Kredit foto: mediahiburan.my
Baru-baru ini, pelakon Ayda Jebat mengakui hubungan rapatnya dengan Redza Rosli dan meminta peminat mendoakan mereka.
Sebalik itu, ramai yang terkejut dan berasa kasihan dengan Radin yang pernah dikaitkan bercinta dengan aktres tersebut.
Bagi menjelaskan situasi itu, Radin memberitahu yang hubungan mereka hanyalah rakan maka dia tidak kecewa dengan apa yang terjadi.
Saya tidak kecewa atau berkecil hati, daripada dulu lagi kami hanya kawan sahaja dan tidak pernah pun bercinta. Jadi bila ada orang yang ingat saya ditinggalkan ia tidak benar, saya sendiri gembira dan sentiasa doakan yang baik-baik untuk mereka.
Memang ramai yang komen kasihankan saya bila keluar berita berkaitan Ayda, tolong jangan kasihankan saya. Saya baik-baik sahaja. Kamu baru sahaja bertemu beberapa hari lalu dalam sebuah majlis. Saya akui ada peminat yang suka dan mahu melihat kami bersama tapi kenyataannya mereka perlu bezakan antara kerja dan peribadi.
Bahkan, Radin juga berharap Ayda bahagia dengan siapa jua yang bakal bersama dengannya.
Sumber: mStar Online & artisbuzz.com