Sukan Olimpik adalah pentas paling gah dan diidam-idamkan oleh para atlet di seluruh dunia.
Ia seperti Piala Dunia bagi pemain bola sepak dan ini membuatkan semua atlet ingin sekurang-kurangnya mengambil bahagian dalam sukan ini sekali seumur hidup.
Walaupun berhempas-pulas untuk mendapatkan pingat dalam sukan ini, pemenang pingat Olimpik tidak menerima apa-apa hadiah wang tunai dari Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.
BESARKAN TEKS A- A+
Apa yang diterima pemenang pingat emas adalah semata-mata pingat yang mempunyai nilai sekitar RM3,472 berdasarkan harga logam semasa.
Menurut pasukan pemasaran CNBC, 6 gram emas dan 550 gram perak yang terkandung dalam pingat emas Olimpik Tokyo 2020 itu masing-masing bernilai RM1,494.81 dan RM1,973.32.
Namun begitu, banyak negara yang mengambil inisiatif sendiri dengan memberi penghargaan kepada pemenang pingat mereka.
Hadiah dan insentif diterima atlet
Antara hadiah dan intensif paling menarik yang diketahui setakat ini untuk Olimpik Tokyo 2020 sudah tentunya milik Hidilyn Diaz.
Seperti yang kita sedia maklum pada ketika ini, atlet angkat berat Filipina iaitu Hidilyn Diaz telah menciptas sejarah baharu untuk negaranya apabila menjadi atlet pertama yang berjaya meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik.
Dan sebagai penghargaan, atlet yang terkandas selama setahun di Malaysia dan terpaksa berlatih hanya menggunakan peralatan sementara di belakang rumah di Melaka itu menerima hadiah antara hadiah yang paling lumayan untuk temasya sukan Olimpik kali ini.
Hadiah-hadiah wang tunai dan lain-lain bernilai 58.5 juta Pesos atau RM4.94 juta yang diterima Hidilyn Diaz termasuklah:
- Wang tunai RM840,139 (10 juta Pesos) dari kerajaan Filipina seperti yang termaktub dalam undang-undang
- Wang tunai RM840,139 (10 juta Pesos) dari ahli perniagaan Filipina Ramon S. Ang
- Wang tunai RM840,139 (10 juta Pesos) Manuel V. Pangilinan
- Wang tunai RM251,981 (3 juta Pesos) dari Timbalan Speaker Mikee Romero
- Wang tunai RM209,977 (2.5 juta Pesos) dari kerajaan tempatan Zamboanga
- Wang tunai RM419,989 (5 juta Pesos) dari ahli perniagaan Dennis Uy (Phoenix Petroleum)
- Rumah dan lot bernilai RM336,084 (4 juta Pesos)
- 1 unit kondominium di Eastwood City di Manila bernilai RM1.175 juta (14 juta Pesos)
- Penerbangan percuma seumur hidup dari Air Asia dan Phillipines Airlines
Jumlah wang tunai yang bakal diterima Hidilyn Diaz adalah RM3.235 juta.
Hadiah wang tunai negara-negara lain
Terdapat beberapa negara lain yang juga turut sama memberikan hadiah dan penghargaan kepada atlet yang mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Negara | Emas | Perak | Gangsa |
Singapura | RM3.15 juta | RM1.58 juta | RM1.21 juta |
Hong Kong | RM2.73 juta | RM1.36 juta | RM681,770 |
Kazakhstan | RM1.06 juta | RM635,190 | RM317,595 |
Indonesia | RM3.16 juta | RM1.6 juta | RM796,104 |
Hungary | RM709,295 | RM531,865 | RM404,404 |
Rusia | RM258,310 | RM160,914 | RM110,099 |
Perancis | RM275,249 | RM105,865 | RM63,519 |
Amerika Syarikat | RM158,797 | RM95,278 | RM63,519 |
Afrika Selatan | RM156,680 | RM80,457 | RM29,642 |
Jerman | RM93,161 | RM71,988.20 | RM46,580.60 |
Kanada | RM67,753.60 | RM50,815.20 | RM33,876.80 |
Malaysia | RM1,020,538 | RM305,738 | RM102,053 |
Brazil | RM201,143.50 | RM120,686.10 | RM80,457.40 |
Australia | RM63,942.46 | RM48,274.44 | RM32,182.96 |
Jepun | RM191,403.92 | RM76,646.26 | RM38,301.96 |
Itali | RM899,429 | RM449,714 | RM299,809 |
Malaysia juga membayar gaji bulanan kepada pemenang pingat seumur hidup. Gaji tersebut adalah RM5,000 (1,182 USD) untuk pingat emas, RM3,000 (709 USD) untuk perak, dan RM2,000 (473 USD) untuk gangsa.
Terdapat juga bentuk sokongan lain untuk bagi atlet Olimpik A.S., termasuk insurans kesihatan yang disediakan oleh Elite Athlete Health Insurance. Atlet Olimpik juga boleh memohon geran khas, termasuk bantuan pengajian kuliah melalui program Kerjaya dan Pendidikan Atlet SOPC.
Walaupun UK tidak menawarkan bonus pingat tertentu, ia memperuntukkan RM686 juta (£125 juta pound) dari dana kerajaan untuk sukan Olimpik dan Paralimpik setiap tahun, sebahagian daripadanya diberikan kepada atlet tahunan.
Rujukan:
1. CNBC
3. USA Today