Oleh pada 29 Jul 2017 kategori

Kredit foto: perihalnegara.blogspot.my , Instagram Aliff Aziz & Instagram Afifah Nasir

Selepas perang yang membabitkan penyanyi Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah bersama pelakon Afifah Nasir di bilik karaoke, ramai pihak turut membuka mulut memberikan pendapat masing-masing. 

Dalam komen-komen yang diutarakan, ternyata kenyataan kakak kepada Afifah iaitu Anzalna Nasir yang paling mendapat perhatian ramai.

Mana tidaknya, komen Anzalna kelihatan sinis dan seperti membela perbuatan adiknya.

Komen tersebut dibuat menerusi laman Instagram yang mana merupakan komen balas kepada salah seorang pengikut beliau. Dalam kenyataan itu, Anzalna mendakwa Bella terbawa-bawa oleh perasaannya ketika sedang berpantang. 

perangainya bak kata orang meroyan komen mengejutkan anzalna nasir isu hubungan aliff aziz dan adiknya 2

Kredit foto: Instagram Anzalna Nasir & Beautifulnara

Susulan itu, Anzalna menerima kecaman hebat netizen. Majoriti mengutuk kenyataan yang dibuat beliau kerana tidak sensitif dengan isu yang berlaku.

Malah, ada yang mendoakan agar Anzalna ditimpa nasib yang sama seperti isteri Aliff demi menyedarkannya.

Tak kurang ada yang menganggap Anzalna tidak memahami situasi tersebut kerana belum pernah melahirkan anak. 

perangainya bak kata orang meroyan komen mengejutkan anzalna nasir isu hubungan aliff aziz dan adiknya 3

perangainya bak kata orang meroyan komen mengejutkan anzalna nasir isu hubungan aliff aziz dan adiknya 4

perangainya bak kata orang meroyan komen mengejutkan anzalna nasir isu hubungan aliff aziz dan adiknya 5

Kredit foto: Beautifulnara 

Janganlah dimarakkan lagi api yang sedang menyala. Anzalna sendiri mempunyai banyak kontroversi lampau. Tidak semena-mena segala kisah lalunya diungkit dan memburukkan lagi namanya. Berhati-hatilah sebelum mengeluarkan kenyataan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)