Kredit foto: Instagram @aydajebat & Instagram @oktoviamanrose
Sebelum ini, tersebar spekulasi mengatakan hubungan antara pelakon Ayda Jebat dan Redza Rosli sudah menemui titik penghujungnya.
Rentetan itu, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 27, yang ditemui pihak portal Mstar semalam, tampil mengulas dakwaan terbabit.
Ditanya kesahihan khabar angin itu, Ayda enggan mengiyakan atau menidakkan kerana sebelum ini tidak pernah melabelkan hubungan mereka sebagai pasangan kekasih.
"Bagi saya Allah dah tunjukkan sebegitu. Tak ada penafian terhadap apa yang berlaku, itupun sekiranya ada... Saya juga tidak menidakkan atau mengiyakan.
"Sejujurnya kami hanya berkawan baik dan tak ada istilah putus cinta. Yang penting, saya cuba bersikap profesional dan akan berkerja dalam cara yang baik dan harapnya begitu juga dengan dia.
"Sebelum ini pun, kami memang profesional cuma mungkin pada ketika itu hubungan kami mula diperkatakan kerana sering dilihat bersama," katanya.
Dalam pada itu, mengulas gosip yang mengaitkan nama pelakon baharu Oktovia Manrose sebagai punca keretakan hubungan mereka, beliau memohon agar isu itu tidak melibatkan nama pihak lain.
Kredit foto: Instagram @aydajebat
“Sebenarnya saya terkejut juga ada kenyataan yang sebegitu. Tiba-tiba sahaja mengaitkan nama Oktovia dalam perkara ini.
“Bagi saya tak perlu kaitkan orang lain kerana ini antara saya dan pihak di sebelah sana.
“Kalau tiba-tiba timbul itu mungkin adalah puncanya dan saya tak mahu cakap apa-apa sebab ia tiada kaitan langsung dengan saya," katanya.
Terdahulu, Ayda dan Redza dikatakan berhubungan cinta kerana sering bertukar ayat-ayat romantik di media sosial.
Malah, penyanyi lagu Temberang itu pernah mengatakan dia tidak menolak jika ditakdirkan mempunyai jodoh dengan aktor berkenaan.
Sumber berita: Mstar