Kredit foto: Instagram Neelofa
Pelakon dan pengacara Neelofa kelihatan tidak gentar berdepan teguran dan kecaman susulan tindakannya melancarkan koleksi tudung di kelab malam Isnin lalu.
Ia terlihat melalui aktiviti beliau di laman Instagram yang kekal aktif mengemaskini foto-foto majlis tersebut seakan tiada isu yang berlaku.
Paling menarik perhatian adalah kapsyen berbunyi, "Thank you Malaysia (Terima kasih Malaysia)" yang ditulis ringkas dalam salah sebuah entri.
Kredit foto: Instagram Neelofa
Malah netizen bebas mengemukakan kecaman di ruangan komen kerana pemilik Neelofar Hijab ini tidak sekalipun menutupnya.
Tidak seperti rakan-rakan artis lain yang pada ketika dihambat kontroversi, biasanya akan menghalang netizen daripada meninggalkan kecaman di akaun laman sosial peribadi mereka.
Ia sekaligus memperlihatkan keterbukaan selebriti yang juga usahawan muda ini dalam menghadapi kritikan masyarakat terhadap kerjayanya.
Sumber berita: Sinar Harian