Kredit foto: Instagram @nabilmahir & Instagram @aydajebat
Sebelum ini, ada sesetengah pihak mengandaikan pengacara Nabil Mahir dan pelakon Ayda Jebat sedang menyulam cinta kerana sering sahaja berbalas-balas mesej di media sosial.
Tidak hanya itu, antara mereka pernah meninggalkan mesej ‘I Love You’ di laman Instagram, di samping berkongsi foto memakai baju berwarna sedondon.
Gosip itu kemudiannya bertebaran sehingga dipaparkan dalam ruangan gosip sebuah akhbar, apatah lagi selepas kecoh hubungan Ayda dan aktor Redza Rosli dikatakan sudah berakhir.
Sebagaimana yang diketahui umum juga, Nabil sebelum ini telah membuat pengumuman tentang hubungan cintanya yang putus dengan pelakon Sarah Hildebrand.
Terkini, cubaan portal Harian Metro untuk mendapatkan kenyataannya berhubung status hubungan dengan penyanyi lagu Temberang itu, berjaya menemui jawapan.
Nabil yang enggan mengulas panjang, mendedahkan status mereka hanyalah teman biasa dan tidak lebih daripada itu.
Beliau yang pernah mengemudikan program hiburan H Live sebelum ini, berkata, dia percaya gosip itu diuar-uarkan memandangkan dia dan Ayda kini memegang status solo.
Kredit foto: Instagram @nabilmahir
“Kami memang berkawan sejak dulu. Dah lama, tapi tidak sangka pula timbul isu kata kami bercinta.
“Minta maaf, hanya itu saja yang boleh diperkatakan mengenai dakwaan dan gosip mengatakan saya dan Ayda bercinta," katanya.
Dalam perkembangan lain, Nabil memaklumkan dia sedang sibuk mengusahakan perniagaan keluarga.
Sumber berita: Harian Metro