepada beribu-ribu pelancong setiap tahun.

1. Crooked House - Poland

krzywy domek bangunan paling aneh dan pelik di dunia 2

Pasti anda berasa sedikit pening apabila melihat gambar ini kan? Sebuah pusat membeli-belah di pusat bandar Sopot, yang dikenali sebagai "Crooked House" kini dianggap sebagai satu kehebatan seni bina yang sangat dahsyat.

Krzywy Domek yang bermaksud rumah bengkok adalah bangunan yang berbentuk tidak tetap terletak di Sopot, Poland.

crooked house

Crooked House dibina pada tahun 2004 dan berkeluasan kira-kira 4,000 meter persegi. Ia merupakan sebahagian daripada pusat membeli-belah Rezydent.

Bangunan aneh ini direka oleh Szotynscy & Zaleski yang diilhamkan oleh ilustrasi dongeng dan lukisan Jan Marcin Szancer dan Per Dahlberg.

Ia telah direka untuk mengekalkan seni bina bangunan-bangunan di sekelilingnya dan pada masa yang sama kelihatan seperti sebahagian daripadanya serta membuatkan ia seperti melebur.

Bangunan ini menjadi lokasi pelancongan popular yang terdapat beberapa buah restoran, bar dan kedai. Ia diiktiraf sebagai bangunan yang paling banyak diambil gambar di Poland kerana rupa bentuk yang unik dan aneh.




Hakcipta iluminasi.com (2017)