Oleh pada 04 Feb 2018 kategori

Sumber foto: stadiumastro.com

Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Ulisses Morais tidak mengenakan sebarang hukuman terhadap penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan setelah kesalahannya menyebabkan skuad Harimau Selatan hampir tewas menerusi aksi Piala Sumbangsih, malam tadi.

Morais menyatakan bahawa mana-mana perlawanan ternyata membuatkan semua pemain gemuruh khususnya semasa aksi pertama. Tetapi, Izham maklum tentang kesalahan yang dibuat dan bangun semula mempamerkan kepantasannya sepanjang pertarungan terbabit.

"Saya tidak menyalahkan Izham kerana kita memberi ruang kepada Kedah menjaringkan gol dan kesilapan itu datang daripada semua pemain, tetapi mereka sedar betapa pentingnya kemenangan di laman sendiri apabila bangkit selepas jaringan lawan itu.

"Memang benar, saya tidak suka apabila berlakunya kesilapan, namun kesilapan dalam satu perlawanan bola sepak adalah perkara biasa.

"Apa yang mustahak, pemain berjaya mengubah keputusan perlawanan dan memenangi perlawanan tersebut sekali gus menjulang trofi pertama musim ini dan mengutip tiga mata," ujarnya.

Menerusi aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin itu, langkah Izham Tarmizi pada minit ke-15 yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya menyenangkan tugas Pablo Pallares menyumbat gol buat Kedah setelah mendapat umpanan Sandro Da Silva.

Bagaimanapun, skuad Harimau Selatan bangun memperoleh kejuaraan 2-1 hasil jaringan Luciano Figueroa pada minit ke-28 dan Marcos Antonio (minit ke-58) bagi menentukan skuad Harimau Selatan merampas semula Piala Sumbangsih.

Morais menjelaskan semasa babak pertama, barisannya beraksi dengan keinginan membuak-buak dan memonopoli keseluruhan permainan sehingga skuad kendalian Ramon Marcote tidak memiliki apa-apa kesempatan.

Jelasnya, kehadiran Antonio yang bermain semula setelah sembuh daripada kecederaan turut kelihatan stabil dengan berhasil menghalang gerakan berbahaya skuad Helang Merah. Tetapi, dia terpaksa dikeluarkan pada penghabisan babak kedua akibat keletihan.

"Marcos tampak keletihan dan barisan kejurulatihan mengambil keputusan mengeluarkannya kerana risau mengenai keadaannya yang baru pulih. Anda tahu sepanjang pasukan bercuti sebelum liga bermula, dia bekerja keras menjalani proses pemulihan dan hasilnya begitu positif," ujarnya.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)