Oleh pada 08 May 2018 kategori

Kredit foto: Mstar & Instagram Hefny Sahad

Pernah dikaitkan dengan Uqasha Senrose sebagai pasangan kekasih, pengacara, Hefny Sahad, 31, akui sudah tidak berhubung dengan aktres jelita itu. 

Kata Hefny, hubungan yang pada awalnya ingin dibawa ke fasa seterusnya, akhirnya terlerai awal tahun ini.

“Saya dan Uqasha sudah bawa haluan masing-masing sejak awal tahun ini. Jadi, saya tidak tahu menahu mengenai kes membabitkan dirinya,” katanya kepada Harian Metro.

Hefny mengulas berkenaan kes Uqasha ditahan selepas polis menemui enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5 dalam tas tangan miliknya.

Katanya, dia enggan terlibat dalam isu penahanan aktres itu kerana bimbang kenyataannya disalahtafsir.

Bagaimanapun, beliau berharap netizen tidak mengeluarkan tuduhan melulu kerana mereka tidak mengetahui kisah sebenar.

selepas uqasha senrose dikaitkan isu dadah hefny sahad tampil dedah status hubungan 2 492

Kredit foto: Instagram Hefny Sahad

“Saya dapat tahu perkara ini semalam selepas dihujani pertanyaan menerusi WhatsApp, komen dan direct message (DM) di laman Instagram.

“Sejujurnya, saya pun terkejut. Memandangkan kami sudah tidak berkomunikasi sejak putus tempoh hari, jadi memang tidak ambil tahu langsung.

“Mengenai apa terjadi terhadap dirinya, saya tidak mahu komen apa-apa. Sebab saya memang tidak tahu menahu. Cuma, apa boleh dikatakan, bagi yang tidak tahu menahu lebih baik diam,” katanya.

Mengesahkan hubungan cintanya dengan Uqasha sudah berakhir, pengacara berasal dari Maran, Pahang ini menyifatkan jodoh tidak berpihak kepada mereka.

“Hubungan kami berlangsung lebih kurang setahun. Kami putus bukan sebab orang ketiga. Biarlah ia menjadi rahsia peribadi saya.

“Meskipun pernah merancang untuk ke fasa lebih serius tetapi ini aturan dan ketentuan Allah. Jodoh itu rahsia Allah,” ujarnya.

Namun, katanya, krisis hubungan itu tidak menghalang beliau untuk terus berbaik dengan wanita itu mahupun keluarganya.

“Saya masih baik dengan keluarganya. Saya okey saja. Dengan adik beradiknya yang lain pun saya rapat.

“Macam sekarang saya terbabit dengan penggambaran drama bersama adiknya, Raysha Rizrose. Tidak timbul sebarang masalah pun,” katanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)