Oleh pada 11 Mar 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Hefny Sahad

Hos Hefny Sahad menegaskan masih berhubungan baik dengan aktres yang digosipkan dengannya, Uqasha Senrose.

“Hubungan saya dan dia masih seperti biasa,” beritahu Hefny kepada Harian Metro.

Dakwaan hubungan mereka bergolak mula timbul apabila pasangan ini jarang memuat naik foto bersama di laman sosial, tidak seperti kebiasaannya.

Dalam pada itu, Hefny memohon agar tiada pihak yang menimbulkan spekulasi bukan-bukan berkenaan hubungan rapat yang terjalin antara mereka itu.

Bekas pengacara program Muzik-Muzik (MM) 32 terbitan TV3 ini meminta peminat untuk sama-sama mendoakan yang terbaik buatnya.

“Saya harap tidak ada individu yang cuba membuat spekulasi hanya kerana saya jarang memuatnaik gambar bersama di media sosial.

“Kami masing-masing sibuk dengan kerjaya dan tidak ada apa-apa yang terjadi. Semuanya berjalan seperti biasa. Doakan yang baik-baik,” katanya.

Apatah lagi tumpuan Hefny pada tahun ini tertumpu pada kerjaya seninya yang semakin berkembang.

“Sudah terlalu banyak kenyataan saya keluarkan sebelum ini mengenai hubungan kami. Liputan juga lebih tertumpu pada kisah peribadi dibandingkan kerjaya.

“Tahun 2018, saya mahu fokus pada kerjaya. Saya tidak mahu lagi berkongsi mengenai cerita kami. Saya tidak mahu dilabel menumpang populariti kerana pengikutnya di laman sosial lebih kuat,” ujarnya.

Mengenai perkembangan terkini, beliau memegang peranan sebagai hos program bual bicara baharu berjudul Borak Kopitiam yang disiarkan di saluran TV3.




Hakcipta iluminasi.com (2017)