Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose
Susulan lambakan pertanyaan netizen di akaun Instagram peribadinya, aktres Uqasha Senrose nekad menutup ruangan komen laman sosial itu, dalam lingkungan jam 11 malam tadi.
Netizen bertanya akan kesahihan foto yang tersebar di balai polis sejak awal malam tadi di mana memperlihatkan seorang wanita yang didakwa pelakon itu.
Kredit foto: Mstar
Sesetengah peminat mengakui kecewa sekiranya perkhabaran yang mengaitkan beliau dengan kes dadah adalah benar.
Menurut portal Mstar Online, terdapat kira-kira lebih 1,000 komen netizen membanjiri laman sosial Uqasha pada jam 10 malam tadi.
Terdahulu, seorang aktres popular dilaporkan ditahan selepas polis menemui 53 biji dadah sintetik dipercayai jenis Erimin 5 dalam tas tangan miliknya pada Ahad.
Namun beliau dibebaskan dengan jaminan polis.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, dadah yang dirampas bernilai RM660. Manakala ujian saringan awal air kencing aktres itu didapati negatif.
Katanya, kes itu bakal diusulkan kepada Pejabat Peguam Negara.
Manakala, sumber polis berkata, pelakon berasal dari Kelantan itu dipercayai melanggar kenderaan milik seorang lelaki Cina dalam kejadian yang berlaku di Taman Tun Dr Ismail.
Lelaki berkenaan bertindak menghubungi polis dalam lingkungan jam 11.45 pagi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.