Oleh pada 05 Aug 2021 kategori

Sukan Olimpik telah berkembang seiring dengan waktu namun dominasi menggondol pingat bermula pada tahun 1896 di Athens, Greece yang mana hanya disertai oleh 14 buah negara sahaja.

Dan sejak itu, sukan ini telah melalui beberapa perubahan yang sangat besar.

Sejumlah sukan yang berbeza telah ditambahkan ke dalam sukan Olimpik namun negara-negara yang berada di puncak sukan ini kekal berada di kedudukan mereka sehingga ke hari ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Memenangi pingat di temasya sukan di tahap ini memberikan penghormatan kepada setiap atlet dan jika ia pingat emas, maka atlet berkenaan menjadi wira kepada negara masing-masing.

iluminasi.com kongsikan 10 negara yang memenangi pingat paling banyak di sukan Olimpik.

(Sebagai perbandingan, Malaysia berada di kedudukan ke-80 dari segi pungutan pingat di sukan Olimpik dengan 11 pingat iaitu 7 perak dan 3 gangsa)

10. Sweden - 495 pingat

pingat olimpik sweden

Sweden adalah salah satu daripada 14 negara yang turut serta dalam edisi perdana Sukan Olimpik moden, di Athens, Greece pada tahun 1896.

Negara Nordik ini juga pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 1912 ketika diadakan di ibu kota Stockholm.

Mereka kini menduduki tempat ke-10 dalam pungutan pingat Olimpik dengan 495 pingat dan 147 daripadanya adalah pingat emas.

Kedudukan Olimpik Tokyo 2020 ketika ini: Nombor 21 (7 pingat - 2 emas, 5 perak)

9. Australia - 497 pingat

pingat olimpik australia

Sebuah negara dengan penglibatan sukan yang pelbagai, Australia telah menjadi entiti utama di pentas sukan Olimpik.

Negara kangaroo ini pernah menjadi tuan rumah sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1956 di Melbourne dan tahun 2000 di Sydney.

Jumlah pingat emas yang pernah dimenangi oleh Australia di sukan Olimpik adalah 147 pingat membawa kepada jumlah keseluruhan 497 pingat.

Sukan yang paling berjaya bagi Australia di pentas Olimpik adalah berenang.

Kedudukan Olimpik Tokyo 2020 ketika ini: Nombor 5 (36 pingat - 15 emas, 4 perak, 17 gangsa) 

8. Hungary - 498 pingat

pingat olimpik hungary

Sama seperti Sweden, Hungary juga merupakan salah satu negara yang mengambil bahagian dalam edisi perdana Olimpik moden pada tahun 1896.

Negara Eropah tengah kini berada di tempat ke-8 dalam senarai pungutan pingat terbanyak dalam sejarah dengan 498 pingat dan 175 daripadanya adalah pingat emas.

Pemenang pingat emas Olimpik pertama mereka ialah Alfréd Hajós, yang memenangi dalam acara renang gaya bebas 100m dan 1200m lelaki.

Kedudukan Olimpik Tokyo 2020 ketika ini: Nombor 14 - (12 pingat - 4 emas, 5 perak, 3 gangsa)

7. China - 546 pingat

pungutan pingat olimpik china

Negara Asia ini membuat penampilan pertama di sukan Olimpik Musim Panas pada tahun 1924 dan sejak itu, mereka telah menjadi salah satu kuasa besar di Olimpik.

China juga menjadi tuan rumah Olimpik itu pada tahun 2008 ketika Olimpik diadakan di ibu kota Beijing.

Dengan jumlah 546 pingat secara keseluruhan terdiri daripada 224 pingat emas, China berada di kedudukan ke-7 senarai ini.

China mendominasi Olimpik dalam pelbagai acara dalam tahun kebelakangan ini dengan prestasi yang semakin meningkat.

Legenda selam Wu Minxia adalah pemenang pingat tertinggi untuk China dengan jumlah 7 pingat Olimpik iaitu 5 emas, 1 perak, 1 gangsa.

Kedudukan Olimpik Tokyo 2020 ketika ini: Nombor 1 (70 pingat - 32 emas, 22 perak, 16 gangsa)

6. Itali - 578 pingat

itali pingat emas olimpik 100m

Satu lagi negara Eropah yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Athens 1896 iaitu Itali telah berkembang pesat dan merupakan salah satu negara yang paling berjaya di Sukan Musim Panas.

Menduduki kedudukan keenam dalam senarai ini, Itali telah menggondol 578 pingat Olimpik secara keseluruhan dengan 207 pingat emas.

Acara yang paling didominasi oleh negara ini adalah lawan pedang.

Kedudukan Olimpik Tokyo 2020 ketika ini: Nombor 9 ( 30 pingat - 6 emas, 9 perak, 15 gangsa) 

5. Great Britain - 581 pingat

great britain pingat olimpik

Salah satu negara yang paling dominan dan serba boleh dalam sukan Olimpik, Great Britain telah menjadi tuan rumah Sukan Musim Panas sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1908, 1948 dan 2012 yang mana semuanya diadakan di London.

Negara ini berada di kedudukan kelima dalam kedudukan pungutan pingat Olimpik dengan 581 pingat dengan 263 daripadanya adalah pingat emas.

Bradley Wiggins telah memenangi yang tertinggi bagi Great Britain iaitu 8 pingat Olimpik terdiri daripada 5 emas, 1 perak, 2 gangsa.

Walau bagaimanapun, Chris Hoy yang telah memenangi 7 pingat Olimpik iaitu 6 emas dan 1 perak untuk Great Britain sering dirujuk sebagai atlet terbaik negara ini di pentas Olimpik.

Acara yang paling didominasi oleh Great Britain adalah berbasikal, olahraga dan berlayar.

Kedudukan Olimpik Tokyo 2020 ketika ini: Nombor 4 (48 pingat - 15 emas, 18 perak, 15 gangsa) 

4. Perancis - 716 pingat

perancis negara paling banyak menang pingat olimpik

Sama seperti Australia, Perancis juga pernah menjadi tuan rumah kepada acara berprestij ini sebanyak 2 kali.

Yang pertama adalah pada tahun 1900 yang diadakan di Paris dengan 24 negara mengambil bahagian dan kali kedua diadakan 24 tahun kemudian juga di ibu kota Perancis. 

Bakal menjadi tuan rumah untuk kali ketiga pada tahun 2024, Perancis akan menyertai United Kingdom sebagai negara kedua terbanyak mengacarakan Sukan Olimpik Musim Panas dalam sejarah.

Ketika ini Perancis memungut 716 pingat Olimpik dengan 212 pingat emas dan acara yang paling didominasi adalah berbasikal dan lawan pedang.

Kedudukan Olimpik Tokyo 2020 ketika ini: Nombor 8 (25 pingat - 6 emas, 10 perak, 9 gangsa)

3. Jerman - 1,346 pingat

jerman olimpik pingat

Berada di senarai 3 teratas, Jerman sentiasa membuktikan kewibawaan mereka dalam sukan terutama dengan tekad dan disiplin mereka.

Jerman telah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1936 di Berlin dan kemudiannya di Munich pada tahun 1972.

Setelah menggabungkan jumlah pingat yang dimenangi oleh negara yang kini dikenali sebagai Jerman (Jerman Timur dan Barat), jumlah keseluruhan pingat dimenangi negara ini adalah 1,346, hampir dari 2 kali ganda negara di belakangnya iaitu Perancis.

Daripada 1,346 pingat yang dimenangi Jerman di Olimpik, 428 daripadanya adalah pingat emas. Jerman sangat menyerlah dalam pelbagai sukan namun yang paling didominasi mereka adalah berkanu, olahraga dan berkuda.

Kedudukan Olimpik Tokyo 2020 ketika ini: Nombor 7 (32 pingat - 8 emas, 8 perak, 16 gangsa) 

2. Kesatuan Soviet - 1,566 pingat

kesatuan soviet di olimpik

Pertama kali Kesatuan Soviet mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Musim Panas adalah pada tahun 1952.

Walaupun sangat berjaya di pentas Olimpik, mereka hanya menjadi tuan rumah kepada sukan ini hanya sekali iaitu pada tahun 1980 di Moscow.

Sekarang berpecah menjadi beberapa negara merdeka, Kesatuan Soviet secara keseluruhan telah menggondol pingat Olimpik kedua tertinggi dalam sejarah dengan 1,556 pingat dengan 590 pingat emas.

Legenda gimnas Larisa Latynina adalah atlet Olimpik paling berjaya dalam sejarah mereka, dengan memenangi 18 pingat secara keseluruhan terdiri daripada 9 emas, 5 perak dan 4 gangsa.

Kedudukan Olimpik Tokyo 2020 ketika ini: Tiada

1. Amerika Syarikat - 2,523 pingat

roc rusia olimpik tokyo 2020 530

Pastinya ramai dapat meneka negara ini akan berada di senarai teratas dari segi pungutan pingat Olimpik.

Amerika Syarikat telah menjadi gergasi sukan sejak dahulu lagi dan menetapkan standard yang sangat tinggi untuk diikuti oleh negara lain.

Amerika Syarikat adalah negara yang paling banyak menjadi tuan rumah Sukan Musim Panas iaitu sebanyak 4 kali.

Kali pertama diadakan adalah pada tahun 1904 di Missouri, diikuti oleh Sukan Olimpik 1932 di Los Angeles, California, dan kemudiannya sekali lagi di Los Angeles pada tahun 1984.

michael phelps atlet olimipk paling berjaya 92

Kali terakhir AS menjadi tuan rumah adalah di Georgia pada tahun 1996.

Amerika Syarikat telah memenangi pingat tertinggi dalam sejarah sukan ini dengan 2,523 pingat emas di mana 1,022 daripadanya adalah pingat emas.

Perenang legenda Michael Phelps dengan 28 pingat Olimpik iaitu 23 emas, 3 perak, 2 gangsa adalah atlet paling berjaya bagi Amerika Syarikat dan atlet terhebat pernah bertanding dalam sukan Olimpik.

Kedudukan Olimpik Tokyo 2020 ketika ini: Nombor 2 (79 pingat - 25 emas, 31 perak, 23 gangsa)

Rujukan:

1. QZ

2. Top End Sports

3. Khelnow




Hakcipta iluminasi.com (2017)