Oleh pada 06 Feb 2018 kategori

Sumber foto: Facebook JOHOR Southern Tigers

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendapat pemberian khas berbentuk kenderaan mewah sempena kejuaraan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang meraih semula Piala Sumbangsih pada Sabtu lepas.

Kereta model Aston Martin yang bernilai kira-kira lebih RM800,000 itu diberikan oleh semua pemain dan kejurulatihan JDT kepada Tunku Ismail sebagai penghormatan menerusi kemenangan piala ke-10 pasukan berkenaan.

Kenderaan itu berkonsepkan warna merah dan biru sebagai simbol bendera Johor.

Kenyataan tentang ganjaran tersebut dimuat naik di laman sosial, Facebook Johor Southern Tigers pada petang Ahad lepas. 

Untuk catatan, JDT berjaya menjulang trofi pembukaan Liga Malaysia tahun ini yang kali terakhir dipegang pada tahun 2015 dan 2016.

tmj terima hadiah aston martin sempena julang piala sumbangsih 1 738

Sumber foto: Bernama

Sumber berita: Kosmo Online & mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)