Oleh pada 20 Jun 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @redzarosli & Instagram @aydajebat

     

Tampil dalam Instagram (IG) Live, pelakon Redza Rosli awalnya berdolak-dalik membabitkan isu hubungannya dengan Ayda Jebat, ketika diasak soalan berterusan beberapa penonton.

Menjawab status terkini hubungan mereka, pelakon Leftenan Zana itu akhirnya memberi reaksi balas terhadap seorang pengikut, dengan meminta agar netizen mendoakan yang terbaik.

“Doakan yang baik-baik,” respon ringkas Redza menjawab pertanyaan peminat bernama Aida Mohamad.

Terdahulu, hubungan rapat antaranya dengan penyanyi Temberang itu dilihat renggang apabila tidak lagi berkongsi gambar bersama dan berbalas komen di media sosial.

Hasil carian juga mendapati Ayda tidak lagi mengikuti akaun Redza di Instagram.

Malah, pelakon lelaki itu turut tidak mengikuti Ayda, meskipun foto mereka bersama masih dikekalkan di akaun masing-masing.

Dalam pada itu, bercerita perkembangan terbaharunya, Redza teruja menjayakan sebuah drama baharu yang bakal diterajui barisan pelakon hebat.

      

isu unfollow instagram ayda jebat ini respon redza rosli 2

Kredit foto: Instagram @redzarosli

     

“Saya akan lebih fokus dan buat bersungguh-sungguh selepas ini. Saya mahu buat anda semua bangga.

“Selepas ini saya terlibat dengan drama Bidadari. Semua pelakon yang terlibat sangat hebat dan saya rasa gementar. Banyak lagi yang perlu diperbaiki,” katanya.

   

Info Redza Rosli

  • Nama sebenarnya, Ahmad Redza bin Rosli . 
  • Berketinggian 1.81 meter.
  • Anak kelahiran Subang Jaya, Selangor.
  • Merupakan pelakon dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.
  • Antara drama dibintanginya seperti Kamelia Katrina, Kak Marr, Ku Kirim Cinta, Leftenan Zana dan Isteri Untuk Diiktiraf . 

    

Sumber:

1. MHE TV

2. Wikipedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)