Kredit foto: gempak.com & Instagram Yana Samsudin

Adik ipar aktor Datuk Farid Kamil, Yana Samsudin, menulis kapsyen terbaru di akaun Instagram miliknya dipercayai rentetan terhadap isu panas Farid menampar polis dan positif dadah. 

Yana dalam entri berkenaan berkata, setiap peristiwa yang berlaku mempunyai hikmah tersembunyi dan hanya masa akan meleraikan segala persoalan.

"Sentiasalah jadi diri sendiri dalam apa juga keadaan. Insya-Allah. Allah tahu segala-galanya. Kita sebagai manusia juga susah hendak faham ujian sebenar daripada-Nya.

"Masa akan datang memberi makna bagi setiap kejadian," tulis Yana, yang juga seorang aktres dan pengacara.

Dalam masa sama, Yana mendoakan yang terbaik buat mereka yang ditimpa kesusahan, serta berharap mereka akan bersabar dengan dugaan-Nya.

"Sabar, tenang. Semoga Allah mudahkan urusanmu dan keluargamu di dunia dan akhirat," katanya lagi.

Entri berkenaan antara lain disertakan foto Yana bersama suami, aktor Fadzil Zahari, yang juga adik kepada Farid.

Terdahulu, Farid ditahan polis kerana mengamuk dan menampar seorang anggota polis dalam sebuah kejadian di Balai Polis Trafik, Kota Damansara, Petaling Jaya, awal petang semalam.

Susulan itu, hasil ujian air kencing mendapati aktor berkenaan positif dadah jenis ganja.

Sumber berita: BH Online 




Hakcipta iluminasi.com (2017)