Oleh pada 18 May 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Anuar Zain & Instagram Ziana Zain

Penyanyi Anuar Zain menganggap netizen biadab apabila sesuka hati mengkritik isu rumah tangga kakaknya, Ziana Zain tanpa mengetahui kisah sebenar. 

Anuar berharap segala spekulasi dan komen negatif dapat dihentikan demi menghormati situasi getir yang dilalui penyanyi bersuara lantang itu. 

“€Netizen kadang-kadang menulis sesuatu di media sosial tanpa usul periksa dan saya boleh katakan kurang ajar. Mereka suka menulis bukan-bukan tanpa tahu hujung pangkal.

“€Kalau boleh, hormatlah kakak saya dan situasi yang terpaksa dihadapinya sekarang,”€ katanya kepada Harian Metro.

Jujurnya, kata Anuar, sebagai adik, dia mengagumi kakaknya yang mampu mempertahankan perkahwinan sehingga 20 tahun.

Bahkan, katanya, keperibadian Ziana selaku ibu yang bertanggungjawab cukup disenangi oleh anak-anak beliau.

isu rumah tangga ziana zain ini komen terkini anuar zain 2

Kredit foto: Instagram Anuar Zain

“Kakak saya seorang wanita yang setia. Saya kenal hati budinya. Anak-anaknya pun lagi rapat dengan kakak kerana dia penyayang.

“Kalau marah, ada jugalah sikit tetapi, tidaklah sehingga menakutkan anak-anak. Sesibuk mana pun kakak saya bekerja, dia tetap akan beri perhatian kepada anak-anaknya”, katanya.

Pada Selasa lalu, Anuar menemani Ziana ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam untuk sebutan kes penceraiannya dengan suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri susulan perceraian yang difailkan pada 3 April lalu.

Ziana dan Armin yang mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 1998 dikurniakan empat orang anak iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.




Hakcipta iluminasi.com (2017)