Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose & Instagram Hefny Sahad

Sekian lama berteka-teki, aktres Uqasha Senrose akhirnya mengumumkan bakal bertunang dengan pengacara Hefny Sahad yang berhubungan cinta dengannya sejak setahun lalu.

Bagaimanapun pelakon berusia 25 tahun ini belum dapat berkongsi tarikh majlis hari bahagianya kepada para peminat.

"Sebelum ini, saya tidak pernah mengaku secara terbuka mengenai hubungan saya dengan mana-mana lelaki, walaupun kami memang bercinta.

"Namun, kali ini saya berani membuat pengakuan saya dan Hefny memang pasangan kekasih. Kami serius dalam hubungan ini," katanya memetik laporan portal BH Online.

Uqasha membuat kenyataan tersebut di majlis Anugerah Skrin 2017 yang berlangsung pada Jumaat.

Dalam pada itu, pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini berkata, berat badannya yang naik sebanyak 13 kilogram boleh dikaitkan dengan kebahagiaan yang dikecapinya kini.

uqasha senrose hefny sahad bakal bertunang 2

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

Mengulas gosip yang mendakwa dirinya sudah kembali kepada bekas kekasih, Pekin Ibrahim, seperti yang tersebar di laman sosial baru-baru ini, aktres cantik itu menafikannya.

Pemilik nama penuh Nik Zaris Uqasha Nik Sen mengakui sedang berlakon dengan aktor yang juga bekas tunangnya itu, namun menganggap gosip yang tersebar sebagai tidak berasas.

Sementara itu, Hefny pula berkata, mereka sememangnya sedang merancang untuk membawa hubungan cinta berkenaan ke fasa seterusnya.

"Insya-Allah, doakan yang terbaik buat kami," kata pengacara yang juga seorang pelakon itu.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)