Oleh pada 06 Mar 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Atilia Haron 

Penyanyi Atilia Haron mengundang perhatian netizen apabila memuat naik foto bertatu penuh di bahagian perut menerusi akaun Instagram peribadinya.

Foto itu antara lain memperlihatkan Atilia berada dalam pakaian ‘sport bra’ dan seluar sambil menggayakan senaman yoga di pusat senaman miliknya.

Menerusi kapsyen, penyanyi jaz ini menyeru agar rakyat Malaysia berhenti bercakap tentang isu pusat hiburan, Zouk.

Ia merujuk kepada kontroversi pelancaran koleksi tudung Be Lofa yang berlangsung di Zouk, minggu lalu.

“Cukuplah dengan isu Zouk.

“Viralkan I pula please.

“Minta-minta penuh lah kelas kejap lagi,” tulis Atilia bersahaja.

Begitupun, seorang netizen di ruangan komen mengatakan tatu dalam foto itu hanyalah suntingan ‘photoshop’.

“Tatu pakai photoshop... dihasilkan dengan baik.. hahaha,” tulis individu itu.

Secara keseluruhan, peminat tidak mengambil serius kiriman tersebut kerana menganggap penyanyi berkenaan sekadar berjenaka.




Hakcipta iluminasi.com (2017)